Sunday, November 23, 2014

Khabar - Nenek -




Pesanan ringkas yang aku terima dari takwa membuatkan aku resah dan bimbang.Aku harus pulang segera atau aku mungkin akan menyesal seumur hidup dengan rasa bersalah dan terkilan.




- " Kau tak nak pergi tengok nenek ke? "

- " Nak tengok, tapi bajet tak ada nak balik "

- " Nenek tu ada ketumbuhan kat kepala.Tak boleh operate,dekat dengan otak dan nenek dah tua..."

- " Nenek sekarang ada di mana? "

- " Nenek tu mesti nak makan dengan kau.Dah la dia lama tak jumpa cicit.Hari tu dia cakap dekat mak,kalau kau balik surus abang ipar sembelih ayam dia.Maknanya apa tu? Mesti la nak makan ramai-ramai. "

- " Nanti la aku tanya abang kau.Nenek dah balik ke? "

- " Kat rumah.Tapi kena chek up la kat hospital sungai buluh.Doktor pakar bahagian kepala kat sungai buluh. "

- " Ketumbuhan apa? "

- " Balikla,Ala...duit boleh cari.Nenek kau ni ada sorang je.Opah dah tak ada.Siap surus sembelih ayam dia lagi..Tak tau ketumbuhan apa.Tanya mak la,kata nak telefon kau. "







Harus alasan apakah yang nak ku beri?
sedangkan aku tahu nenek perlukan ahli keluarganya
ada bersama saat-saat begini.
nenek sudah semakin tua kudratnya juga sudah
berkurangan.permintaan yang sekecil itu
harus aku tunaikan demi untuk menggembirakan
hatinya.....












2 comments:

missShila Nget said...

Moga nenek diberikan kekuatan.
balik la kalau sempat.

pasal bajet pergi kk tu, nanti aku cerita.

Selamber Rock said...

Baliklah...