Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Makan Buah Untuk Diet

Semangat betul nak turunkan berat badan kurangkan makanan berlemak dan banyakkan makan makanan berserat.try diet baru pula kali ini dengan buah! sebelum ni aku diet tanpa makan nasi dan just makan biskut dan susu saja di samping berjoging.memang berhasil tapi now diet tu seakan tak memberi kesan.tak kira la aku makan atau tidak,berat tetap maintain tak turun dan tak naik.ada orang kata,itu limit bagi berat aku kira dah tak boleh nak turun lagi.pelik,berat pun ada main limit juga kah?

.

ada dua blog yang aku selalu blogwalking tuan punya blog jenis jaga badan dan mengamalkan diet yang sihat.salah seorang dari blogger tu pernah mengalami lebih berat badan dan sudah pun berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya.buatkan aku kagum dan nekad nak jadi seperti dia ini mesti! dan hari ini menu makanan aku adalah.....

.

.

.

sarapan pagi

- susu anlane + oat

- biskut jacob weatmeal

.

.

makan tengahari

- salad buah-buahan

- air kosong

.

.

makan malam

- roti weatmeal + keju

- air kosong

.

.

kenyang ke? entah aku aku rasa kenyang jerk...terutama masa melantak buah-buah tu tengahari tadi.sebiji apple hijau,sebiji pear,sebiji tomato,beberapa potong timun.semua aku potong dadu dan tambah sedikir mayonis salad buah-buahan.try lah memang kenyang dan terbaik.tak rasa lemah badan pun still boleh rasa cergas sampai waktu makan malam.berbanding dulu,aku just makan biskut kering dengan susu dan badan still rasa sedikit lemah biarpun aku melantak berkeping-keping biskut kering.okay ini adalah percubaan untuk tempoh satu bulan...kalau berhasil,boleh di teruskan.

.

.

.

.

.

.

.

.

MASIH GEMBIRA

SEBAB SUDAH BOLEH MAKAN NASI =)

.

.

Sunday, December 5, 2010

Planing 2011

Cepatnya masa berlalu dah hampir ke penghujung rupanya.selongkar semua barang-barang lama dan lupuskan musnahkan hancurkan lenyapkan biar hilang semua kenangan.tapi tak semua sebab agak keletihan hari ini,biar pun cuti,masa di habiskan di rumah dengan macam-macam aktiviti.rasanya dah lama tak bercuti-cuti dirumah dan sekarang inilah masanya! tadi banyak pekara yang aku fikir semua planing untuk 2011 hope-hope semua berjalan lancar.
.
.
1. tahun buat duit so tiap-tiap bulan bajet rm300 untuk di simpan dalam akaun
2. start aktif semua ke gym sebab body dah mula lemah lembik harus tingkatkan stamina
3. buat semua pekara yang di sukai tanpa pedulikan orang lain
4. mahu turunkan berat badan target 50kg!
5. isi semua masa lapang dengan program luar
6. lebihkan masa untuk duduk di rumah dan kurangkan masa untuk bersuka-suka
7. menghadiri semua kelas-kelas yang berkenaan
8. kembali ke hobi kegemaran
9. mahu hidup lebih gembira dan senyum
10. mahu melancong
.
.
senarai banyak lagi,tapi ini yang ada di fikiran buat masa ini.pagi tadi dah start joging dan ke kelas latihan fizikal jaga permakanan seimbang untuk turunkan berat badan.ini sudah nekad mesti dapatkan 50kg! hari ini banyak masa berada dirumah kemas bilik yang semak dan berhabuk setebal 5inci.penat tapi rasa senang hati dapat kemas separuh je lagi separuh sambung minggu depan.
.
.
.
.
.
.
.
TAK SANGKA SAYA TERSENYUM
DAN BERHATI SENANG SEPANJANG
HARI INI =)
.
.
.
.
.
terfikir sesuatu yang bermakna...
melakukan sesuatu yang kita sukai
akan buatkan hati lebih tenang dan gembira
tak kisah la susah atau senang janji hati happy.