Saturday, May 23, 2020
Cuba Jadi Kuat
Penghujung Ramadhan 2020
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.... Apa khabar agaknya mak & ayah? Harap mereka sihat & selalu dilindungi Allah hendaknya. Rindunya aku pada mereka rindu yang teramat. Selalu, hari raya lah saat yang Di tunggu boleh bercuti lama Di Kampung. Tapi dugaan tahun ini dengan wabak yang masih belum pulih. Aku hanya memendam rasa dari kejauhan. Berharap agar wabak ini hilang & jangan kembali lagi.
.
Allah ku pohon berikan aku peluang untuk memeluk mak & ayah mencium Tangan mereka seperti masa dulu. Berikan aku peluang untuk berikan kesenangan pada mereka merawat & menjaga mereka. Allah.... Sayu & sedihnya rasa hati ni. Aku Cuba untuk jadi kuat sekuatnya. Tolong Allah... Bagi aku kesempatan lagi untuk terus berbakti. Permudahkan jalan hidup aku berikan aku rezeki supaya dapat aku terus bantu mak & ayah aku.... ðŸ˜
Rindu dari kejauhan...
Friday, May 8, 2020
Ramadhan 15
Ramadhan 15
Dalam mood PKPB masih dalam proses penyesuaian new norm kata Pak Menteri.Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang. Tak Dibenarkan merentas negeri bermakna hari raya pada tahun ini aku tak dapat balik jumpa mak ayah aku, kan?
Saturday, July 21, 2012
Sakit Hati
Pertama ramadhan
Aku sakit kaki
Pertama ramadhan
Aku sakit Hati
Pertama ramadhan
Aku di tuduh beremosi
Sialan!
kau siapa mahu menetapkan semua
syarat hidup untuk aku?
kau siapa mahu menyekat semua
hal penting buat aku?
Aku sakit hati dengan kau!
Tak memahami
Tak bertolak ansur
Tak boleh berbincang
Tak mahu dengar pendapat
Kau EGO hanya fikir kau betul!
Aku benci kau!
Untuk tempoh bertahun boleh kau tabur janji
Tapi mengapa untuk tempoh beberapa jam
kau sudah mahu bersungut?
Kau tak adil!
Tuesday, August 30, 2011
Kosong
Aku takut kiranya Tuhan itu semakin menjauh dari aku,setiap satu dosa yang aku lakukan akan meninggalkan 1 noda di hati.jika noda-noda kotor itu sudah memenuhi ruang hati aku bagaimana? akan terdapatkah seinci lorong buat cahaya mamasuki hati yang gelap ini? semakin hari aku semakin gusar memikirkan tentang diri sendiri.banyak hal yang berlaku sepanjang 2tahun ini.sesuatu yang tak pernah di jangkakan oleh aku sendiri.sungguh aku khilaf namun seberapa kuat hati mampu melawan?
Tiap kali juga hati tetap merasa resah dan tidak tenang,sedar akan kesilapan sendiri.ada waktunya insaf itu ada walau sedikit tapi tidak cukup untuk di jadikan perisai melawan nafsu yang senantiasa mahu menjajah hati dan fikiran yang lemah ini.berkali aku mengingatkan diri agar terus kuat untuk melawan tapi seberapa lama aku mampu terus bertahan? sungguh aku takut akan Tuhan ku pencipta ku.....
ku mohon padamu sucikan hati ku
sucikan fikiran ku dan kau berilah
ketenangan jiwa buat ku
ameen......