Showing posts with label Lari. Show all posts
Showing posts with label Lari. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Ancaman



Oh,hai readers!!!
oke ini memang buang tabiat bilamana saya "tuan punya blog" tidak pernah bertegur sapa dengan kalian di sini selama setahun saya blogging.dan untuk hari ini mari kita berkenal kenalan beramah mesra sesama kita,sebelum saya menamatkan riwayat blog ini untuk kali yang ke beberapa kalinya."beberapa kali" perlu di beratkan sikit perkataan ini,itu tanda penekanan bahawasanya sebelum ini saya punya banyak blog.dan tabiat saya ialah bila setiap kali jejak saya berjaya di kesan oleh orang-orang tertentu,saya akan mula lari lara ke sana sini untuk bersembunyi.

saya kira ini ancaman buat saya bila ada yang memberi "pembayang" seperti pernah melintas ke sini.awak-awak ni kurang bijak kadang kala kalau nak intai saya pun janganlah di hebah ke sana sini buat saya mahu lari lagi jauh.kan ke kita-kita dah janji dulu,ini tempat untuk saya bersembunyi rahsia kita-kita je.saya fikir dengan menumpang teduh di rumah "Pisau Belati" bisa buat keliru orang-orang di sana untuk tidak mengesan saya di dunia maya ini lagi.dan bila semua sudah terbongkar,saya terpaksa mengambil keputusan mendadak ini untuk berhijrah ke tempat lain pula.

buat awak-awak yang nak berikan pendapat dan nasihat,sila tinggalkan komen anda untuk di nilai semula oleh saya.mana tahu,andai komen-komen anda berjaya mengubah pemikiran saya untuk tidak lari lagi buat sekian kalinya....mungkin? terima kasih juga buat awak-awak yang selama ini banyak beri kekuatan pada saya yang loser dan annoying setiap kalinya.komen-komen awak-awak semua amat saya hargai thanks sangat-sangat.dan tidak lupa buat anda si pengintip,awas ya identiti anda telah berjaya di kesan jangan nak menafikan apa yang benar.dan terima kasih juga buat anda kerana berjaya mentongsampahkan saya selama ini.








kan dah cakap jangan ganggu aku lagi
kau cabar aku lagi kan?
kali ini kau betul-betul tak akan
pernah jumpa aku lagi.

Friday, August 5, 2011

Cinta Kekasih Gelap



ku mencintaimu lebih dari apa pun
meski pun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hati ku
meskipun engkau hanya kekasih gelap ku...



kau jatuh cinta dengan dia
kau lebih sayangi dia hargai dia
tapi sayang bila rasa cinta itu
hanya sekadar rahsia berdua

kau tak mampu laungkan kepada dunia
tak mampu berjalan bangga sebelahnya
kerana kau juga sudah berpunya
kerana kau mahu jaga hati lain juga

sakit,sakit,sakit
tapi kau tahankan
teringin meluah cinta
tapi kau pendam dalam paksa

tapi sampai bila?
sedangkan hati meronta-ronta
buat taruhan
untuk pilih "dia" atau "dia"






kau tak bisa untuk memilih?
tak perlu pilih,lari saja.


Monday, May 23, 2011

Hanyut


Resah semakin mencengkam jiwa
sebaris kata berbentuk amaran itu
benar-benar buat jiwa kau terkurung
kaki kau dipasung kaku di situ


Dia sayang kau dia cinta kau dia sanggup lepaskan segalanya demi kau.segala kemahuan dan kehendak kau diturutinya tanpa berfikir panjang.itu sebagai tanda dia benar sayang pada kau.tapi hati kau bagaimana? hati kau tidak pernah rela menerima kehadiran dia dalam hidup kau.pernah kau cuba untuk lari,kau hampir berjaya tinggalkan dia sejauhnya.tapi tak sampai beberapa detik,kau datang kembali meratap rayu pada dia.apakah maknanya semua ini?

sekali lagi kau masuk ke perangkap buatan sendiri.di mana target kau dulu segala skrip lakonan kau sudah hilang wataknya.kau sendiri tahu ini tanda kau sedang menempah susah sedang mengacu pisau di dada sendiri.kau itu bodoh.tahu!

bila kau semakin jauh hanyut dalam arus itu kau semakin lupa di mana permulaannya.lalai dan lupa dalam keasyikkan hingga tak sedar yang ada juram sedang menanti untuk membunuh kau di sana.kau tahu,semakin jauh kau hanyut,semakin sukar untuk kau berpatah balik ke tempat asal.maka semakin banyak kau menambah beban.

kau fikir dia bodoh kau fikir dia mudah di tundukkan dengan kuasa yang kau ada.turut dia bukan bermakna dia leka.kau tak sedar yang dia juga punya agenda untuk memusnahkan kau.sebaik mana kau punya perisai mampukah kau melawan seseorang yang punya lebih banyak senjata?



kau tak akan selamat
melainkan kau lari lebih awal.
larilah lari seberapa jauh yang boleh
dan bila tiba waktunya
kau hilangkan diri dan jejak
jangan tinggal sebarang sisa
itu bahaya!