Friday, August 27, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Yang patah akan tumbuh,dan yang hilang akan berganti.
.
.
.
Begitulah proses kehidupan di bumi Tuhan mengikut kitaran berputar mengikut arus masa yang berjalan.sesuatu yang menjadi kesayangan aku pada batang tubuh ini adalah rambut.bertahun aku menyimpan ia demi untuk suami tercinta.ya mahkota untuk suami tersayang biarpun aku sendiri tidak pasti siapakah yang bakal menjadi raja di hati.dan hari ini aku mengambil keputusan untuk mencatasnya.
.
ya aku telah mencatasnya sehingga pendek...entah penyakit apa yang sedang bersarang dalam badan ini sehingga aku mengalami keguguran rambut yang amat parah.jika tidak di bendung lebih awal,mungkin aku akn mengalami kebotakkan! ya aku bakalan botak! aku benci botak! tapi aku yakin mengikut putaran masa,rambut baru juga akn tumbuh.rambut di cantas juga sebab kerana aku kecewa.kecewa dalam meniti hidup yang terumbang ambing ini.moga rambut baru yang tumbuh akan sama seperti aku membina kehidupan baru yang lebih baik lagi.

No comments: