23 mac 2020
Selamat ulang tahun kelahiran untuk diri sendiri. Aku puasa hari ni, Bangun sahur... Perasaan tu sangat berbeza dari tahun sebelum-sebelumnya. Hati rasa sayu tersangat sayu. Allah..... Berat ujianMu Allah tapi Kau masih beri aku peluang untuk bernafas. Adakah dunia sudah sampai penghujungnya? Setiap hari dilalui penuh dengan debaran penuh dengan pengharapan. Aku terkenangkan keluargaku yang jauh Di sana. Sungguh aku rindu mereka.Buat pertama kali dalam hidup, Ini adalah tarikh kelahiran paling sedih buat aku. ðŸ˜
.
.
.
Ramadhan kian hampir... Aku berharap sangat dapat Bertemu dengan keluargaku.
Showing posts with label Usia. Show all posts
Showing posts with label Usia. Show all posts
Tuesday, March 24, 2020
Selamat Ulang Tahun 2020
Sunday, November 23, 2014
Khabar - Nenek -
Pesanan ringkas yang aku terima dari takwa membuatkan aku resah dan bimbang.Aku harus pulang segera atau aku mungkin akan menyesal seumur hidup dengan rasa bersalah dan terkilan.
- " Kau tak nak pergi tengok nenek ke? "
- " Nak tengok, tapi bajet tak ada nak balik "
- " Nenek tu ada ketumbuhan kat kepala.Tak boleh operate,dekat dengan otak dan nenek dah tua..."
- " Nenek sekarang ada di mana? "
- " Nenek tu mesti nak makan dengan kau.Dah la dia lama tak jumpa cicit.Hari tu dia cakap dekat mak,kalau kau balik surus abang ipar sembelih ayam dia.Maknanya apa tu? Mesti la nak makan ramai-ramai. "
- " Nanti la aku tanya abang kau.Nenek dah balik ke? "
- " Kat rumah.Tapi kena chek up la kat hospital sungai buluh.Doktor pakar bahagian kepala kat sungai buluh. "
- " Ketumbuhan apa? "
- " Balikla,Ala...duit boleh cari.Nenek kau ni ada sorang je.Opah dah tak ada.Siap surus sembelih ayam dia lagi..Tak tau ketumbuhan apa.Tanya mak la,kata nak telefon kau. "
Harus alasan apakah yang nak ku beri?
sedangkan aku tahu nenek perlukan ahli keluarganya
ada bersama saat-saat begini.
nenek sudah semakin tua kudratnya juga sudah
berkurangan.permintaan yang sekecil itu
harus aku tunaikan demi untuk menggembirakan
hatinya.....
Tuesday, July 30, 2013
Rambut Putih
Selepas sahur menunaikan permintaan mak,
Yang mahukan rambutnya digunting pendek,
Biarpun mata mengantuk menuntut tidur,
Tetap di tahan juga kerana janjinya adalah minggu lepas.
Sejak umur aku tujuhbelas tahun,
Mak hanya mahu aku saja menggunting rambutnya,
Mak tak gemar ke salon katanya tak menepati citarasa,
Mak paling suka hasil kerja tangan dari aku.
Setiap helaian demi helaian aku gunting cermat,
Rambut mak memutih hampir memenuhi kepala,
Aku sedar itu tanda mak semakin berusia,
Semakin hilang kudratnya.....
Minggu akhir aku di sini
bila pula agaknya aku berpeluang
menyentuh rambut mak lagi.....
Monday, August 1, 2011
Usia : Kemeja Biru Untuk Ayah

SELAMAT HARI LAHIR AYAH
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....
23 julai 1956 hari kelahiran ayah dan kini usia ayah sudah menjengah ke usia senja.bebenang halus di kepala semakin memutih dan tidak selebat dulu yang kini mulai menampakkan kulit kepala.dan dalam tempoh beberapa tahun ayah menjadi ayah aku,aku amat terhutang budi dengan segala pengorbanannya membesarkan aku dan adik-adik.sungguh jasa ayah tak mampu aku balas,bertapa besarnya pengorbanan ayah yang sanggup bersusah untuk kami semua.penat jerih bekerja siang malam demi untuk menyempurnakan kehidupan kami.
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....
23 julai 1956 hari kelahiran ayah dan kini usia ayah sudah menjengah ke usia senja.bebenang halus di kepala semakin memutih dan tidak selebat dulu yang kini mulai menampakkan kulit kepala.dan dalam tempoh beberapa tahun ayah menjadi ayah aku,aku amat terhutang budi dengan segala pengorbanannya membesarkan aku dan adik-adik.sungguh jasa ayah tak mampu aku balas,bertapa besarnya pengorbanan ayah yang sanggup bersusah untuk kami semua.penat jerih bekerja siang malam demi untuk menyempurnakan kehidupan kami.
dan untuk sambut malam tadi,semua berjalan lancar seperti biasa seperti tahun-tahun yang sudah.cukup hanya untuk kita-kita saja,dan inilah masa yang benar membahagiakan bila semua berkumpul untuk meraikan hari yang bermakna ini.dan,mulia juga turun ada bersama untuk meraikan hari lahir ayah lagi.sungguh aku bahagia dan terharu takala melihat senyuman di bibir tua ayah.dan untuk tahun ini,kemeja biru adalah hadiah istimewa buat ayah di hari lahirnya kali ini.
terima kasih ayah
terima kasih ayah
kerana menjadi ayah orang
terima kasih ayah
kerana masih menyokong orang......
Labels:
ayah,
keluarga,
selamat hari jadi,
Usia
Subscribe to:
Posts (Atom)