Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Rasa Salah



Hampir sebulan.....ya sejak polis F mula menghantar satu isyarat yang aku fikir salah,terus saja aku menyepikan diri tanpa membalas semua pesanan ringkas dan panggilan telefon dari dia.Mungkin dia sendiri rasa penat bila aku seakan mula menjauhkan diri daripada dia.Dan sejak itulah tiada lagi ucapan selamat pagi yang aku terima di telefon tangan seperti selalunya.Ya,aku kira polis F masih belum lagi mengetahui status terbaru aku sebagai "tunangan orang".Dan aku sendiri masih belum lagi memaklumkan perkara itu kepada dia.Setelah mendiamkan diri beberapa waktu,hari ini aku terima satu pesanan ringkas di telefon tangan dari polis F.


"Assalamualaikum awak,sorry ganggu.Tak mahu kawan
dengan saya dah? mesej saya pun dah tak ada.Barang awak
ada pada saya.Jangan risau barang saya pulangkan selepas
habis kursus nanti"


Aku rasa bersalah,hilang tiba-tiba tanpa beritahu perihal yang sebenar kepada dia.Sedangkan hakikat sebenarnya aku sendiri bosan untuk punya sebarang urusan dengan dia.Mengapa? karena aku merasakan dia hanya banyak buang waktu aku dengan janji yang tidak tentu.Bagi aku,antara aku dan dia hanya punya urusan "perniagaan" dan selain dari itu aku tidak berminat.Sedangkan dia menggunakan alasan itu untuk terus datang mendekat pada aku,berjanji akan bantu aku.Pada hakikatnya dia langsung tidak membantu,malah terus-terus saja membuatkan aku bosan dengan pesanan ringkas yang di hantarnya setiap hari hinggakan aku sendiri tidak tahu harus bicara apa lagi dengan dia.







Aku semakin bosan dengan
orang yang hanya suka berjanji
dan beri harapan tapi kosong
sedangkan aku sendiri bersusah payah
untuk memajukan perniagaan sendiri.


Wednesday, December 14, 2011

Salah Faham : 12 Hari Lagi





Minggu lepas ,menghadirkan diri ke majlis perkahwinan seorang classmate.Tidak pergi berseorangan,tetapi di temani oleh seorang ex offismate dulu yang kini sudah menjadi seorang anggota polis bantuan di daerah tempat aku menetap kini.Perancangan asal,pergi bertiga dan di saat akhir kawan aku memberitahu dia tidak dapat menyertai kami kerana punya urusan lain.

Aku tahu pergi secara berpasangan boleh bikin salah faham di kalangan teman-teman lain lantaran aku sendiri masih belum punya ikatan dengan sesiapa.lagi pula secara kebetulan kami memakai pakaian yang sama warna "merah".Dan seperti yang di jangka,menjadi bahan sepanjang majlis berlangsung.Aku sendiri terpaksa tebal muka dan sedaya mungkin cuba menjelaskan kedudukan sebenar.Tetapi Polis F seperti tidak kisah dan dia nampak agak tenang,hanya senyum setiap kali di usik teman-teman.










Polis F...
lama lost contact dengan aku
dan kini dia muncul semula
kembali mencari aku
selepas 4tahun tidak berhubung.


Friday, July 22, 2011

Aku Seorang Penipu

Aku seorang penipu
dan sebab itu jangan percaya aku
aku seorang penipu
dan sebab itu jangan yakin dengan aku
aku seorang penipu
dan sebab itu jangan mengharapkan aku

aku terpaksa tipu kau
aku terpaksa buat helah untuk kau
sebab aku pegang amanah besar
biar siapa pun kau,aku tetap pertahankan
kerana amanah yang aku pegang

hanya kerana kau berstatus
keluarga terdekat
maka kau mahu rosakkan reputasi aku
hilangkan kepercayaan aku
kau bukan majikan aku

dan jangan sesekali kau ungkitkan budi
kerana aku bukanlah seorang yang mudah
mengikut telunjuk jari
mahu merasuah aku?
cubalah kalau kau berani!








kau kawan aku sejak lama dulu
aku kenang budi kau untuk kerja ini tapi,
bukan bermakna sesuka hati
kau mahu jual beli
maruah aku
dia abang kau dan dia majikan aku
cukup itu aku mahu kau tahu,kawan.



Monday, March 28, 2011

Lalat



Orang bagi kau amanah sebab orang percaya dan yakin dengan kau
tapi kau suka berlengah dalam melakukan kerja mengabaikan tanggungjawab
dan kau kerap kali melakukan kesilapan sehingga orang lain dapat tempias
kau tak rasa susah sebab kau sudah selalu berasa senang
kau tak rasa sempit sebab kau sudah biasa dengan lapang
kau tak rasa sesak sebab kau dah terbiasa di mewahkan

boleh tak kali ini kau fikir untuk berada di tempat kami?
hanya itu saja pencarian yang kami ada dan bergantung sepenuhnya
tahu tak,kami dah berada di zon yang betul2 teruk
boleh tak kau buat kerja ikut masa yang di tetapkan
dan sila datang kerja untuk buat kerja,dan bukan untuk bersenang-senang
hanya kerana status keluarga kau boleh buat ikut suka kau,begitu?



susah sangat...
nak ditegur nanti,dikatakan
melebih-lebih pula
kalau tak kerana kau kawan
memang dah lama aku belasah
sampai kau lunyai.

Wednesday, February 23, 2011

Kawan Tak Guna

Ada kawan tapi hampeh...
masa kau susah aku bodoh-bodoh la sanggup kesian nak tolong
tapi bila aku susah jatuh tersungkur
ada kau datang tolong?
ambil tahu pun tidak kan...
.
.
selalu jadi macam ni ramai sangat dah
kawan jarang-jarang
tapi tiba-tiba boleh call sembang ramah tamah
macam dah rapat gila.
pada hal dulu takat tegur-tegur angkat-angkat kening je
ingatkan apa
rupanya just nak pinjam duit
shit!
.
.
berpura-pura baik hanya semata-mata
untuk merealisasikan hajat
macam sial kau!