Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Miskin

19 Januari 2020



Aku benci jadi miskin... Betul, sejak dari zaman kanak2 lagi aku benci jadi miskin. Sebab banyak benda tak dapat dipenuhi bila kau miskin. Kau hanya mampu tengok tapi tak dapat memiliki. Tapi aku berterima kasih pada mak & ayah kerana mereka berjaya mendidik aku untuk selalu ingat taraf diri sendiri. Nak dapatkan sesuatu, aku usaha habis daya sampai dapat. Aku tak pernah meminta pada orang.

Tapi sedih hingga ke saat ini pun aku masih miskin. Aku tak mampu nak bagi kesenangan pada mak & ayah. Sampai sudah tua pun mereka masih bekerja. Masih terpaksa Bangun awal pagi
Buat kuih. Usia yang sepatutnya berehat & menikmati kehidupan Dihabiskan dengan berpenat mencari rezeki. Sungguh aku kecewa dengan diri sendiri 😭




Anak yang tak dibanggakan




Tuesday, July 30, 2013

Rambut Putih



Selepas sahur menunaikan permintaan mak,
Yang mahukan rambutnya digunting pendek,
Biarpun mata mengantuk menuntut tidur,
Tetap di tahan juga kerana janjinya adalah minggu lepas.

Sejak umur aku tujuhbelas tahun,
Mak hanya mahu aku saja menggunting rambutnya,
Mak tak gemar ke salon katanya tak menepati citarasa,
Mak paling suka hasil kerja tangan dari aku.

Setiap helaian demi helaian aku gunting cermat,
Rambut mak memutih hampir memenuhi kepala,
Aku sedar itu tanda mak semakin berusia,
Semakin hilang kudratnya.....






Minggu akhir aku di sini
bila pula agaknya aku berpeluang
menyentuh rambut mak lagi.....






Tuesday, February 14, 2012

Bukan Pewaris Iman




Subuh ini sunyi dan sepi sekali
usai solat bermuhasabah diri
mengenang dosa mengenang khilaf
sungguh aku ini hamba yang mudah alpa
sedikit nikmat di beri aku terus lupa

didikkan agama di beri mak dan ayah
berharap aku jadi menusia berguna
solat jangan tinggal,solat jangan tinggal
berkali mak dan ayah mengingatkan
kala berjauh dengan mereka

tidak ada yang kurang pada didikkan agama
tetapi hati lemah terlalu mudah mengalah
bukan salah mak dan ayah yang mendidik
tetapi diri sendiri yang gagal mendidik hati
sedangkan sedar iman itu pelindung diri


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual-beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau berentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah
...


tiap kali mendengar bait ini
hati tersentuh pedih dan sakit
aku menangis kenangkan dosa yang terkumpul
entah bila diri ini akan benar-benar suci
dari noda dan dosa

sering kali aku terdengar dari bilik
suara mak dan ayah berlagu sayu
dengan ayat suci Al-quran
tetapi apa yang jadi pada aku
hanya sekadar dengar dan memandang sepi

Tuhan...
jangan jauhkan aku dari naungmu
jangan tinggalkan aku sendiri
sungguh aku ingin kembali padamu
terus memeluk erat dan mencintaimu...







sungguh aku takut pada kegelapan
sungguh aku takut jika ditinggalkan
dan aku sedar,proses penyucian dosa
itu
bukan sesuatu yang mudah

dan Tuhan uji aku untuk
melihat
tahap keikhlasan hati ini...



Tuesday, December 20, 2011

Usia : Black Forest Untuk Mak


SELAMAT HARI LAHIR MAK
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....




15 november 1964 tarikh kelahiran mak,dan agak lewat mungkin untuk celebrate bersama.Ya,segalanya di atur pada ahad lepas setelah segala kesulitan dan komitmen penting di selesaikan terlebih dahulu.Mak tidak kisah tentang itu,apa yang penting,dirinya diingati dan didoakan yang baik-baik dari anak-anak dan suami tersayang.Usia mak semakin bertambah dan kadang kalanya keadaan kesihatan mak selalu saja tidak menentu.Harapnya mak akan bertambah sihat selalu,ini doa tulus dari hati.

Selama  bertahun-tahun mak menjadi mak aku,banyak pengorbanan yang mak dah buat untuk kami adik beradik.Mak seorang yang sangat sabar dan tabah terutama semasa mak berhadapan dengan pemergian masyhur.Aku tahu tika itu sudah pastinya mak paling sedih karena saat masyhur melalui hari-hari terakhirnya,mak sentiasa berada di sisi.Hinggalah saatnya mak melagukan setulus hati ayat suci buat masyhur,aku dapat lihat  ada manik jernih di tubir matanya paling hujung,tapi cuba di tahan dari menitis.






Aku harap itu kali terakhir
airmata kesedihan mak menitis
harapnya  di satu masa nanti
mak menangis kerana kenangan manis...

Thursday, October 20, 2011

Mainan Psikologi



Telefon tangan berbunyi bernada dering putriku sayang - hijjaz.capai telefon tangan lihat skrin nombor mak.hello assalamualaikum...bla..bla..bla.... sampai setengah jam.telefon di matikan,dan mengeluh panjang.....kenapa jadi macam ni,teruk sangat ke? payah,bukan aku tak mahu bantu,cumanya masa kerja aku terlalu panjang.Mulia cakap mahu berhenti belajar katanya tak sanggup nak hadap subjek-subjek yang terlalu asing padanya.mak mula runsing kalau boleh mahu dia teruskan hingga habis.tapi kata mulia dia mula tertekan dan sangat penat.

mak minta aku bercakap dengan mulia,mak harap pada aku untuk nasihatkan mulia.hanya aku yang lebih memahami mulia dan mulia lebih mendengar kata aku.aku tak mau janjikan apa-apa pada mak,cukup sekadar aku mencuba selam hatinya apa yang terkurang apa yang tertinggal.dan malam itu kesempatan berduaan aku guna untuk bicara hati ke hati sama mulia.habis semua mulia luahkan pada aku malam itu tentang keinginannya dan cita-citanya.sungguh jurusan ini bukan pilihannya dan dia tak mampu untuk mengejarnya,sedangkan hatinya lebih mencintai bidang lain.

apa nak dikata,aku cuba untuk meyakinkan dia untuk terus bertahan dalam bidang ini kerana mak dan ayah.tapi hatinya bagaimana? aku tak mahu mulia jadi seperti aku melupakan cita-cita kerana mahu menjaga hati orang.untuk masa ini,aku pujuk mulia untuk terus bertahan hingga peperiksaan pertamanya nanti.dan selepas keluar keputusannya nanti,baru di fikirkan jalan lain untuk menukar bidang yang di cintainya.







mulia hanya mahu mendengar kata aku
tapi selagi aku masih ada di sini
tapi bagaimanan pula andainya aku tiada nanti?

Tuesday, June 7, 2011

Harga


1.Semalam taqwa dan mak ke rumah nenek,ya menunaikan hajat nenek yang diutuskan melalui ibu tempoh hari.sebaik taqwa dan mak pulang,mak menyampaikan beberapa pesanan dan bicara nenek pada aku.adik sepupu aku yang sebaya taqwa anak kepada pak uda bakal bertunang tak lama lagi.giliran aku bila? sedangkan aku selaku cucu sulung cikgu haji masih lagi tidak mengikat tali pertunangan apa lagi tali pernikahan.malahan,sama sekali tidak pernah aku di lihat berpacaran mesra dengan seseorang.

2.nenek meminta taqwa mencari pekerjaan lain buat aku melalui internet.kata nenek lagi cucu saudaranya sudah pun memiliki sebuah kereta.giliran aku bila pula? sinis aku menerima kata-kata itu seperti satu penghinaan.perlahan tapi tegas aku katakan pada mak.


"Mak,kalau nenek tanya bila orang mahu punya kereta.katakan saja pada nenek orang tak perlukan kereta buat masa ini.sedangkan orang bekerja dan tinggal berdekatan tak perlu kenderaan.lagi pula mahu pulang ke kampung dengan bas sudah memadai.tak perlu pening memikirkan bayaran ansuran kereta tambah pula untuk bayaran servisnya serta harga minyak yang semakin naik kini."


"Sesiapa pun di kalangan sepupu-sepupu muda yang ingin bertunang atau berkahwin sebelum orang,silakan saja,tidak ada larangan atau sekatan.tapi jangan ditanya giliran orang,sebab masa itu belum tiba"



"Kenapa harus orang bertukar kerja? majikan sudah cukup baik dengan beri jaminan KWSP dan SOKSO untuk setiap pekerjanya.dan gaji juga sudah dinaikkan seperti yang nenek harapkan satu masa dulu.jadi apa lagi mahu nenek,sampaikan di suruhnya taqwa mencari kerja lain melalui internet buat orang? kalau benar orang mahu,sudah lama orang mencarinya 3tahun dulu tak perlu pertolongan sesiapa.nenek beranggapan orang yang tidak belajar di universiti itu juga buta IT? sudah,jangan di desak lagi,kalau nenek mahu nenek sajalah pergi kerja."


*******************************************************************************




aku benar-benar amat berkecil hati
meski pun tujuan nenek itu baik
tapi aku cukup tidak setuju
begitu
nenek seringkali mahu mengatur
masa depan anak cucunya
sedangkan aku sudah punya
rencana lain
dan selalu juga
nenek memandang
rendah
kepada sesiapa yang
tidak
mahu menurut katanya.....

Thursday, January 6, 2011

Airmata Tahun Baru

Semua orang sambut tahun baru dengan senyuman.gelak tawa dan bergembira,masing-masing pasang azam baru.tapi aku menangis pada malam tahun baru mengenangkan apa yang telah aku tinggalkan dan apa yang aku dapatkan untuk tahun ini.lupakan yang lama mulakan yang baru.kalaulah begitu mudah untuk seseorang seperti aku? ada tawaran baik tahun ini tapi amat mengecewakan bila ada di kalangan keluarga yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan sendiri...sedih sangat.

.

mak,taqwa,dan H...

aku harap apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah berupa satu berita gembira.dan aku mengharapkan sokongan penuh dari mereka tapi hampa.seakan macam ada bantahan dan tentangan kenapa? sedangkan itulah yang aku impikan selama nafas aku ini itulah satu jalan untuk aku terus mengejar cita-cita yang selama ini terhenti tanpa noktah.aku kecewa lagi...ayah masih belum tahu tentang pengkhabaran ini.cukup aku beritahu pada mak dan mak sudah tentu akan maklumkan pada ayah.

.

ya,memang aku akui ini juga adalah jalan untuk aku keluar dan lepaskan diri berlari sejauh mungkin tinggalkan tempat ini.aku mahu pergi sejauh yang mungkin dan tidak akan menoleh lagi apa lagi mahu mengutip segala butiran cerita lama yang sudah aku tinggalkan di belakang.aku mahu pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh walau sekilas.aku mahu menjauh dari semua mereka-mereka yang mengenali aku.sembunyi? tidak aku bukan sembunyi cuma aku hanya ingin tinggalkan tempat ini dengan harapan aku boleh mulakan hidup baru.

.

atau mungkin aku perlu terus berlakon dengan watak baru seseorang yang sudah hilang ingatannya.maka sesiapa saja yang menegur boleh saja aku berpura-pura tidak mengenalinya atau mungkin aku boleh menjadi seorang pendeta yang memutar belitkan syair yang aku perdengarkan kepada semua.apa yang aku perlu buat untuk diri sendiri pada tahun ini jika semua keingin sudah ada tentangan?

.

teruskan hidup dengan kecewa...

.

.

.

.

.