Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

Sunday, March 1, 2020

Bertanding : Politik

Sebelum ni perbincangan 2 hala telah pun dibuat. Dan kita berdua telah setuju awak tak akan terlibat lagi dalam dunia politik. Tapi tak sampai 3 bulan pun... Tiba-tiba awak nak bertanding untuk jawatan peringkat DUN. Sejujurnya saya sangat tidak bersetuju apa lagi nak rasa bangga. Saya diam Cuba rahsiakan dari semua orang terutama kawan-kawan & keluarga. Tapi isu besar mana boleh tutup, kan. Seorang - seorang bertanya pada saya....

" Dia bertanding untuk jawatan.......?"

Berkata tidak adalah mustahil... Sebab poster wajah awak sudah tersebar. Bila saya persoalkan, awak hanya jawab...

" Dato' yang minta saya bertanding dia berharap saya dapat jawatan tu."

Permintaan Dato'? Bagaimana dengan permintaan saya? Dari awal, sebelum PRU 14 lagi saya sudah pesan, selangkah awak masuk ke dunia politik susah untuk awak berpatah balik. Dunia politik sangat kejam, bila awak terlibat dengannya, banyak perkara yang awak terpaksa korbankan.Dan salah satu dari nya adalah...

"Masa!"


Adalah sangat tidak adil bila hak kau terpaksa dikongsi dengan orang ramai... 😣



Wednesday, April 27, 2011

H.I.L.A.N.G



cari-cari dan selongkar
dalam beg bawah katil
tak jumpa

cari-cari lagi
dalam laci dan rak buku
tak jumpa

teruskan mencari lagi
bawah bantal bawah tilam
tak jumpa

duduk menung dan fikir lagi
cuba ingat bila masal akhir jumpa
buntu...




tension betul
kenapa masa-masa diperlukan
tiba-tiba hilang?
itu saja nafas yang aku ada saat ini
mana dia buku ASB...

Saturday, March 5, 2011

Tak Pernah Serik



Hari tu nampak macam ada bayang-bayang keinsafan
siap menangis sedu sedan basah pipi hidung tersumbat
kononnya semua sudah sampai ke penamat.
tapi sekarang...

kau ulangi lagi kesilapan itu
kau ulangi lagi kebodohan itu
kau sebenarnya tak pernah serik kan?

hari tu kononnya kau dah bertekat habis habisan
tak mahu lagi berpatah balik
kutip semua sisa yang berciciran
tapi sekarang,kau sendiri jilat balik jijik ludah sendiri

tunggu apa lagi?

Sunday, December 5, 2010

Planing 2011

Cepatnya masa berlalu dah hampir ke penghujung rupanya.selongkar semua barang-barang lama dan lupuskan musnahkan hancurkan lenyapkan biar hilang semua kenangan.tapi tak semua sebab agak keletihan hari ini,biar pun cuti,masa di habiskan di rumah dengan macam-macam aktiviti.rasanya dah lama tak bercuti-cuti dirumah dan sekarang inilah masanya! tadi banyak pekara yang aku fikir semua planing untuk 2011 hope-hope semua berjalan lancar.
.
.
1. tahun buat duit so tiap-tiap bulan bajet rm300 untuk di simpan dalam akaun
2. start aktif semua ke gym sebab body dah mula lemah lembik harus tingkatkan stamina
3. buat semua pekara yang di sukai tanpa pedulikan orang lain
4. mahu turunkan berat badan target 50kg!
5. isi semua masa lapang dengan program luar
6. lebihkan masa untuk duduk di rumah dan kurangkan masa untuk bersuka-suka
7. menghadiri semua kelas-kelas yang berkenaan
8. kembali ke hobi kegemaran
9. mahu hidup lebih gembira dan senyum
10. mahu melancong
.
.
senarai banyak lagi,tapi ini yang ada di fikiran buat masa ini.pagi tadi dah start joging dan ke kelas latihan fizikal jaga permakanan seimbang untuk turunkan berat badan.ini sudah nekad mesti dapatkan 50kg! hari ini banyak masa berada dirumah kemas bilik yang semak dan berhabuk setebal 5inci.penat tapi rasa senang hati dapat kemas separuh je lagi separuh sambung minggu depan.
.
.
.
.
.
.
.
TAK SANGKA SAYA TERSENYUM
DAN BERHATI SENANG SEPANJANG
HARI INI =)
.
.
.
.
.
terfikir sesuatu yang bermakna...
melakukan sesuatu yang kita sukai
akan buatkan hati lebih tenang dan gembira
tak kisah la susah atau senang janji hati happy.

Saturday, August 28, 2010

Di Timpa Batu

Berat sakit semua sendi-sendi seakan hilang fungsinya minda blur perasaan sedang berperang dengan HEBAT.
.
.
.
Kepala otak aku sarat dengan bermacam masalah yang sedang melanda.banyak hal yang perlu aku fikir sedalamnya.mana nak fikir study nak fikir kerja aku perlu bijak menguruskan ekonomi yang semakin merosot kini.simpanan yang ada hanya dapat bertahan untuk bulan ini saja langsung tak ada sen yang dapat aku tarik untuk simpanan sulit yang lain.ah,BENCILAH hidup sebagai seorang yang serba kekurangan memang payah sekali.
.
Sedang merencanakan alternatif lain untuk mendapatkan wang lebih!
.
: gadai segala harta yang ada (tapi aku memang tak ada harta)
: berniaga kecil-kecilan (erm...)
: tambahkan koleksi kerja part time (kerja sampai mati)
: join program jangan lupa lirik kalau menang boleh jadi jutawan tak perlu kerja untuk 10tahun (hebat!)
: jual HP jual CAMERA jual DIRI (eh,idea last tu abaikan)
.
Buntu.....
Kalaulah duit tu senang di cari semudah makan ABC kan bagus.TUAN kerajaan boleh tak adakan kembali sistem barter supaya saya tak perlu susah-susah cari duit bagai nak mati.tak pun oferlah saya kerja sebagai kerani dengan gaji bertaraf PERDANA MENTERI.
.
Duit.....sampai mati pun belum tentu aku dapat kumpul sampai KAYA.lepas ni terpaksa guna plan Z tackle DATO' kaya dan kahwin.tak payah kerja duduk goyang kaki kat rumah ternak lemak banyak-banyak.ha.ha.ha.ha

Friday, August 27, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Yang patah akan tumbuh,dan yang hilang akan berganti.
.
.
.
Begitulah proses kehidupan di bumi Tuhan mengikut kitaran berputar mengikut arus masa yang berjalan.sesuatu yang menjadi kesayangan aku pada batang tubuh ini adalah rambut.bertahun aku menyimpan ia demi untuk suami tercinta.ya mahkota untuk suami tersayang biarpun aku sendiri tidak pasti siapakah yang bakal menjadi raja di hati.dan hari ini aku mengambil keputusan untuk mencatasnya.
.
ya aku telah mencatasnya sehingga pendek...entah penyakit apa yang sedang bersarang dalam badan ini sehingga aku mengalami keguguran rambut yang amat parah.jika tidak di bendung lebih awal,mungkin aku akn mengalami kebotakkan! ya aku bakalan botak! aku benci botak! tapi aku yakin mengikut putaran masa,rambut baru juga akn tumbuh.rambut di cantas juga sebab kerana aku kecewa.kecewa dalam meniti hidup yang terumbang ambing ini.moga rambut baru yang tumbuh akan sama seperti aku membina kehidupan baru yang lebih baik lagi.