Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Bebas




Akhirnya aku sudah bebas dari bebanan yang selama ini aku tanggung.Ya,awal januari lalu dengan rasminya jawatan yang aku sandang hampir 2 tahun lebih itu akhirnya di serahkan kepada ahli yang baru.Aku sudah berfikir masak-masak,pada mulanya aku di landa kerisauan takut nanti jika mereka yang memegang jawatan itu tidak mampu melakukan kerja yang terbaik malah lebih baik lagi dari aku.Tapi jika terlalu di ikutkan,aku sendiri tidak akan ke mana-mana,bah kan ia sebenarnya langsung tidak punya kepentingan pun pada aku selama 2 tahun aku bersama jawatan ini.

Dalam beberapa tahun ini,aku membuat pemerhatian dan penilaian setiap budi dari ahli.Banyak yang mengguris hati dari kegembiraan yang aku harapkan seperti ahli-ahli terdahulu.Apa yang aku lihat hanya mereka berlumba-lumba untuk mendapat perhatian dan kedudukkan tinggi tanpa memikirkan ahli junior yang lain.Memang wajar satu persatu dari ahli terdahulu mengundur diri hanya kerana (seseorang).Dan kini aku juga mengikut jejak langkah mereka yang lain dengan mengundur diri secara baik.2 tahun penantian,akhirnya peletak jawatan aku di terima...syukur

Misi seterusnya adalah kerja,ya harus aku fokuskan pada kerja dan mencari pelapis baru.Aku sudah mula membuat perancangan baru untuk berhijrah ke daerah lain untuk memulakan cita-cita yang tertangguh sejak dulu.Ini adalah hikmah yang Tuhan bagi pada aku untuk takdir yang langsung tidak pernah aku fikirkan.Ya jalan hidup yang tidak pernah aku harapkan dan yang pernah aku ragukan satu masa dulu.Tapi kini aku yakin dengan pilihan meskipun aku terpaksa melukai hati seseorang.Aku tahu rezeki,jodoh,ajal dan maut itu telah di tentukan.Tuhan tidak beri apa yang aku minta,sebaliknya Dia beri aku sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang aku minta.





Terima kasih Tuhan,
kerana mendengar aku.
Terima kasih,
untuk hadiah bernialai ini...


Thursday, May 3, 2012

Kerana RM50

Kelmarin,aku menyemak baki simpanan gaji bulanan dan mengeluarkan separuh lebih daripadanya.Suku lagi aku biarkan di dalam akaun untuk tolakkan hutang bank serta kegunaan di masa sesak nanti.Mula membuat kira-kira untuk di agihkan kepada banyak bahagian mengikut senarai perkara yang paling penting.Setelah di tolak bahagi,dan jumlah yang tinggal untuk aku survive jimat hingga hujung bulan nanti hanya ada RM50.Termenung seketika,dan kembali membuat congakkan semula.Dan hasilnya tetap sama masih RM50,survive untuk sebulan.Mungkin seminggu RM10 teguk plain water banyak-banyak dan makan biskut.Paling mewah,mungkin roti atau kuih sebesar tapak tangan baby baru lahir satu hari.

Hidup aku semakin susah semakin sempit,setiap kali gaji hujung bulan pasti ada saja hala tuju nak di guna pakai sebelum sempat aku memanfaatkannya terlebih dulu.Aku juga sudah jarang bercuti dan pulang ke rumah.Lebih banyak mengambil peluang untuk mendapatkan kerja lebih masa terutama ketika hari cuti umum.Aku sudah tidak peduli jika ada yang mengata aku gila kerja,kerana paling penting bagi aku adalah hasil di hujung-hujung nanti mampu buatkan aku bernafas dengan aman.Dan mungkin juga aku terpaksa menggunakan wang dari hasil perniagaan sampingan yang telah bermula sejak enam bulan lalu.Itu juga sudah semakin susut sejak aku mengalami kerugian.Dan aku tak punya waktu untuk mencari pembeli baru.

Aku merahsiakan keadaan ini dari mak dan ayah,tak mahu mereka risaukan aku.Tunang cuba membantu,tapi aku tolak lebih baik aku selesaikan sendiri masalah aku.Lagi pula,ini mungkin silap aku sendiri kerana jarang sekali mengemaskini laporan keluar masuk barang setiap bulan.Di tambah dengan kesibukkan tugasan baru yang di beri oleh majikan,buatkan aku tak punya waktu untuk membuat semakkan.Biarpun ini hanya perniagaan kecil-kecilan,aku tetap perlukan seorang pembantu untuk membuat pemantauan kala aku kesibukkan.Selama ini,aku hanya lakukannya seorang diri saja tanpa bantuan sesiapa.Aku hanya boleh berharap yang segalanya akan selesai dengan segera.










Sudah masanya aku melepaskan
segala yang pernah aku kejarkan
dan kini adalah masa untuk aku
lebih fokus pada matlamat.....