Showing posts with label Merah. Show all posts
Showing posts with label Merah. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Putaran Waktu : 31 Hari Lagi



Ditengah keramaian,kebisingan
Suara sayup kedengaran sayu sekali
Sebaris senyuman.tawa riang
Akan ada jiwa yang sedang berperang

Buku memori itu semakin usang
Helaian demi helaian semakin rapuh
Namun sebuah peti berbentuk hati
Masih bisa menyimpan satu persatu
Masa lalu yang semakin di tinggalkan.

*pause



"kita jalan cari baju dia dulu,better cari yang siap tak payah
nak cari tukang jahit untuk tempah lagi"

"pilih saja mana yang dia suka,nanti kita bayar"

sebuah butik di tengah kota,tergantung indah pelbagai jenis busana dan warna.Dari potongan yang ringkas hingga ke meterial yang mewah,cantik dan istimewa.Sehelai kurung moden putih merah bercorak ringkas di belek.

"cantik,suka yang ini?"

Aku memandang dia tanpa suara,cuba memadankan baju di badan sendiri.Tag harga pula aku cari,agak mahal untuk sepasang kurung moden bercorak ringkas.Lagi pula hanya sekadar untuk majlis yang serba sederhana saja,tak perlu aku untuk berlebih gaya.

"kenapa letak balik,tak suka?"

Aku bilang pada dia harganya terlalu mahal untuk sebuah majlis biasa-biasa.Aku hanya mahukan yang sederhana saja,lagi pula majlis hanya akan di hadiri keluarga terdekat.Aku menarik lengan bajunya memberi isyarat untuk beredar,memilih deretan kedai-kedai biasa.Akhirnya busana merah cili menjadi pilihan dengan meterial yang lebih menarik dari yang sebelum beserta harga yang lebih berpatutan.

"tahu tak,salah satu perkara yang buat saya rasa sayang pada awak,
awak seorang perancang ekonomi yang baik.Dan saya yakin awak boleh
kawal perbelanjaan kita nanti,kadang-kadang saya boros juga.Paling
menarik,awak tak sama macam orang lain.Walaupun ekonomi saya lebih
daripada mampu,awak masih mahu cari yang sederhana juga."

Aku pandang dia tanpa sebarang kata,dan meneruskan agenda yang seterusnya.Malas mahu berbalas kata dengan dia,ada saja ayat yang boleh bikin hati aku senang,tapi pada masa yang sama,aku tetap merasa pedih bila terkenangkan seseorang.


*play

Hati membeku sedingin salju
Tanpa ada rasa,tanpa perasaan
Kehangatan yang cuba di zahirkan
semua palsu belaka
Hati beku tetap tidak berubah

Kenapa...
saban hari saban waktu
Hati berbolak balik keliru
Keyakinan semakin runtuh
Setiap saat hati berlagu sayu
Putaran Waktu masih begitu.




hari semakin dekat
sudah hampir ke penamat
semua rasa semua kenangan
harus aku biarkan ia terbang
dan menghilang.....

Monday, July 18, 2011

Jalan Menuju Abadi - 2 -

Jalan menuju abadi?
adakah ia juga seindah mimpi fantasi?

ya,sangat indah
malah lebih indah dari mimpi mu,merah.
lebih indah dari mimpi ku?
jika begitu,aku mahu
tolong bawakan aku ke sana
teringin benar aku mahu melihatnya.
Mari,ikut aku merah
sama-sama melangkah ikut belakang aku
akan ku bawa kau ke sana
dan amanlah selamanya


* merah melangkah dengan teruja


mara ke depan merah
teruskan berjalan ke depan
jangan kau toleh lagi semua yang
kau telah tinggalkan berjalanlah dengan tenang
baiklah rama-rama biru akan aku turuti
ini impian aku mahu mengejar hidup
yang indah ingin ku tenang sampai bila-bila
aku langkah satu-satu


* merah terus melangkah ke hadapan tanpa sedar
kakinya sudah tidak berpijak lagi pada tanah


bersedialah merah
pejam rapat matamu untuk melihat dunia baru...


mata di pejam rapat
dan tangannya di depakan...









dan merah sampai juga ke dunia abadinya
buat selama-lamanya tanpa jasad sempurna.
jalan menuju abadi 2


Friday, July 15, 2011

Jalan Menuju Abadi - 1 -


Ditepi tebing tinggi...
cantik pemandangan dari atas sini
dari jauh semuanya nampak kecil seperti semut
langit cerah membiru kepulan awan bagaikan gula kapas
hembusan angin nyaman dan damai
berburung yang berkicauan riang sekali
rama-rama indah cantik berwarna warni
serta bunga-bunga mekar harum mewangi
inilah dunia indah!


*pejam mata dan senyum


ini tidak cukup indah
semua ini palsu belaka kau tertipu
hati kau mendustakan kenyataan
bukalah mata mu segera bangkit dari khayalan
ini dunia durjana penuh dengan parasit
busuk dengan bangkai-bangkai hidup
penuh dengan hipokrasi dan penindasan
tiada tempat untuk kau di sini
ini dunia manusia syaitan!


*buka mata tangan bergenggam

suara siapa?
siapa kau mengapa gertak aku
kenapa kau memaki dunia begitu
tidakkah kau lihat di sana ada cahaya indah
tidakkah kau lihat di sana ada bahagia
yang penuh dengan harapan?
keluarlah kenapa tidak kau tunjukkan rupa?

aku di sini aku di sini merah!
aku bukan memaki tidak sekali gertak kau
aku cuma beri peringatan untuk kau sedar
tentang hakikat dan kebenaran
jangan kau alpa dan leka dengan
kepalsuan yang terzahir di depan mata
sedarlah merah!

kau rama-rama biru
boleh berkata-kata bahasa manusia?
apa kau ini malaikat?
ya,aku rama-rama biru
hanya kau saja tahu
aku bukan malaikat cuma "jelmaan"

*terbang hinggap di bahu merah

siapa kau sebenar
dan dari mana kau tahu nama aku?
kenapa kau bercakap tentang dunia?
siapa aku kau tak perlu tahu
aku hanya mahu jadi pelindungmu
dari ancaman!
ancaman dari siapa yang kau maksudkan?
siapa mereka yang kau takutkan?
dari parasit pemakan bangkai!
mahukah kau aku tunjukkan jalan?
jalan ke mana wahai rama-rama biru?

jalan menuju abadi...






Jalan Menuju Abadi 1