Showing posts with label Polis F. Show all posts
Showing posts with label Polis F. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Kutu Di Sebalik Rambut





Udang di sebalik batu, udang di sebalik mee - tipikal sangat berkias sangat.
Kutu di sebalik rambut - nampak macam jijik parasit sinis

Bila ada orang yang cuba mahu berbuat baik dengan aku,biasanya aku lebih suka mewujudkan rasa curiga yang berlebihan "paranoid".Aku tidak pernah mahu percaya pada sesiapa pun,bagi aku mereka hanya mahu ambil kesempatan untuk "kepentingan diri" semata.Dan biasanya bila ada perkara tipikal yang cuba di tawarkan kepada aku,biasanya aku akan ambil sikap tidak peduli atau buat-buat lupa atau buat-buat tak nampak.

Tuan B cuba nak buat baik dengan aku...biar pun kebaikkan dia tu tidak bisa memudaratkan aku,tapi tetap juga buat aku rasa payah.Aku tahu Tuan B sudah lama suka pada aku sejak aku berumur lapanbelastahun lagi,sejak aku mula di kenali di daerah lagi.Tapi aku tidak berminat dengan sebarang ikatan hati yang serius terutamanya dengan ahli organisasi sendiri...never!

Setelah aku kecewa dengan Polis F yang aku kira telah mengkhianati maksud "kawan" pada aku tempoh hari,sekarang aku lebih suka bicara secara terus.Membina tembok batu setinggi langit di sekeliling hati.Aku memang tunangan orang,andai aku masih sendiri pun,masih juga aku tidak relakan sebarang urusan hati berlangsung di antara aku dia dan MEREKA.










Aku sudah cukup serabut dengan
keadaan yang sedia ada,
jadi tolong jangan di tambah lagi
beban di hati aku...







Sunday, April 29, 2012

Rasa Salah



Hampir sebulan.....ya sejak polis F mula menghantar satu isyarat yang aku fikir salah,terus saja aku menyepikan diri tanpa membalas semua pesanan ringkas dan panggilan telefon dari dia.Mungkin dia sendiri rasa penat bila aku seakan mula menjauhkan diri daripada dia.Dan sejak itulah tiada lagi ucapan selamat pagi yang aku terima di telefon tangan seperti selalunya.Ya,aku kira polis F masih belum lagi mengetahui status terbaru aku sebagai "tunangan orang".Dan aku sendiri masih belum lagi memaklumkan perkara itu kepada dia.Setelah mendiamkan diri beberapa waktu,hari ini aku terima satu pesanan ringkas di telefon tangan dari polis F.


"Assalamualaikum awak,sorry ganggu.Tak mahu kawan
dengan saya dah? mesej saya pun dah tak ada.Barang awak
ada pada saya.Jangan risau barang saya pulangkan selepas
habis kursus nanti"


Aku rasa bersalah,hilang tiba-tiba tanpa beritahu perihal yang sebenar kepada dia.Sedangkan hakikat sebenarnya aku sendiri bosan untuk punya sebarang urusan dengan dia.Mengapa? karena aku merasakan dia hanya banyak buang waktu aku dengan janji yang tidak tentu.Bagi aku,antara aku dan dia hanya punya urusan "perniagaan" dan selain dari itu aku tidak berminat.Sedangkan dia menggunakan alasan itu untuk terus datang mendekat pada aku,berjanji akan bantu aku.Pada hakikatnya dia langsung tidak membantu,malah terus-terus saja membuatkan aku bosan dengan pesanan ringkas yang di hantarnya setiap hari hinggakan aku sendiri tidak tahu harus bicara apa lagi dengan dia.







Aku semakin bosan dengan
orang yang hanya suka berjanji
dan beri harapan tapi kosong
sedangkan aku sendiri bersusah payah
untuk memajukan perniagaan sendiri.


Saturday, December 17, 2011

Watak Baru : Polis F

Sejak akhir-akhir ini,polis F kerap kali menghubungi aku dengan menghantar pesanan ringkas di telefon tangan.Andai aku tidak membalas,pasti dia akan menelefon untuk bercakap terus dengan aku.Tidak ada perkara penting hanya sekadar beromongan kosong mengisi masa bosan yang panjang.Sesekali terselit juga cerita-cerita lama yang di bangkitkan semula,bermula dari perkenalan hinggalah kali terakhir aku dan dia bertemu.

4 tahun tidak berhubung,banyak saja perkara yang nak di bicarakan.Dan dalam tempoh itu juga polis F masih belum menemui seseorang yang bisa mengisi kekosongan ruang hatinya.Sedangkan rakan-rakan sekerjanya sudah ramai berumahtangga.Tetapi aku yakin,dalam tempoh itu polis F sudah tentu pernah berpacaran.Tak pula dia mahu menceritakan lebih lanjut pada aku,dan aku juga tidak mahu bertanya lebih-lebih.

Lebih baik kisah itu tidak di bangkitkan semula,karena aku takut nanti akan ada hati yang mula menyemai benih kasih di laman hati yang kekosongan.Ya,sejarah polis F dan aku di masa dulu tidak punya langsung perkaitan hati diantara duanya.Ini karena aku seorang yang agak kurang bercakap dan berwajah selamba.Sedangkan polis F seorang yang agak pemalu dan kurang interaksinya dengan lisan tetapi tetap murah dengan senyuman.







Dalam 2 bulan kemunculannya
aku seakan dapat mengesan

polis F cuba menghantar pesan
tanpa lisan tetapi tetap jelas
untuk aku baca gambarannya.....



Wednesday, December 14, 2011

Salah Faham : 12 Hari Lagi





Minggu lepas ,menghadirkan diri ke majlis perkahwinan seorang classmate.Tidak pergi berseorangan,tetapi di temani oleh seorang ex offismate dulu yang kini sudah menjadi seorang anggota polis bantuan di daerah tempat aku menetap kini.Perancangan asal,pergi bertiga dan di saat akhir kawan aku memberitahu dia tidak dapat menyertai kami kerana punya urusan lain.

Aku tahu pergi secara berpasangan boleh bikin salah faham di kalangan teman-teman lain lantaran aku sendiri masih belum punya ikatan dengan sesiapa.lagi pula secara kebetulan kami memakai pakaian yang sama warna "merah".Dan seperti yang di jangka,menjadi bahan sepanjang majlis berlangsung.Aku sendiri terpaksa tebal muka dan sedaya mungkin cuba menjelaskan kedudukan sebenar.Tetapi Polis F seperti tidak kisah dan dia nampak agak tenang,hanya senyum setiap kali di usik teman-teman.










Polis F...
lama lost contact dengan aku
dan kini dia muncul semula
kembali mencari aku
selepas 4tahun tidak berhubung.