Showing posts with label Dia. Show all posts
Showing posts with label Dia. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Macam Dulu

12 Februari 2020


Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan tempat.masa tu... Betul aku rasa inilah hidup yang aku tunggu. Tapi itu dulu cerita dulu yang mana aku tidak nampak akan masa depannya. Sekarang... Jasad yang aku Lihat bagaikan bayang-bayang. Kadang-kala ada kadang-kadang hilang...sedih kan cerita ni.😔



Bukan hak mutlak... 



Tuesday, November 25, 2014

Ancaman









Sampai sekarang aku masih tak faham kenapa kau masih berperasangka buruk pada aku.Biarpun kau sekarang sudah merasa sedikit aman dengan keberadaan aku yang jauh.Masih aku ingat sebaris ayat yang menyindir kau tuju buat aku,untuk menerima hakikat.Sedangkan kau sendiri masih tak boleh menerima hakikat hidup sendiri.

Dalam perhubungan,kepercayaan,tolak ansur,menerima dan saling memahami itu menjadi kepentingan.Tapi kau masih terus menerus menyakiti hati dia dengan menanam kebencian terhadap aku.Kau tak sedar,bertapa beruntungnya kau yang di pilih oleh Dia sebagai teman hidup selepas aku? Sedangkan aku dengan status begini,langsung tak punya ruang untuk berada di dalam hidup Dia...langsung!!!







Kau takut kau rasa terancam
kerana Dia masih mengingati aku
sedangkan kau lupa 
kau sendiri yang menyebabkan Dia
terus mengingati aku
hargai Dia jika kau masih sayang.














Monday, February 24, 2014

Hujan




Pernah pada hari turunya hujan lebat,aku berdiri kaku membiarkan saja diri di basahi.Membiarkan diri di peluk kedinginan yang membuatkan aku semakin rindu.Perasaan itu aku rasakan begitu sayu sehingga aku hanyut dalam tangisan kenangan lalu....Pada hari terakhir pertemuan itu hujan turun, Dia menghadiahkan aku sebuah diari miliknya yang mana di ceritakan semuanya kisah tentang aku dan Dia.

Dia tersenyum berwajah tenang saat aku menerima pemberian itu.Tapi jelas aku dapat lihat ke dalam matanya,dia sangat kecewa terlalu banyak mata itu menangis untuk aku.Saat dia ingin pergi,aku masih tetap berdiri kaku di situ melihat dia perlahan-lahan hilang dalam hujan malam itu.....





Hujan itu kenangan kesedihan
dalam hujan aku hilang ramai orang kesayangan
hujan buat aku sedih biarpun tetap ada
rasa tenang.....






Saturday, September 14, 2013

Sejujurnya







Sudah hampir Dua bulan aku berhenti kerja dan Dua bulan juga aku tinggal di sini.Biarpun sudah jauh berbatu-batu biarpun sudah di bataskan waktu,tetap saja hati ini masih merindu biarpun aku tahu ianya sudah tiada gunanya lagi.Mahu menyesali segala yang berlaku itu sudah terlambat.Andai saja aku punya kuasa untuk memutar kembali ke masa lalu,mahu saja aku mahu mengubah semua kisah di 4 tahun yang lalu di mana semuanya bermula.Sedih aku marah aku pada siapa? hanya mencaci maki diri sendiri.Seringkali aku bertanya,mengapa aku menikahi Dia pada akhirnya?

Sejujurnya aku mahu Dia kembali...

Sejujurnya aku mahu Dia di sisi...

Sejujurnya aku mahu Dia terus berjanji...


Memikirkan tarikh keramat antara Dia dan Sidia buat aku lagi runsing buatkan aku fikirkan yang tidak-tidak.Andai saja aku terpengaruh dengan bisikkan jahat,mahu saja aku bawa lari Dia jauh dari semua.Biarkan saja majlis yang di atur berlansung tanpa ada pasangan pengantinnya.Biar Sidia rasa betapa sakitnya hati aku bila merasakan "kepunyaan" di rampas.


"pause"


Aku merindu kamu setengah mati
merindu.....


"play"

Sejujurnya aku masih sedih masih tersisa rasa sesal dalam hati biarpun seringkali aku melontar jauh perasaan yang sekilas datang mengganggu hidup baru aku di sini.Bukan mahu menafikan rasa syukur tapi sekilas rasa itu akan datang dan pergi.Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang tercipta antara aku dan Dia buatkan aku selalu berperasaan begini.Setiap perhentian yang aku lalui,aku selalu nampak banyangan aku dan dia di sana.....







Sejujurnya aku masih merindui Dia.....








Friday, August 2, 2013

Perjanjian Mati




"Hari ini hari akhir u kan,rasa sedih?"

"ya,mestilah sedih,tak kan nak rasa gembira kot?"

"jangan sedih-sedih..."

"hurm...memang ini yang u nak kan?"

"u pergi sebab rasa i halau u atau u memang nak pergi?"

"sebab u yang nak macam tu..."

"i just nak u berbaik semula dengan dia..."

"i okey je dengan dia......i harap u say something untuk halang i dari pergi"

"kalau i cakap jangan pergi,u tak kan pergi?"

"hurm...sebenarnya memang ada yang i nak cakap semalam,dah lama i simpan tapi tak berani nak cakap takut u marah....."

"apa dia,cakaplah i dengar..."

"sebenarnya kita masih sayangkan B.....dan tak kan pernah lupakan B.insyaallah setiap tahun kita akan usahakan untuk ke daerah cinta setiap 23 june"

"u.....i pun masih sayangkan u...daerah cinta insyaallah i pun akan ke sana juga setiap tahun.entah la masih adakah peluang untuk kita bersama?"

"ada! tapi dengan syarat..."

"syarat apa?"

"pastikan masa tu u dah tak ada komitmen dengan sesiapa dan kita juga tak ada komitmen dengan sesiapa.kita tak minta u tinggalkan dia dan kita juga tak akan minta hal yang sama pada dia.cuma biar takdir tentukan jodoh kita.if u dah tak ada dia dan pada masa yang sama kita pun dah tak ada dia,tolong janji cari kita balik boleh? kita akan terima u walau apa pun status u masa tu.kita akan tunggu u sampai masa itu datang"

"ya...kita janji akan cari dia balik...kita janji,sayang."







aku tidak mengharap apa-apa
cuma berpegang pada keyakinan
dan aku redha setiap apa yang mendatang
dan ini merupakan janji mati aku dan dia...






Wednesday, July 31, 2013

Selamat Tinggal



Esok.....
Tiada lagi banjaran titiwangsa,
Tiada lagi tasik embayu,
Tiada lagi bukit chagkat asa,
Tiada lagi kenangan di situ...

Esok.....
Tak perlu lagi kunci jam bangun awal pagi,
Tak perlu gerakkan teman sebilik lagi,
Tak perlu menguruskan rutin harian lagi,
Tak perlu menoleh kenangan di sini lagi...




Sungguh aku rindukan semua yang ada di sini,semua yang pernah menyentuh hidup aku selama hampir lima tahun di sini.Aku rindu semua tentang hidup yang aku pernah belajar di sini.Rindukan semua yang pernah menjadi kesayangan aku di sini.Dan aku paling rindukan semua kenangan tentang dia dan aku yang pernah wujud di sini......




Meneruskan hidup dengan harapan,
memang telah tiada,
Tapi aku tetap bertahan kerana,
keyakinan yang ada.....






Monday, July 29, 2013

Angka Tiga Yang Genab




27 julai 2013,
Tiga bulan yang genab,
menjadi rusuk buat sang pencari,
yang halal pada yang berhak.

Julai bulan akhir,
setelah 3 bulan aku menjauh,
dari Imam yang di tinggal,
jauh di Negeri Selatan...



"Sebelum saya diikat,boleh saya buat satu permintaan dan perjanjian?"

"Kalau saya mampu,akan saya tunaikan."

"Tolong izinkan saya tetap tinggal dan terus bekerja di sini hingga ke penghabisan tahun ini,boleh?"

"Tak boleh!"

"Kenapa? saya tak minta banyak,cuma ini saja...tolong..."

"Tempat seorang isteri adalah berada disisi suaminya"

"Tapi ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan,sebelum saya bersedia untuk pergi."

"Atas alasan apa? nanti apa pula kata keluarga saya?"

"Ada beberapa perkara yang saya perlu buat,lagi pula saya belum menemukan pengganti untuk jawatan ini."

 "Tidak,saya tak setuju!"

"Tolong...saya merayu.saya janji selepas itu saya akan ikut ke mana awak pergi."

"Kenapa perlu begitu lama...sampai enam bulan?"

"Tolong...saya merayu sangat.Kasihankan saya,selepas ini saya akan pergi tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan.Jadi,izinkan saya habiskan semua yang masih berbaki di sini.Dan tanggungjawab saya untuk melatih pengganti saya untuk jawatan ini."

"Baik,saya izinkan...tapi jangan sampai enam bulan.Itu terlalu lama,nanti apa kata keluarga saya?"

"Habis,berapa lama? awak katakan saja yang saya masih lagi belajar."

"Mahu saya menipu? tiga bulan saja cukup.Ini muktamad!"

"Tolong...sampai habis hujung tahun ni saja tak lebih."

"Tidak! ini muktamad,tiga bulan saja cukup!"






Dan tempoh tiga bulan itu 
sudah pun berakhir
dia kembali lagi menuntut janji.....





Wednesday, July 24, 2013

Main Tarik Tali - 2 -







15 julay 2013

"U kalau u ada email yang disimpan dalam draft...hantar je...
biar email itu adalah email terakhir u yang u sampaikan pada I..."


"Kata akhir yang I tak sanggup nak cakap tapi terpaksa juga...

U jaga diri u baik-baik...jaga diri,jaga makan minum,jaga solat,jaga peribadi,jaga ibu bapa,jaga hubungan yang terbina...lupakan I,tinggalkan I,bencikan I.Anggap ini suratan takdir yang perlu dilepaskan kerana semuanya tiada apa-apa makna lagi,I rasa yang sama macam u juga bagai tak adil hidup ni...tapi hidup perlu diteruskan.

selamat tinggal u,bekas kekasihku....."




Minggu lepas,menerima email yang menghiris hati daripada dia.Masih mahu bertegas dan mendesak aku supaya terus melupakan dia.Memadamkan segala kenangan dan kisah yang pernah tercipta satu masa dulu.Tapi hari ini aku menerima email yang seakan memujuk seakan mengharapkan sesuatu sama seperti yang aku harapkan selalu.Aku tahu dia tak akan pernah mahu tinggalkan aku.Insan yang sedang menggantikan tempat aku itu hanya sekadar di jadikan sandaran mahu menutup segala rasa rindunya pada aku.....




23 julai 2013

"u tengah tunggu reply i ke selalu?
hmmm.....entah la u...
u tulis la banyak-banyak sikit..i nak baca."






Kita tidak akan pernah putus
hanya sekadar berpisah untuk sementara cuma
nantikan satu masa nanti kau dan aku
akan bersama akhirnya.....






Tuesday, July 23, 2013

Main Tarik Tali




Aku tahu ini salah.Dan pada masa yang sama dia juga sedar ini satu kesalahan besar,malah seperti sengaja menambah dosa yang sedia ada.Berapa kali pun dia mahu bertegas supaya aku melupakan dia singkirkan semua kenangan tentang dia.Membentak meletakkan semua salah itu di bahu aku menunding semua punca itu pada aku.Tapi dalam hatinya masih tersimpan lagi rasa kasih yang sebenarnya tidak pernah cuba di lupuskan.

Aku nampak sedaya mungkin dia cuba mahu wujudkan rasa benci dalam hati aku buat dia.Sengaja mahu buat aku merasa kesal kenali dia.Cuba berlagak tenang mempamerkan bahagia palsu supaya aku mengalah,sedangkan aku sendiri dapat rasakan yang dia sering menyeru nama aku dari kejauhan.Entah berapa lama harus begini saling menipu diri sendiri.Dia yang buat keputusan seperti itu,dan pada masa yang sama seakan menyesal.

Dan aku yang memilih jalan ini teruskan perjalanan tanpa harapan cuma berbekalkan keyakinan.Hanya itu saja pegangan yang aku ada "keyakinan" harapan yang dulu telah lama musnah.Dengan keyakinan ini aku perlu bangkit dan terima moga segala kepahitan yang aku telan,tetap akan ada nikmat dan kemanisannya pada hujung-hujung hari nanti.





Bagaimana mahu melupakan
sedangkan kau di sana masih lagi
menyeru-nyeru nama aku.....









Monday, July 22, 2013

Rasa Benci Yang Gagal





Dia lain mengikut situasi dan keadaan,macam sesumpah yang akan berubah mengikut keadaan keliling.Dalam talian penuh dengan perasaan Ego,Angkuh,Benci dan Marah.Tapi bila berhadapan dengan jasad yang nyata,dia tak kan mampu menipu memanipulasikan mata yang melihat.Aku lihat dia dan dia renung aku sama-sama mahu berlagak kuat seperti tiada apa-apa berlaku.Mahu tunjuk siapa kuat seperti sudah pasrah dengan hakikat.Tapi kenyataannya masing-masing sedang menahan rasa berat.

Aku benci tiap kali dia bilang aku lemah dan rapuh.Dia marah tiap kali aku bilang dia hipokrit dan berpura-pura.Siapa mahu tipu siapa? dan siapa mahu benci siapa? hanya satu perkara saja yang aku dan dia tahu hati masih tetap ada rasa "sayang".Sedaya mungkin dia cuba mencipta rasa benci aku pada dia.Tapi setiap dari kata-kata yang menghiris itu langsung tidak memberi kesan yang mendalam terhadap aku.Ya,kerana aku lebih tahu apa yang ada dalam hati dia dan dia juga tahu apa yang tersirat dalam hati aku.






Ada jernih yang di ganggu kocak
Dalam keruh sembunyi tiada yang nampak...








Tuesday, June 11, 2013

Sedikit Masa






Adakah menjadi kesalahan jika hati ini menyimpan rasa kasih buat seseorang yang aku tahu bukan Hak? Ya,mungkin...Tapi hanya dialah yang selama ini lebih banyak masa bersama aku sewaktu sedih dan gembira.Sama-sama menyimpan harapan dan impian.banyak kesukaran yang di lalui bersama.Tapi jodoh itu ketentuan.Sebanyak mana kau mengasihi kekasih,belum tentu dia akan di takdirkan untuk hidup bersama.Semua ini memang payah nak di lalui...kenangan terlalu banyak bagaimana nak di lupakan?

Semasa sakit aku,dia sanggup memandu dari jauh semata-mata mahu temankan aku yang sendirian terlantar di wad tanpa ditemani keluarga.Dan pernah juga aku jatuh sakit semasa tinggal sendiri di rumah bujang,dan dia juga la yang sanggup memandu dari jauh sebaik habis waktu bekerja semata-mata mahu menghantar aku pulang ke rumah keluarga.Banyak pengorbanan dia yang aku kenangkan...dia sangat baik dengan aku dan sangat sayangkan aku.Tapi apa pengorbanan yang aku buat untuk dia?

Aku hanya menyakiti hati dia dengan menerima pinangan dari seseorang yang membawa rombongan jauh dari negeri selatan.Aku menyakiti hati dia dengan membiarkan masa berlalu dengan aku yang berstatus "tunangan orang".Dan kini aku bakal menambahkan lagi sakit hatinya dengan menerima setiap rancangan majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Aku sendiri terluka apalagi dia.Sudah tidak ada jalan untuk berpaling ke belakang lagi selain dari merelakan semuanya terjadi....








Friday, March 1, 2013

Teman Pengganti



Berat mata penuh air mata
Berat hati penuh dengan luka
Aku tinggal dia Aku kecewakan dia
Mungkin ini bukan jodoh Aku dan Dia......

Aku tak berniat mahu melukakan hati dia apa lagi mahu meninggalkan dia.Hati aku sendiri rasa pedih seperti dihiris.Apalagi harapan yang bisa aku berikan jika semuanya sudah di takdirkan.Segalanya telah aku usahakan,sakit semua aku telankan.Apalagi yang aku harapkan jika semuanya punah tidak tinggalkan kesan.Kisah cinta ini tidak akan bersambung ke episod minggu hadapan.Inilah yang terakhir inilah penamat semuanya akan berhenti di sini.

Kenangan mengusik hati masih berbaki cinta di hati.Aku dan dia tak mungkin akan di satukan majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi akan menamatkan segala yang pernah tersimpan di dalam hati.Bunga cinta yang di semai bersama akan layu dan mati.Aku tinggal dia Aku kecewakan dia hati aku sakit terpaksa di tahankan.Menangis tak akan mengubah segala yang telah tersurat.Dia bukan jodoh aku dan dia bukan untuk aku.Apalagi jalan yang ada untuk aku mengubah semua yang telah di rancangkan?

Cuba untuk senyum cari kekuatan di sebalik hiburan.Dia pujuk hati aku untuk terima semua yang di tetapkan.Dia doakan yang terbaik untuk aku dia redhakan apa yang berlaku.Aku kaku menatap wajah tenang di hadapan yang di dalam hatinya berperang dengan macam-macam perasaan.Rasa sayang masih ada tapi tak bisa di suburkan lagi.Cinta ini harus di hentikan,ini satu kesalahan kau cari hidup kau dan aku akan cari hidup aku.Andai takdir itu masih menyebelahi kita,satu masa nanti kita pasti akan bersama,insyaallah.....





Adakalanya jodoh,
Mendahului cinta sejati.....



Wednesday, November 28, 2012

Fasa Kebahagiaan





Ada satu-satu waktu yang terluang sengaja aku penuhkan dengan berfikir.Ya hanya berfikir tanpa melakukan apa-apa selain dari terperuk di dalam bilik dan tidur.Mengingatkan dari kata-kata dia tempoh hari yang buat aku terkedu seketika...

"Nampak macam awak belum bersedia lagi,kan?"


Untuk beberapa saat aku terdiam sambil menghela nafas yang amat berat.Saat itu juga ingatan aku kembali berputar ke beberapa hari lepas.Jika di fikirkan semula,ada benarnya kata-kata dia tempoh hari.Entah kadang kalanya aku seperti keliru dalam membuat keputusan tentang hidup.Apa yang aku cari? apa yang aku mahu? Sepertinya ada sesuatu yang terlalu berat untuk aku lepaskan...mungkin ada sesetengah dari kehendak yang masih belum dapat di puaskan.

Dalam hayat selama aku bernafas,banyak hal yang aku pelajari tentang hidup.Berjalan dan memerhati setiap perkara yang ada di sekeliling.Ya...TAKDIR HIDUP setiap insan itu tidak akan sama.Setiap dari mereka itu melalui proses pembelajaran tentang hidup itu mengikut tahap dan peringkat yang berlainan.Mungkin saja sesetengah dari mereka hanya melalui proses yang singkat untuk mendapat bahagia.Dan ada sesetengah darinye terpaksa melalui pelbagai kesakitan dan mengambil masa yang begitu panjang untuk merasa kebahagiaan itu.





Dan aku adalah orang yang di takdirkan
hidup untuk melalui proses yang panjang
demi mendapat bahagia.









Friday, March 23, 2012

Terikat

Sudah hampir 2 minggu aku kini rasmi menjadi tunangan orang.Tak dapat aku lupakan saatnya majlis itu berlangsung,saatnya bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis.Dan saatnya bekas kekasih menahan sebak hati terluka melihat kekasihnya kini menjadi tunangan orang.Segalanya berjalan lancar seperti yang telah di rancang keluarga.Dan kejutan buat aku adalah sebuah majlis pertunangan yang di buat secara besar besaran bagi aku.Sungguh besarnya penerimaan pihak keluarga aku mahu menyambut orang jauh.

3 Hari sebelum.....
Aku sibuk mengikut mak ke sana ke sini mencari segala kelengkapan untuk hantaran balasan buat pihak lelaki.Segala hiasan dan gubahan hantaran adalah dari hasil kerja tangan aku sendiri.Sungguh hati ini tak keruan,tetapi demi mahu menjaga hati-hati orang yang berharap,aku redha dan cuba membuatnye seikhlas mungkin biar pun tika itu aku sendiri berasa amat tertekan.

2 Hari sebelum.....
Seluruh keluarga di sebelah ayah sudah mula sibuk berkampung di rumah aku sejak pagi.Rumah di kemaskan,dan acara memasak sudah pun di mulakan.Aku tidak di galakkan melakukan kerja yang berat-berat.Bahagian tugas aku,lebih banyak berada di dalam bilik menghias bilik juga menyiapkan hantaran.Aku letih dan rasa agak tertekan hinggakan tekanan darah aku turun dan membuatkan aku menjadi lemah dan pening.

1 Hari sebelum.....
Semua persiapan telah pun siap sempurna.Tinggal menghitung saat keesokkan harinya tiba.Petang itu,aku bercadang mahu bertemu dia.Ya aku kira ini adalah yang terakhir kalinya andai selepas diikat nanti tiada pertemuan lagi,kiranya ini menjadi kenangan terakhir buat aku dan dia.Biarpun mak melarang aku keluar,aku tetap berkeras juga.

Dia cuba berlagak tenang di hadapan aku cuba hiburkan hati aku cuba untuk buat aku senyum dan ketawa dengan jenaka.Tapi aku tak mampu menipu rasa hati sedih,kecewa semuanya bercampur menjadi satu.Sesekali mata bergenangan tak mampu di tahan,aku biarkan.Dia berpesan supaya aku merias diri dengan indah.Tutup segala sembab mata dan kelesuan wajah,pamerkan senyuman dan sorokkan kesedihan.Itu hari bahagia dan aku harus gembira,dia janji akan hadir utnuk pastikan aku tidak bersedih.

Telah Tiba.....
Aku mempersiapkan diri seorang diri tanpa bantuan sesiapa.Aku juga tidak perlukan khidmat juru solek untuk merias wajah.Bermula dari merias wajah,hingga ke hiasan tudung dan kepala aku lakukannya sendiri.Lagi pula aku tidak suka wajah aku di solek dengan solekkan tebal,hanya sekadar majlis pertunangan,merias wajah seringkas mungkin .Dan sedikit kemahiran merias wajah itu sudah memadai.

Dia hadir bersama 2 teman baiknya dan aku faham mereka sekadar peneman juga pemberi kekuatan buat dia untuk menjadi kuat saat melihat aku di tunangkan dengan orang lain.Aku bisa menjadi tenang saat melihat dia hadir dan memberi kekuatan buat aku untuk redha.Rombongan tiba di sambut dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.Itu hujan rahmat,bahang panas di rumah beransur menjadi sejuk.Dan urusan peminangan berjalan dengan lancarnya saat cincin di sarungkan ke jari manis aku tika itu.






Tempoh satu tahun terikat
ini hanya pertunangan
dalam satu tahun banyak yang akan berubah
samada aku atau dia dan juga dia....





Thursday, March 8, 2012

Putus : 2 Hari Lagi



Isnin - 27 Febuari 2012
Pertemuan di antara empat mata setelah sekian lama tidak bertemu,sekian lama berjauh rindu.Aku cuba mencari kekuatan untuk berterus terang padanya tentang hal yang sebenar.Tetapi,setiap kali aku lihat wajah dia senyuman dia aku jadi tidak sampai hati mahu membunuh semua rasa senang di hati dia.Apa mungkin aku jadi sekejam itu terhadap orang yang aku sayang?

Ahad - 04 Mac 2012
Dengan rasa berat hati,malam itu aku jelaskan semuanya pada dia.Menjawab semua persoalan dia yang selama ini aku pendam sendiri-sendiri.Aku tahu,dalam tempoh itu dia terlalu berharap yang semuanya boleh di batalkan.Tapi semua persiapan sudah di atur,apa pilihan yang aku ada? Aku juga kecewa dan sedih,dan aku tahu hati dia sedang sakit untuk terima kenyataan ini.Dan sebaik saja dia melafas kan kata "putus" laju saja airmata menuruni pipi tika itu.

Isnin - 05 Mac 2012
Mulai terasa kejanggalannya,aku dan dia sudah ada jurang di tengah-tengah.Dia sudah tidak seperti dulu,katanya dia kaku untuk bicara sama aku seperti dulu.Ini bahagian yang paling sukar buat dia dan aku.Katanya,dia akan hadir di majlis aku nanti.Aku tidak mengharapkan dia datang,karena aku tidak mahu dia terluka dan bersedih nanti.Tapi dia yakinkan aku yang dia akan kuat pada hari tersebut,dan mahu lihat senyuman aku pada hari itu.

Selasa - 06 Mac 2012
Cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.Kami memanipulasikan minda sendiri seolah-olah masih berpasangan lagi masih bahagia gembira lagi.Sedaya mungkin cuba untuk menutup segala kekecewaan yang berlaku sebelum ini meski pun pada hakikatnya ia tidaklah seperti yang di angankan.

Rabu - 07 Mac 2012
Entah kenapa malam itu hati jadi semakin sayu dan pilu.Aku mengenangkan segalanya tentang dia.Aku rindukan dia sangat-sangat terlalu rindu.Permintaan dia,untuk hari-hari terakhir ini hanya mahu lihat aku.Meski pun hanya sekadar di talian internet,itu sudah mencukupi untuk mengubat rindunya pada aku.Dan sepanjang sesi itu,aku hanya menunduk sembunyikan wajah yang lesu.Mata bengkak kerana terlalu banyak berairmata.

Khamis - 08 Mac 2012
Hari ini,aku akan pulang ke kampung halaman.Menunaikan permintaan keluarga yang mengharap.Sedang menulis ini,aku masih berkira-kira mahu pulang sekarang atau tidak,atau mungkin aku perlu menangguhkan hari kepulangan aku? Saat ini aku benar-benar menjadi buntu,fikiran gagal untuk mencerna segala yang berlaku.Aku masih mengingati dia,sungguh aku masih mengingati dia.Mengenangkan bicara dia malam tadi,mahu aku hidup bahagia dan cuba untuk mencintai bakal tunang.Apa bisa cinta ini hadir saat hati ini sudah hancur?







Saat akhir ini
apa semuanya bisa di ubah?
dia telah menghantar permohonan
kerja di Australia,dan katanya
hanya sekadar mahu cari pengalaman.
entah ya entah tidak,Tapi aku tahu
salah satu sebabnya.


Wednesday, February 8, 2012

Putaran Waktu : 31 Hari Lagi



Ditengah keramaian,kebisingan
Suara sayup kedengaran sayu sekali
Sebaris senyuman.tawa riang
Akan ada jiwa yang sedang berperang

Buku memori itu semakin usang
Helaian demi helaian semakin rapuh
Namun sebuah peti berbentuk hati
Masih bisa menyimpan satu persatu
Masa lalu yang semakin di tinggalkan.

*pause



"kita jalan cari baju dia dulu,better cari yang siap tak payah
nak cari tukang jahit untuk tempah lagi"

"pilih saja mana yang dia suka,nanti kita bayar"

sebuah butik di tengah kota,tergantung indah pelbagai jenis busana dan warna.Dari potongan yang ringkas hingga ke meterial yang mewah,cantik dan istimewa.Sehelai kurung moden putih merah bercorak ringkas di belek.

"cantik,suka yang ini?"

Aku memandang dia tanpa suara,cuba memadankan baju di badan sendiri.Tag harga pula aku cari,agak mahal untuk sepasang kurung moden bercorak ringkas.Lagi pula hanya sekadar untuk majlis yang serba sederhana saja,tak perlu aku untuk berlebih gaya.

"kenapa letak balik,tak suka?"

Aku bilang pada dia harganya terlalu mahal untuk sebuah majlis biasa-biasa.Aku hanya mahukan yang sederhana saja,lagi pula majlis hanya akan di hadiri keluarga terdekat.Aku menarik lengan bajunya memberi isyarat untuk beredar,memilih deretan kedai-kedai biasa.Akhirnya busana merah cili menjadi pilihan dengan meterial yang lebih menarik dari yang sebelum beserta harga yang lebih berpatutan.

"tahu tak,salah satu perkara yang buat saya rasa sayang pada awak,
awak seorang perancang ekonomi yang baik.Dan saya yakin awak boleh
kawal perbelanjaan kita nanti,kadang-kadang saya boros juga.Paling
menarik,awak tak sama macam orang lain.Walaupun ekonomi saya lebih
daripada mampu,awak masih mahu cari yang sederhana juga."

Aku pandang dia tanpa sebarang kata,dan meneruskan agenda yang seterusnya.Malas mahu berbalas kata dengan dia,ada saja ayat yang boleh bikin hati aku senang,tapi pada masa yang sama,aku tetap merasa pedih bila terkenangkan seseorang.


*play

Hati membeku sedingin salju
Tanpa ada rasa,tanpa perasaan
Kehangatan yang cuba di zahirkan
semua palsu belaka
Hati beku tetap tidak berubah

Kenapa...
saban hari saban waktu
Hati berbolak balik keliru
Keyakinan semakin runtuh
Setiap saat hati berlagu sayu
Putaran Waktu masih begitu.




hari semakin dekat
sudah hampir ke penamat
semua rasa semua kenangan
harus aku biarkan ia terbang
dan menghilang.....

Tuesday, January 24, 2012

Akan Bahagiakah?


" Rumah kita dah siap dah tinggal nak cat je.ingat nak dia pilihkan warna "

" Barang basic dalam rumah kita dah bawa masuk.kita ingat nak pasang aircond dalam bilik.Dia rasa ok tak? "


" Kita beli petisejuk dengan dapur 4 tungku,dia rasa macam mana? "

" Kita nak nanti dia masuk rumah kita,semua dah ada selesa..."

" Semua dah selesai tinggal dia je nak lengkapkan semua "


" Bisnes kita takat ni,alhamdulillah tak susah sangat dah.tinggal nak tambah pekerja je."


" Dia rasa okey tak nak tinggal kat sini? kalau dia tak suka,kita cari rumah lain ye.Tapi dekat-dekat dengan tempat kerja kita la ye."

" Kita lama dah tunggu untuk hidup dengan dia,dah tak lama lagi kan. "

" Akhirnya dia akan jadi juga peneman hidup kita."


" Jangan risau,kita cuba senangkan hati dia.Kalau dia nak sambung belajar lagi,pergilah tak apa... "

" Kita sayangkan dia sampai bila-bila,janji. "
















Tolong aku Tuhan...
hadirkanlah cinta dalam hati ini
buat dia seikhlasnya
jika benar dia yang kau utuskan
untuk hidup aku...

Friday, December 23, 2011

Kata Cinta : 3 Hari Lagi





" I sayangkan U...I cintakan U "

" I nak dengar U cakap cintakan I,boleh? "

" I tau,family U tak setuju dengan I,kan? "

" I tau,mak U tak suka I.dan I tau ayah U tak cakap apa-apa pun bila U tanya pasal I "

" Adik-adik U pun tak suka dengan I,kan? "

" Dan...I tau nanti U dengan siapa akhirnya nanti "









sebak menahan rasa...
kenapa mesti "dia" saat ini?
tidur malam berairmata.

nak di katakan apa lagi
I sayangkan U dan I mulai mencintai U
tapi maaf,I tak akan ungkapkannya
itu kata harapankan?
dan kita sendiri tahu pengakhirannya
I dan U tak mungkin...


Monday, December 12, 2011

Teruja : 14 Hari Lagi



"Hantaran dia nak berapa?"

"Dulang dengan lapik dah ada? ke nak beli yang lain?"

"Baju nikah macam mana?"

"Nak beli cincin baru tak,untuk merisik dan bertunang?"

"Tak sabarnya kita nak jumpa dia nanti,ada banyak hal yang kita nak cakap dengan dia"










kelmarin,dia tanya pasal hantaran
semalam,dia tanya pasal baju nikah

hari ini,dia tanya pasal tambahan cincin

esok,dia tanya pasal majlis.

dia nampak gembira
dia nampak bahagia teruja

ada lagi beberapa bulan sebelum majlis pertunangan

tapi dia sudah mahu bicara soal nikah
sedangkan aku seolah tidak merasa apa-apa...


Friday, December 9, 2011

Airmata : 18 Hari Lagi



"I betul-batul sayangkan U,bilalah I dapat kahwin dengan U?"

"kita tahu,kita tak di terima,kan?

"kalau satu masa nanti U tiba-tiba tak ada,maknanya I fahamlah."

"kalau U dah ready nanti,U bagitaulah pada I okey?"

" I tau semua yang terbuku kat hati U,kan? U ada simpan apa-apa dari I?

"I dah sedia semuanya hati,mata,otak,semuanya.U jangan risau okey"










Dan saat itu aku pandang wajahnya
matanya bergenang berat
laju saja air jernih mengalir menuruni pipinya
dan aku sendiri juga merasa sebak
saat kata-kata itu di lafazkan oleh dia...