Showing posts with label korban. Show all posts
Showing posts with label korban. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Mangsa Korban





Dalam beberapa bulan aku menyepikan diri dari ruang sempit ini,ada banyak perkara yang aku simpan pendam sendiri-sendiri.Konflik dan dilema datang silih berganti buatkan aku rasa sangat tertekan dan penat nak teruskan kehidupan yang seterusnya.Apa pilihan yang aku ada? menjadi derhaka semata mahu menggembirakan hati sendiri atau memilih senyuman mak demi untuk mendapat keberkatan dalam hidup?

Aku watak utama dalam cerita ini,mangsa korban paling tragis paling menyedihkan! Aku tidak tahu berapa banyak dosa yang telah malaikat Atid rekodkan buat aku setiap kali aku membantah kata-kata mak.Dan paling aku cuba elakkan ialah bila membuat perbincangan dengan tunang.Karena setiap kalinya pasti akan terjadinya perbalahan,dan akan berakhir dengan keegoan masing-masing yang di pertahankan.Biasanya,aku yang akan tamatkan panggilan dengan menekan butang merah pada telefon tangan tanpa sebarang kata-kata terakhir.



1.Korban Wang
Demi cita-cita,aku sanggup bersusah payah siang malam hinggakan waktu cuti Am pun aku sanggup kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan pada hujung bulan.Di saat rakan-rakan sebaya sudah pun tamat belajar,tapi aku masih lagi di tahap bertatih.Jangan kata segulung kertas diploma,sijil tahap terakhir pun masih belum sempat aku tamatkan.Takdir aku tidak sama seperti sesetengah orang lain,aku memilih untuk menanggung sendiri kehidupan dan pelajaran aku.Dan aku hanya akan kembali menyambung pengajian sebaik saja wang sudah mencukupi.

2.Korban Masa
Banyak masa yang aku buang untuk perkara-perkara yang tidak di sukai aku sendiri.Aku tak punya waktu untuk diri sendiri dan kadang kala aku sendiri tidak sedar dan tidak mengingati masa dan hari-hari yang telah aku lalui.Ini kerana aku merasakan yang setiap hari adalah sama,rutin dan tempat yang sama.Pemandangan aku terhad hanya di tempat kerja atau mungkin di rumah.

3.Korban Hati
Memilih untuk menghancurkan hati sendiri demi senyuman orang lain.Ini benar-benar sakit hingga sampai ke satu tahap aku mengalami kemurungan.Rasa sengsara dan menderita sampaikan aku sendiri seperti sudah putus harapan.Tak ada sesiapa yang mahu memahami apa lagi menghargai setiap perkara yang aku lakukan untuk kepentingan mereka.Aku terfikir,kalau aku mampu mahu saja aku lari dari daerah ini pergi jauh tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan hati.Apa lagi nak di kenangkan jika semuanya hanya akan terus buatkan aku sakit sendiri?




Di paksa memilih antara dua  persimpangan
tapi harus bagaimana,jika kedua duanya hanya
akan membuatkan aku mati?







Monday, October 18, 2010

Mungkin Ini Yang Terakhir

kesibukkan aku sejak akhir-akhir ini berjaya membuatkan aku terlupa seketika beberapa pekara penting.dan dalam masa-masa sibuk begini aku terpanggil untuk menyertai kursus kenaikkan jawatan.sebenarnya semangat juang aku sudah beransur hilang dan aku sudah tidak peduli langsung tentang jawatan-jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua.entah kenapa aku tetap tegar memaksa diri untuk terus melangkah meski pun hati dan jiwa sudah mulai tawar.
.
aku fikir setelah menyelesaikan tugasan ini,mungkin ini adalah yang terakhir kali buat aku.sudah sampai masanya aku fokus pada hal-hal yang lebih penting lagi.aku sudah pun melepasi terget tertunggak beberapa tahun itu.sekarang ada beberapa target lagi yang mesti aku kejarkan.yang yang ini mungkin aku terpaksa tolak ke tepi sebentar.dan aku hanya akan ada sekiranya di undang dan berkelapangan.memang ini pernah menjadi impaian aku satu masa dulu.tapi demi sesuatu aku terpaksa korbankannya meski pun berat tapi ini adalah pilihan terhad.










mungkin aku sedih untuk kali ini

tapi untuk satu masa nanti aku amat

berharap yang pernah aku tinggalkan

itu tidak akan menjadi kekecewaan

yang berpanjangan dalam hidup aku

yang sempit tak berpenjuru.

.

.

Wednesday, September 29, 2010

Kasanova Sejati

Awak,seorang kasanova punya satu hati tapi mencari banyak hati sebagai penghibur diri.satu tak cukup awak cari lagi.dua tak cukup awak cari lagi dan tiga juga masih tidak cukup awak cari lagi.dan akhirnya awak sudah punya empat hati dan awak berhenti.berhenti bukan bererti awak sudah puas tapi awak penat.penat sebab terpaksa mencipta banyak identiti.
.
dalam dunia realiti awak bagaikan pelakon terhebat hebat memainkan setiap watak bijak dalam menyusun setiap bait kata indah.dan awak juga sangat peka dan pandai dalam bermain dengan emosi.tidak ada sesiapa yang tahu rahsia diri awak yang sebenar semua tersimpan rapi dalam lipatan hati.mereka sangka merekalah satu-satunya pujaan hati awak,hakikat sebenarnya mereka awak auta bulat-bulat.
.
mereka kata sayang dan awak juga membalas sayang tapi bila mereka kata cinta,awak diam membisu.nyatanya hati awak langsung tidak pernah terdetik untuk mencintai mereka.alasan awak menerima mereka kerana apa? hanya kerana kasihan dan memberi peluang kepada mereka untuk merasa bahagia.sedangkan hati awak tidak merasa begitu.adakah ini di katakan pengorbanan?
.


awak beri mereka rasa sayang
awak beri mereka rasa kasih
awak beri mereka rasa bahagia
.


dan akhirnya bila awak bertemu dengan seseorang yang boleh menggetarkan hati awak,tindakkan awak yang seterusnya adalah melukakan kesemua mereka dengan hanya satu lafaz "kita putus".
.
.

Friday, September 3, 2010

Mulut Celaka!

Sakit hati aku ingat bila baik rumah hati akan gembira beriya-iya aku mencari makanan di bazar untuk di bawa pulang.tapi sampai rumah aku dapat sakit hati gara-gara mulut celaka tu.sial betul! kalau tak tahu apa-apa jangan sesedap rasa nak cakap sebarangan dengan aku!
.
Aku tengah pening fikir mana nak cari duit,tapi kau sibuk-sibuk nak kisahkan berapa jumlah duit raya yang kau bakal dapat dari aku? aku tak ada bonus lah bodoh tak faham-faham ke,boleh pulak kau nak bezakan aku dengan kakak dan abang kawan-kawan kau lain.kau ni ada otak yang pandai belajar sampai universiti tapi ada juga bodoh bangangnya.
.
.
.
"woi,berapa rm duit raya aku tahun ni?"
.
"tahun ni tak ada duit raya"
.
"apa pula kau kan kerja"
.
"tahun ni tak ada bonus aku tak ada duit"
.
"duit gaji kau mana?"
.
"dah habis."
.
"tulah dapat gaji asyik beli baju baru je"
.
"habis untuk kegunaa lainlah"
.
"alahai dik apalah kita dapat kakak macam ni,tengok orang lain ada abang kakak macam- macam dapat.baju raya duit raya duit belanja semua dapat"
.
"kau diamlah!"
.
"tengok tu kepala angin"

.

.

aku diam terus masuk bilik air dan mandi...airmata mengalir serentak dengan jirusan pertama air di kepala.hati aku sakit betul-betul sakit kepala paip di pulaskan ketahap maksimum getah paip aku tanggalkan.biarkan air mengalir keluar dengan deras supaya dapat menutup bunyi deras esak tangis aku masa tu.
.
celaka betul mulut kau kan kau tak tahu apa-apa jangan cakap sebarangan.aku banyak berkorban untuk kau orang tahu tak.berapa banyak aku dah laburkan untuk kau orang tapi aku tak pernah minta balik.aku tak sambung belajar juga kerana kau orang sebab fikirkan ayah terpaksa tanggung belanja yang banyak kalau aku sambung belajar.kau ni nama je otak pandai belajar sampai universiti tapi bodoh dalam menilai perasaan orang lain.
.
aku selalu beli baju baru,make up,kasut,shawl itu duit aku suka hati akulah mahu gunakannya.tapi bukan bermakna setiap kali gaji,aku perlu membeli belah.aku hanya akan beli jika aku rasa aku perlukannya itu pun jarang sekali aku guna pakai.yang aku tahu,kau dengan muka tidak T.A.H.U M.A.L.U akan mengambil segala macam barang yang aku beli untuk kau guna pakai dengan sewenang-wenangnya.
.
sakit hati aku kalau ikutkan rasa memang aku tak ambil peduli pasal baju raya kau tu.dah aku carikan kau nak minta lebih-lebih pula.kau tak fikir ke baju kau tu aku beli guna duit siapa? mulut kau memang celaka macam sial kalau tak kerana puasa,dah lama aku tampar mulut kau tu.sedar diri kau tu sikit,kau belum lagi merasa kerja cari duit sampai nak sepruh mati.nanti-nanti kau dah kerja kau tahulah macam mana susah nak cari duit.buat masa ni sukalah kau jadikan aku tabung nanti-nanti kau merasa juga macam mana susah aku sampai makan pun ala kadar sebab nak simpan duit.

Wednesday, September 1, 2010

Dugaan

.
Semalam chek angka di ATM,berpaling dan sedikit mengeluh berat nafas bagaikan tersekat.hasil bulanan semakin berkurangan rasa sangat tertekan.pagi tadi dapat panggilan...
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalam...
.
sibuk ke?
.
tak lah dah rest time pun.
.
ada duit tak?
.
ada
.
berapa?
.
dalam rm....
.
boleh bagi pinjam?
.
nak berapa?
.
rm....minta tolong tukar duit baru di bank
.
ok,nak tukar berapa?
.
rm10 & rm1....nanti ayah bayar balik
.
ok jap lagi orang pergi
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalm...
.
.
.
itulah duit terakhir yang aku cuba pertahankan untuk sampai hujung bulan ini.belum tolak bagi mak dan adik2.tapi ayah sudah minta bantuan tak akan aku nak mengelak dan aku terpaksa tipu ayah dengan mengatakan yang aku masih punya baki duit dari hasil lain.rasa nak menangis je...masa keluarkan hasil dari perut ATM mata terasa panas dan sedikit bergenang.lagi-lagi masa beratur tunggu giliran untuk tukar duit tu.tapi bila aku fikir balik,ada baiknya aku tangguhkan pengajian aku.kalaulah time ni aku masih berada di kolej sudah tentu ayah rasa terhimpit sangat.ada aku bekerja sekurang-kurangnya dapat ringankan beban ayah.
.
aku kesian tengok ayah kerja siang malam duduk jauh-jauh makan minum tak terjaga tinggal pula kat bilik kecil.rasa sedih sangat mengenangkan ayah bila tiap kali ayah balik rumah hujung-hujung minggu,aku dapat tengok wajah ayah yang kepenatan bekerja cari rezeki.lebih lagi nak raya ni lagi sesak poket ayah.aku tak suka hari raya sebab aku nampak ayah susah sangat setiap kali tiba hari raya.ayah terpaksa spend duit raya untuk anak-anak buahnya kalau setakat rm1 seorang tak apa.tapi lebih daripada duit belanja harian aku masa sekolah dulu.
.
aku pernah tanya mak kenapa nilai duit raya untuk anak buah mak dan ayah berlainan.anak-anak buah ayah perlu bagi lebih walaupaun sudah bekerja,sedangkan anak-anak buah mak bagi sikit dan tak perlu bagi kepada mereka yang sudah bekerja.mak jawab bahagian anak-anak buah mak tak perlu di kisahkan sangat.tapi bahagian anak-anak buah ayah perlu lebih sedikit kerana taraf.mak tak mahu nanti ayah di kata belakang-belakang oleh saudara mara.aku sedih dengar mak jawab begitu kenpa mereka tak boleh nak faham keadaan ayah bagi aku mereka punya segalanya dan tak perlu nilai duit dari ayah.kenapa langsung tak ada yang punya hati bertimbang rasa walau sedikit pun pada ayah?
.
Ya Allah kenapa aku menangis ni..........

Saturday, August 28, 2010

Di Timpa Batu

Berat sakit semua sendi-sendi seakan hilang fungsinya minda blur perasaan sedang berperang dengan HEBAT.
.
.
.
Kepala otak aku sarat dengan bermacam masalah yang sedang melanda.banyak hal yang perlu aku fikir sedalamnya.mana nak fikir study nak fikir kerja aku perlu bijak menguruskan ekonomi yang semakin merosot kini.simpanan yang ada hanya dapat bertahan untuk bulan ini saja langsung tak ada sen yang dapat aku tarik untuk simpanan sulit yang lain.ah,BENCILAH hidup sebagai seorang yang serba kekurangan memang payah sekali.
.
Sedang merencanakan alternatif lain untuk mendapatkan wang lebih!
.
: gadai segala harta yang ada (tapi aku memang tak ada harta)
: berniaga kecil-kecilan (erm...)
: tambahkan koleksi kerja part time (kerja sampai mati)
: join program jangan lupa lirik kalau menang boleh jadi jutawan tak perlu kerja untuk 10tahun (hebat!)
: jual HP jual CAMERA jual DIRI (eh,idea last tu abaikan)
.
Buntu.....
Kalaulah duit tu senang di cari semudah makan ABC kan bagus.TUAN kerajaan boleh tak adakan kembali sistem barter supaya saya tak perlu susah-susah cari duit bagai nak mati.tak pun oferlah saya kerja sebagai kerani dengan gaji bertaraf PERDANA MENTERI.
.
Duit.....sampai mati pun belum tentu aku dapat kumpul sampai KAYA.lepas ni terpaksa guna plan Z tackle DATO' kaya dan kahwin.tak payah kerja duduk goyang kaki kat rumah ternak lemak banyak-banyak.ha.ha.ha.ha

Friday, August 27, 2010

Korban Kasih

Menjadi korban pada yang tersayang bukan sesuatu yang mudah.biarpun aku terpaksa bersakit di sini,tapi aku sanggup asalkan yang tersayang dapat menikmati hari gembira itu.
.
.
.
sejak beberapa hari yang lalu setelah mengeluarkan hampir keseluruhan hasil dari perut ATM,aku benar-benar rasa begitu terhimpit.bajet bulanan sudah lari dan aku perlu cari alternatif lain bagi menstabilkan hidup yang semakin sempit.pada dasarnya aku kelihatan tenang dan seperti tidak mengalami kesempitan ekonomi.tetapi jika di lihat pada sudut yang lain,betapa aku benar2 rasa terhimpit.lebih-lebih lagi aku begitu kecewa apabila aidil fitri tahun ini tiada bonus.sedangkan aku sudah merencanakan perbelanjaan untuk perayaan akan datang demi insan tersayang.
.
ALLAH sedang menguji aku lagi ya aku tahu itu aku yakin ALLAH sedang menguji kesabaran aku.entah aku sendiri kurang pasti apakah benar aku masih mampu bertahan dengan keadaan yang tidak menentu ini.aku sanggup berhabis untuk tersayang biarpaun aku sendiri terpaksa mengikat perut.sanggup minum bergelas-gelas cecair jernih yang hangat itu asalkan kehendak yang tersayang dapat di penuhi.betapa aku rasa begitu berat tanggungan ini tapi itu yang wajib aku lakukan.meraka adalah tanggungjawab aku dan itu aku pasti.semoga ALLAH tabahkan hatiku...