Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Sunday, March 1, 2020

Bertanding : Politik

Sebelum ni perbincangan 2 hala telah pun dibuat. Dan kita berdua telah setuju awak tak akan terlibat lagi dalam dunia politik. Tapi tak sampai 3 bulan pun... Tiba-tiba awak nak bertanding untuk jawatan peringkat DUN. Sejujurnya saya sangat tidak bersetuju apa lagi nak rasa bangga. Saya diam Cuba rahsiakan dari semua orang terutama kawan-kawan & keluarga. Tapi isu besar mana boleh tutup, kan. Seorang - seorang bertanya pada saya....

" Dia bertanding untuk jawatan.......?"

Berkata tidak adalah mustahil... Sebab poster wajah awak sudah tersebar. Bila saya persoalkan, awak hanya jawab...

" Dato' yang minta saya bertanding dia berharap saya dapat jawatan tu."

Permintaan Dato'? Bagaimana dengan permintaan saya? Dari awal, sebelum PRU 14 lagi saya sudah pesan, selangkah awak masuk ke dunia politik susah untuk awak berpatah balik. Dunia politik sangat kejam, bila awak terlibat dengannya, banyak perkara yang awak terpaksa korbankan.Dan salah satu dari nya adalah...

"Masa!"


Adalah sangat tidak adil bila hak kau terpaksa dikongsi dengan orang ramai... 😣



Sunday, May 27, 2012

3.0






Mengapa sesama kita harus bertelagah?
mengapa sesama kita adakan pertumpahan darah?
mengapa sesama kita harus marah-marah?
apa masih belum cukup aman?
tidak cukup di dataran,bersambung pula
hingga ketalian.

Haruskah di adakan pertandingan siapa kuat?
mahu menentukan siapa hebat?
lalu,apa pula yang akan terjadi kepada rakyat?
nasib mereka hidup mereka tetap melarat.
mana dia janji akan adanya perubahan?

Tak kira siapa dan pihak mana pun akan menang,
keadaan hidup di negara masih tetap sama,
yang miskin hidup tak terbela,
anak muda terus hanyut dan lupa,
yang kaya terus memakan riba,
harga barangan tetap naik juga,
rasuah terus saja berleluasa!
inikah yang di namakan keadilan?






Sedih melihat rakyat tidak lagi
bersatu hati kini.
paling menyedihkan bila
agama di politikkan oleh sesetengah
pihak,hanya kerana nama dan pangkat.









Friday, January 27, 2012

Perbalahan Sejagat

Bising-bising bingit
disana sini berbalah
berebutkan yang tak seberapa
dia dapat kau tidak
dan kau marah

marah-marah api bara
masih bertelagah mahukan hak
kau manusia penyangak
tak sedar diri tamak!


Dengar-dengar dapat wang rm500 bantuan rakyat...aku lihat rakyat berpusu memenuhi ruang legar bank menunggu giliran.Banyak yang aku fikir dari pemerhatian terhadap manusia-manusia ini.Ada rasa sedikit terganggu mengapa perlunya wang itu di beri? maksud aku apa perlunya mereka yang punya kewangan yang kukuh dan berkemampuan mendapatkannya? sedangkan di luar sana lebih banyak gologan fakir,orang kurang upaya,anak yatim,warga tua yang di pinggirkan lebih memerlukan,berbanding mereka yang aku lihat rata-ratanya masih punya kudrat.Malah ada diantaranya memiliki sebuah rumah dua tingkat dan memiliki dua buah kereta buatan luar negara.

Satu pelaburan dan pembaziran yang amat besar.Seharusnya di selidik dahulu pendapatan dan datang sendiri lihat bagaimana taraf hidupnya.Bukan sewenang-wenangnya memberi dengan mudah begitu,atas alasan kerana mereka datang memohon dan telah mengisi borang dan itu di kira telah menepati syarat.Sungguh aku kesal kerana terlalu banyak gologan yang hidup melarat tapi di pinggirkan.Dan ada kalanya aku sendiri sedih hingga aku tak mampu untuk berpaling melihat bertapa sengsaranya hidup mereka di atas neraka dunia ini.






Ayah berpesan.....
jika punya kudrat punya kemampuan

cukup sifat anggota badan dan sihat akal fikiran
berusaha dan tawakkal mencari rezeki halal

jangan jadi parasit yang
hanya tahu
menumpang di kesenangan orang lain
meminta-minta seakan tiada upaya,

kelak nanti Tuhan tarik semula
pinjaman
dan nikmat kesempurnaan anggota badan,
kala itu mahu menyesal sudah tiada gunanya.....


Sunday, October 16, 2011

Hidup

Ramai orang bising-bising bajet 2012
apa kata perdana mentari?
dan aku fokus tentang pelanjutan usia pekerja
hingga 60tahun? 60 tahun?
dahi berkerut gila apa ini!

aku tidak mengerti
dasar kajian apa yang mereka lakukan
meningkatan taraf ekonomi barangkali
atau benarnya hanya untuk kegunaan sendiri
60tahun aku fikir itu usia lemah

persetankan tentang fikir aku
cuma lihat saja untuk jangka waktu panjangnya
orang-orang muda seperti kita kebanyakkan menganggur
karena tidak ada jawatan kosong untuk khidmat MUDA
bagaimana kualiti kerja si atuk dan si opah?

jenayah,maksiat,keruntuhan akhlak,kemunduran ekonomi
ini mainan hidup memanipulasikan dunia untuk kepentingan?
ini musibah celaka apa rasionalnya khidmat si atuk dan si opah?
terketar berjalan dengan tongkat bermasalah kesihatan
pengidap kelupaan?

kudrat orang muda semakin terhakis di mamah usia
menanti senja baru dapat mula bekerja
mahu mengumpul dana dan harta di usia 30-an?
taraf ekonomi tika itu bagaimana?
muda kita sudah habis bazir waktu menanti dan mencari

diandaikan memulakan hidup itu di usia 30-an
simpanan masa depan bagaimana?
penganggur muda semakin ramai
belajar pandai tinggi ke puncak
tapi sayang.....








fikir aku jika si atuk dan si opah
dilanjutkan perkhidmatan

kita yang muda menganggur mencari
kekosongan
jawatan di penuhkan
si atuk dan si opah

menunggu usia mereka 60tahun

sementara kita juga semakin menua
dan simpanan masa depan baru nak bermula

sedangkan keluarga harus di sara...


Monday, July 18, 2011

Jalan Menuju Abadi - 2 -

Jalan menuju abadi?
adakah ia juga seindah mimpi fantasi?

ya,sangat indah
malah lebih indah dari mimpi mu,merah.
lebih indah dari mimpi ku?
jika begitu,aku mahu
tolong bawakan aku ke sana
teringin benar aku mahu melihatnya.
Mari,ikut aku merah
sama-sama melangkah ikut belakang aku
akan ku bawa kau ke sana
dan amanlah selamanya


* merah melangkah dengan teruja


mara ke depan merah
teruskan berjalan ke depan
jangan kau toleh lagi semua yang
kau telah tinggalkan berjalanlah dengan tenang
baiklah rama-rama biru akan aku turuti
ini impian aku mahu mengejar hidup
yang indah ingin ku tenang sampai bila-bila
aku langkah satu-satu


* merah terus melangkah ke hadapan tanpa sedar
kakinya sudah tidak berpijak lagi pada tanah


bersedialah merah
pejam rapat matamu untuk melihat dunia baru...


mata di pejam rapat
dan tangannya di depakan...









dan merah sampai juga ke dunia abadinya
buat selama-lamanya tanpa jasad sempurna.
jalan menuju abadi 2


Friday, July 15, 2011

Jalan Menuju Abadi - 1 -


Ditepi tebing tinggi...
cantik pemandangan dari atas sini
dari jauh semuanya nampak kecil seperti semut
langit cerah membiru kepulan awan bagaikan gula kapas
hembusan angin nyaman dan damai
berburung yang berkicauan riang sekali
rama-rama indah cantik berwarna warni
serta bunga-bunga mekar harum mewangi
inilah dunia indah!


*pejam mata dan senyum


ini tidak cukup indah
semua ini palsu belaka kau tertipu
hati kau mendustakan kenyataan
bukalah mata mu segera bangkit dari khayalan
ini dunia durjana penuh dengan parasit
busuk dengan bangkai-bangkai hidup
penuh dengan hipokrasi dan penindasan
tiada tempat untuk kau di sini
ini dunia manusia syaitan!


*buka mata tangan bergenggam

suara siapa?
siapa kau mengapa gertak aku
kenapa kau memaki dunia begitu
tidakkah kau lihat di sana ada cahaya indah
tidakkah kau lihat di sana ada bahagia
yang penuh dengan harapan?
keluarlah kenapa tidak kau tunjukkan rupa?

aku di sini aku di sini merah!
aku bukan memaki tidak sekali gertak kau
aku cuma beri peringatan untuk kau sedar
tentang hakikat dan kebenaran
jangan kau alpa dan leka dengan
kepalsuan yang terzahir di depan mata
sedarlah merah!

kau rama-rama biru
boleh berkata-kata bahasa manusia?
apa kau ini malaikat?
ya,aku rama-rama biru
hanya kau saja tahu
aku bukan malaikat cuma "jelmaan"

*terbang hinggap di bahu merah

siapa kau sebenar
dan dari mana kau tahu nama aku?
kenapa kau bercakap tentang dunia?
siapa aku kau tak perlu tahu
aku hanya mahu jadi pelindungmu
dari ancaman!
ancaman dari siapa yang kau maksudkan?
siapa mereka yang kau takutkan?
dari parasit pemakan bangkai!
mahukah kau aku tunjukkan jalan?
jalan ke mana wahai rama-rama biru?

jalan menuju abadi...






Jalan Menuju Abadi 1


Wednesday, June 22, 2011

Dunia Bulat





Subuh bening masih terasa segar embunnya.di tepi tebing ini kau depakan tangan pejamkan mata rapat.dan kau hirup semahunya udara tepu yang sedang berlegar.masih kabur dengan kabus hingga kala bercakap seakan ada asap putih keluar dari mulut.

"ini bumi kita,bumi yang bulat!"

kau teriak kuat hingga terdengar gema suara berulang.kau ketawa tika itu dan berlari riang terus menikmati kedinginan pagi itu.kau gembira kau suka kau menyanyi lagu kita.

"ini dunia bulat,walau jauh kau pergi kau tak akan tersesat
percayalah pada aku."

sehabis bicara itu aku pun berlalu melangkah pergi dengan hati yang nanar.itu dunia kau bukan dunia aku tempat aku bukan di sini.aku mahu pergi jauh hilang dan tak dapat kau kesan.aku mahu lari sepantas yang mungkin hingga kau tak berdaya mengejar lagi.





sedaya mungkin aku cuba untuk lari
aku akan hilang dan hilang dan hilang...

Monday, May 30, 2011

Tak Bernilai




"Betapa sering kita merasakan betapa tidak ada manisnya sesuatu kejayaan kerana tidak ada sesiapa yang berkongsi kejayaan tersebut.kenapa? kerana sepanjang proses memburu kejayaan kita sering mengetepikan orang-orang tersayang daripada jadual kehidupan.kita terlalu sibuk dengan misi mengejar kejayaan,terlalu sibuk membuktikan kepada orang lain bahawa kita adalah seorang "pro" di bidang kita sehingga tidak ada masa untuk melayan orang-orang tersayang.dikala kejayaan diraih,tiada teman untuk meraikannya."




aku tertarik dengan baris dari ayat-ayat ini.dan itu ada benarnya terlalu sibukkan hal dunia sehingga mengetepikan orang-orang penting di sekeliling kita.tak sedar yang berapa lama kita sudah mengabaikan hati-hati yang setia menyokong kita di belakang.hingga di satu saat kita tidak sedar yang mereka sudah pun hilang dari pandangan kita yang sudah di kaburi dengan duniawi yang kita lebihkan tadi.dan saat itu barulah kita merasa sunyi dan kita sedar akan betapa pentingnya orang-orang yang pernah menyentuh kehidupan kita dulu.

buat kamu-kamu yang terlalu mencintai dunia yang terlalu melebihkan dunia dari insan kesayangan,ingatlah hargai mereka selagi ada selagi kau punya peluang.karena jika satu masa nanti mereka hilang,barulah kau terasa yang kau juga sangat-sangat memerlukan mereka tika itu.percayalah,sebelum kau menyesal di kemudian hari....





aku masih mengeluh
masih menanti kiranya H
sedar akan kewujudan aku
di sisi dia selama ini.
atau sampai satu masa nanti
aku juga akan pergi
tinggalkan H
yang terus hanyut dalam dakapan
dunianya sendiri.

H,satu masa nanti
saya harap awak sedar
akan hakikat ini...

Friday, May 6, 2011

Jalan Syurga Dimana?


semakin jauh berjalan hingga sampai ke 2 persimpangan kau berhenti keliru dalalm memilih laluan.kanannya syurga dan kirinya neraka mana satu pilihannya.
untuk menuju ke syurga banyak cabang yang perlu kau lewati.sana sini berduri lorong berliku dengan cabaran dan dugaan.ada pula ujian di beri hinggakan kau berasa penat dan hampir menyerah.teruskan melangkah hingga ke temu satu daerah lainnya di mana kau perlu menempuh laluan yang lebih menyakitkan.rakus manusia,harta yang melimpah ruah dan godaan-godaan lainnya.jika berjaya,sampailah kau ke syurga.

adapun menuju ke neraka itu juga terlalu mudah dimana laluannya penuh dengan keindahan palsu yang bersifat sementara.laluan yang lancar penuh dengan penipuan dan dusta dunia.hinggakan kau menjadi terlalu asyik lupa,alpa dan lalai.kau hilang punca kau hanyut dan tenggelam dalam takungan racun tanpa rasa.kau jadi tamak kau jadi gila kuasa kau bersifat penindas harta dusta telah kaburkan pandangan.hingga kau tidak mahu untuk kembali lagi.kau semakin hanyut dan lupa,lalu bala diturunkan terus kau ke neraka.




Tuhan,
tolong selamatkan aku
tolong lindungi aku
peliharalah aku
Tuhan,
jangan tinggalkan aku
jangan biar aku hanyut
jangan biar aku lupa
Tuhan,
aku masih perlukan mu
bantulah aku untuk kembali
pulihkanlah jiwa aku
yang lemah ini.....

Wednesday, April 6, 2011

Ketandusan

bertahun telah berlalu begitu cepat
bagaikan tak terasa masa itu berjalan
telefon tangan setia di sisi menanti kiranya
akan datang pengkhabaran dari jauh
hari-hari yang dilalui tetap sama
dan masih begitu telefon tangan tetap diam membisu
dalam hela nafas masih mengharap
tapi kehampaan yang sentiasa menjadi peneman
semakin hari semakin jauh
ruang yang dulunya penuh kini mula berongga
banyak lompong-lompong kosong
yang tak terisi
Tetap setia dan terus menanti
tapi sedikit demi sedikit ia mula lari
dunia di jadikan alasan untuk tidak dipeduli
hati yang lapar dan dahaga mulai kontang
tak bersiram tak dibajakan
dan hampir mati...

Dunia itu sementara cuma
luangkan sedikit waktu untuk
membelaian hati yang tandus
perhatian dan kasih sayang
itu adalah keperluan buat hati dan jiwa
jagalah ia sebelum kau kehilangannya.







:: Buat mereka yang terlalu sibuk menyulam cinta dunia ::