Showing posts with label selamat hari jadi. Show all posts
Showing posts with label selamat hari jadi. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

19 Angkanya


17 Januari 2012 :
Dalam kesibukkan melewati waktu yang berlalu
tanpa sedar banyak yang telah di tinggalkan
jauh beribu batu.....

Masa,hari,tahun
masing-masing berlari berlumba
untuk terus maju tinggalkan yang lalu...


SEIKO :
Buat pertama kalinya aku membeli jam tangan
dengan harga yang tidak pernah aku fikir
harap dia terima dengan gembira
karena selama ini aku lihat dia hanya
memakai dan membeli jam tangan
di pasar malam saja.




Buat Mulia :

SELAMAT HARI LAHIR
MOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....







sekejap saja masa itu pantas berputar
kini si teruna tunggal satu satunya
semakin dewasa sudah layak menjadi
wali bagi saudara sedarah perempuannya...



Tuesday, December 20, 2011

Usia : Black Forest Untuk Mak


SELAMAT HARI LAHIR MAK
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....




15 november 1964 tarikh kelahiran mak,dan agak lewat mungkin untuk celebrate bersama.Ya,segalanya di atur pada ahad lepas setelah segala kesulitan dan komitmen penting di selesaikan terlebih dahulu.Mak tidak kisah tentang itu,apa yang penting,dirinya diingati dan didoakan yang baik-baik dari anak-anak dan suami tersayang.Usia mak semakin bertambah dan kadang kalanya keadaan kesihatan mak selalu saja tidak menentu.Harapnya mak akan bertambah sihat selalu,ini doa tulus dari hati.

Selama  bertahun-tahun mak menjadi mak aku,banyak pengorbanan yang mak dah buat untuk kami adik beradik.Mak seorang yang sangat sabar dan tabah terutama semasa mak berhadapan dengan pemergian masyhur.Aku tahu tika itu sudah pastinya mak paling sedih karena saat masyhur melalui hari-hari terakhirnya,mak sentiasa berada di sisi.Hinggalah saatnya mak melagukan setulus hati ayat suci buat masyhur,aku dapat lihat  ada manik jernih di tubir matanya paling hujung,tapi cuba di tahan dari menitis.






Aku harap itu kali terakhir
airmata kesedihan mak menitis
harapnya  di satu masa nanti
mak menangis kerana kenangan manis...

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Genab hari ini 11.11.11 angka yang cantik aku kira.kotak berbungkus kertas minyak warna coklat,telah selamat tiba di tangan penerima jauh di sana.dia gembira dengan pemberian ringkas itu,pakej untuk di buat pakai di pagi raya aidil adha tempoh hari.aku harap kamu suka aku harap kamu teruja,ini pemberian ikhlas hasil dari tangan aku sendiri.



Selamat hari lahir
moga panjang umur,murah rezeki
dan hidup lebih di berkati ALLAH
hendaknya...ameen





dan tarikh ini
mengingatkan aku pada sesuatu.

Wednesday, October 26, 2011

Lupa

11 Oktober 2011
aku terlupa pada tarikh ini
aku terlupa pada hari ini
dan aku terlupa segala yang
berkaitan dengan hari ini

telefon tangan aku pandang sepi
laman sosial mukabuku aku buka
dan aku lihat statusnya
dia mengharap aku orang pertama
mengucapkan kata selamat itu




"selamat hari jadi.moga panjang umur,
murah rezeki,dan hidup lebih diberkati ALLAH
hendaknya...ameen"



pesanan ringkas ini aku hantar
dia membalas seakan kecewa
tapi tetap menerima dan menanti aku
saban hari saban waktu
tanpa jemu

teratak sana
buka dan update seringkas boleh
hanya sekadar untuk menyedapkan
hati dia saja
sedangkan aku langsung lupa






semakin jauh dan jauh
banyak hal tentang dia yang aku lupa
dan sejak beberapa waktu ini
aku lebih mengenangkan
"dia" dan bukannya "dia"


Wednesday, August 17, 2011

Selamat Hari Jadi : Cerdik





SELAMAT HARI JADI
Moga Panjang Umur,Murah Rezeki
Dan Hidup Lebih Diberktai ALLAH
Hendaknya.....Ameen


14 Ogos 2011
genab sudah cerdik berumur 15tahun dan tahun ini juga merupakan tahun penting buat dia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahunnya.aku harap dia berjaya buat dengan sebaik mungkin seperti yang di harapkan oleh semua.dan juga aku mengharapkan cerdik menjadi seorang doktor bila dewasa kelak,selepas kegagalan taqwa menempatkan dirinya sebagai seorang doktor sepatutnya.itu cerita lama,taqwa sendiri sudah menerima takdir hidupnya bukan di jurusan kedoktoran.ini mungkin terlalu awal,aku tidak memaksa sekiranya dia tidak suka.

untuk malam itu,tiada sambutan seperti biasa setiap tahun kerana kata emak,tunggu kepulangan mulia dahulu dan kami akan meraikannya bersama.dan itu lebih bermakna.cerdik setuju dan sanggup untuk tunggu 2minggu lagi.tapi,aku tetap juga membelikan sebiji kek buat cerdik sekadar untuk suka-suka.yang paling penting,senyuman manja dari cerdik kerana cerdik gemar makan kek.




dalam pejam dan celik
tak sangka si bongsu ini sudah semakin
meningkat remaja.harapnya dia lebih
bersedia untuk menempuh perjalanan
hidup yang lebih mencabar ini.....

Monday, August 1, 2011

Usia : Kemeja Biru Untuk Ayah


SELAMAT HARI LAHIR AYAH
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....



23 julai 1956 hari kelahiran ayah dan kini usia ayah sudah menjengah ke usia senja.bebenang halus di kepala semakin memutih dan tidak selebat dulu yang kini mulai menampakkan kulit kepala.dan dalam tempoh beberapa tahun ayah menjadi ayah aku,aku amat terhutang budi dengan segala pengorbanannya membesarkan aku dan adik-adik.sungguh jasa ayah tak mampu aku balas,bertapa besarnya pengorbanan ayah yang sanggup bersusah untuk kami semua.penat jerih bekerja siang malam demi untuk menyempurnakan kehidupan kami.

dan untuk sambut malam tadi,semua berjalan lancar seperti biasa seperti tahun-tahun yang sudah.cukup hanya untuk kita-kita saja,dan inilah masa yang benar membahagiakan bila semua berkumpul untuk meraikan hari yang bermakna ini.dan,mulia juga turun ada bersama untuk meraikan hari lahir ayah lagi.sungguh aku bahagia dan terharu takala melihat senyuman di bibir tua ayah.dan untuk tahun ini,kemeja biru adalah hadiah istimewa buat ayah di hari lahirnya kali ini.





terima kasih ayah
kerana menjadi ayah orang
terima kasih ayah
kerana masih menyokong orang......

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi : Surat



Selamat Hari Jadi...
Moga Panjang Umur,Murah Rezeki
Dan Hidup Lebih Diberkati Allah Hendaknya
Ameen...



Buat Masyhur tersayang :-

Assalamualaikum.....
Sayang,sihat? harap begitulah moga hidup kamu selalu di limpahi rahmat dari yang ESA.lama sudah tidak bertemu hati semakin rindu saban hari saban waktu sayang.ini hari lahir kamu yang ke-8 , sejak dulu tidak pernah punya peluang untuk meraikannya bersama keluarga.bagaimana agaknya kehidupanmu di sana sayang? sudah tentu kamu bahagia malah lebih bahagia kerana dapat merasa nikmat tinggal di dunia syurga.bertapa bertuahnya kamu sayang tak perlu bersusah dalam mengharungi hidup di dunia palsu yang di penuhi dengan parasit dan hipokrasi manusia berhati bangkai.

sayang masyhur...

tahukah kamu bertapa keluarga teramat rindukan kamu sayang sejak kamu mula menjauh lagi sayang.terutama sekali mak...biarpun pada luarnya mak nampak tenang tapi dalam hatinya sangat-sangat merinduimu.kadang kala ada saja kenangan tentang kamu yang mak ceritakan.kalau dulu,mak tak mampu nak tengok gambar kamu pasti akan ada sebak.tapi sekarang mak cuba juga cari kekuatan mungkin mak sudah redha dan terima hakikat.ayah pula...memang rasa serba salah sangat pada mulanya dan alhamdulillah ayah sudah pulih semula.dan kewajipan kakak adalah buat mak,ayah dan keluarga kita gembira dan bahagia.


sayang masyhur...
cahaya masyhur itu nama yang kakak pilih untuk kamu dulu dengan harapan kamu akan sentiasa dihargai selalu.biarpun dimana kekurangan kamu,keluarga kita tetap terima kamu sebagai insan yang sempurna,malah lebih sempurna lagi dimata hati kami sayang.tak kira berapa besar pun penghinaan orang terhadap kamu,kita tetap akan pertahankan.jangan risau ya,sayang...kakak tahu keluarga nenek tak sukakan kamu malah memandang kamu dengan pandangan yang amat berbeza.seingat kakak,nenek tak pernah sentuh kamu apalagi mahu dukung dan peluk cium kamu.tapi mujur...hanya ucu saja yang memahami yang menerima kamu sebahagian dari keluarga cikgu haji.


sayang masyhur...

kakak rindu...rindu sangat-sangat pada kamu genab umur kamu 8tahun sebaya dengan anak ibu dan mak andak.darjah 2 mereka dah ke sekolah pun sayang...hajat kakak tak kesampaian tak sempat kakak nak sekolahkan kamu tengok kamu dalam unifrom putih biru.tak dapat tengok kamu berlari-lari riang bila kakak datang ambil kamu.kakak teringin sangat sayang...bila kakak tengok budak yang sebaya kamu,hati kakak jadi sayu dan rindu.kakak rindu nak peluk cium kamu macam dulu nak ajar kamu ketawa dan senyum.walaupun susah,lama-lama kamu jadi pandai bila kita sama-sama ketawa.

sayang masyhur...

kakak ingat lagi bila kali terakhir kita jumpa dulu...masa tu kakak ada program kat sekolah dan pada masa yang sama kamu akan jalani pembedahan ,akak rasa berat hati nak pergi.tapi mak ayah beri keyakinan yang semuanya akan selamat dan kakak mengharapkan hadiah pada ulang tahun kelahiran kakak nanti,adalah senyuman kamu.tapi kakak kecewa...kamu pergi tinggalkan kakak dengan janji yang belum terlaksana.kepulangan kakak kamu sambut dengan senyuman kaku yang pucat membiru.kakak sentuh pipi gebu kamu sejuk kamu bisu.dan kakak meraung di situ sayang...terketar seluruh badan kakak masa tu bagaikan lumpuh.


sayang masyhur...

sejak kamu pergi,kakak bagaikan hilang semangat susah kakak nak terima hakikat ini.kakak kesal sangat-sangat sebab tak dapat habiskan masa sepenuhnya dengan kamu.sedangkan di masa lapangnya kakak banyak buang waktu untuk hal-hal yang tidak ada kepentingannya.sungguh kakak kesal tak dapat nak maafkan diri sendiri rasa bersalah sangat takut kamu benci dan marah pada kakak.selimut biru kamu masih kakak simpan bila rindu kakak cium dan dakap macam kakak dakap kamu dulu sayang.jangan benci dan marah pada kakak ya,sayang.


sayang masyhur...

selama beberapa tahun tanpa kamu,kakak cuba belajar untuk terima hakikat ini terima ketentuan ini.ini takdir buat kita hanya dapat bersama untuk sementara...mungkin ini jugalah yang terbaik buat kamu.supaya kamu tak menderita sepanjang hayat hidup di kelilingi parasit dan juga manusia pemakan bangkai.mungkin TUHAN tak mahu lihat kamu derita berseorangan bila masa kakak dan keluarga pergi dulu sebelum kamu.khuatir kamu tak mampu berdiri sendiri takut nanti akan ada yang cuba menganiaya kamu tanpa sedar.maka kakak redhakan pemergian kamu,kerana kakak yakin kamu di sana akan di beri jaminan hidup bahagia.


sayang masyhur...
adakah peluang untuk kakak jumpa kamu selain daripada mak dan ayah? kakak berharap sangat kamu beri peluang itu...tolong beritahu pada TUHAN,izinkan kakak bertemu dengan kamu bersama mak dan ayah juga kakak-kakak dan abang kamu.kakak tahu di sana tempat yang abadi tempat yang aman tanpa nafas hasad dengki.janji dengan kakak ya sayang,kamu akan tunggu kami ke sana bertemu dengan kamu...kakak janji akan sayangkan kamu sampai nadi kakak terhenti sampai kakak dihidupkan kembali di tempat abadi itu....





cahaya masyhur
17 june 2003
selamat ulang tahun sayang...

Thursday, November 11, 2010

Genab

.
Selamat hari lahir H
moga panjang umur,murah rezeki
dan hidup lebih di berkati ALLAH
hendaknya...ameen
.
.
.
Saya selalu doakan awak berjaya capai semua impian dan cita-cita awak.dan saya sangat yakin awak mampu lakukannya.saya tahu awak seorang yang amanah dan bersungguh dalam melakukan sesuatu.dan sebab itulah rezeki awak tak pernah putus sebab awak ikhlas.dan sebab itu juga saya sangat kagumi awak dari dulu lagi H.saya pandang awak sebagai seorang yang HEBAT.tak kira apa jua rintangan dan dugaan,tabahlah mengharunginya.setiap kejayaan yang awak miliki,pasti akan ada ujian dariNya... good luck H lakukan yang terbaik dalam hidup awak ye!
.
.
.

Wednesday, October 27, 2010

Hari Ini

Saya tak lupa dan tak pernah lupa.memang kita hanya sekadar kawan kini,tapi saya tak pernah lupa.jangan risau saya selalu saja mendoakan yang baik-baik untuk awak.dendam? oh saya tidak punya dendam dengan awak apa lagi amarah.awak sikit tidak pernah lakukan kesalahan pada saya cuma saya yang langsung tidak pernah menghargai kehadiaran awak yang sedetik itu...
.
.
.
.
.
untuk kamu A...
27 oktober 2010
.
selamat hari jadi
moga panjang umur,murah rezeki
dan hidup lebih di berkati ALLAH
hendaknya...ameen
.
.