Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Saturday, January 14, 2017

Persinggahan






Entah kenapa sejak akhir ini seringkali aku teringatkan banyak hal yang dulu.Terkenangkan memori dan orang-orang terdahulu yang pernah singgah dalam hidup aku yang dulu...Jika di hitung,rupanya bukan seorang dua tapi lebih dan kebanyakkan mereka hanya sekadar singgah sebentar.Samada hanya sekadar ingin mengisi kekosongan hati atau hanya sekadar untuk melepaskan rasa sunyi kerana masih sendiri.Niat di hati tak pernah seiring dengan kata yang diluahkan.

Ada yang masih kekal berhubungan dan ada juga yang terus melupakan...dan aku memilih untuk terus diam dan memerhatikan.Dari jauh aku melihat satu-satu mereka sudah punya kehidupan dan aku tumpang gembira.Dan ada juga antaranya yang cuba menjejak aku semula...tapi pada aku itu cerita dulu...kisah yang sudah aku buku dan simpan di lubuk paling dalam tertanam dalam hati.....









Proses pemulihan...









Monday, February 24, 2014

Hujan




Pernah pada hari turunya hujan lebat,aku berdiri kaku membiarkan saja diri di basahi.Membiarkan diri di peluk kedinginan yang membuatkan aku semakin rindu.Perasaan itu aku rasakan begitu sayu sehingga aku hanyut dalam tangisan kenangan lalu....Pada hari terakhir pertemuan itu hujan turun, Dia menghadiahkan aku sebuah diari miliknya yang mana di ceritakan semuanya kisah tentang aku dan Dia.

Dia tersenyum berwajah tenang saat aku menerima pemberian itu.Tapi jelas aku dapat lihat ke dalam matanya,dia sangat kecewa terlalu banyak mata itu menangis untuk aku.Saat dia ingin pergi,aku masih tetap berdiri kaku di situ melihat dia perlahan-lahan hilang dalam hujan malam itu.....





Hujan itu kenangan kesedihan
dalam hujan aku hilang ramai orang kesayangan
hujan buat aku sedih biarpun tetap ada
rasa tenang.....






Tuesday, November 9, 2010

Bawa Hati

Bermula jumaat ini hingga ahad aku di minta untuk ke negeri pantai timur.aku sebenarnya tidak jelas kenapa aku di minta untuk ke sana.sama ada tugas khas atau mungkin kursus aku sendiri tidak pasti.aku cuba hubungi kawan-kawan yang terlibat,tapi tiada jawapan.kata taqwa,malam tadi dia cuba hubungi aku untuk bertanyakan tentang hal ini tapi tiada jawapan.mungkin tika itu aku sudah tidur memandangkan agak keletihan selepas pulang dari tempat latihan.jadi,taqwa terus saja beri nama aku kepada penganjur tanpa izin aku.tapi tak mengapa aku tidak marahkan taqwa,mungkin itu adalah salah satu dari cara untuk aku lari dari I lari dari N.
.
dan itu adalah alasan paling baik untuk terus mengelakkan diri dari bertemu meraka.kehadiran I di sini buatkan aku rasa tidak mahu pulang ke rumah keluarga kerana aku khuatiri akan terserempak dengan I.aku pergi dengan membawa hati ingin merawat hati memujuk hati.aku ingin ke pantai mahu memandang luasnya langit yang tinggi.aku mahu memandang tepat ke arah terbenamnya matahari dan di situ akan aku campakkan segala rasa resah yang mengganggu.
.
.

Tuesday, October 26, 2010

Semalam

Semalam selepas satu jam menulis pasal awak,tiba-tiba telefon tangan berdering nombor semalam.ya nombor semalam nombor awak I saya save nombor awak semalam.mulanya agak ragu-ragu mahu menjawab,tapi saya jawab juga mungkin ada sesuatu yang penting.tapi sebaliknya tidak awak hubungi saya tanpa motif tanpa tujuan,pelik.
.
Awak just hubungi saya semata-mata untuk beritahu pada saya yang awak kini berada di daerah saya.menginap di rumah tumpangan untuk malam ini sebelum mencari tempat tinggal lain.kata awak lagi,awak mungkin akan tinggal di sini untuk beberapa waktu atas urusan kerja di pejabat tanah ukur tu.dan awak juga beritahu saya lokasi penginapan awak sekarang...dan tiba-tiba senyap seketika...

.

.

.1

.

..2

.

...3

.

....4

.

.....5

.

.

awak masih senyap...

.

.

......6

.

.......7

.

........8

.

.........9

.

..........10
.
.
saya mengalah dan bersuara...hairan awak hubungi saya tapi hanya untuk diam.kata awak lagi,tiada apa-apa yang awak mahu katakan hanya sekadar mahu beritahu keadaan awak sekarang,itu saja.
.
.
.
.

Usah di duga hati
yang sedang rawan
I...
adakah awak sedang
duga hati saya,tapi kenapa?
saya sakit macam ni.
.
.

Friday, October 22, 2010

Parut Hati

Parut hati masih berbekas sebagai tanda kelukaan yang tak dapat dilupakan.di sapukan bio oil berapa botol sekali pun parut hati tak akan hilang.meski sudah tidak berdarah lagi,tapi kesakitan itu masih tetap tegar di situ.yang lalu sudah lama berlalu sudah pergi hilang di bawah kabus tebal.aku yang masih di sini duduk terpaku membodohkan diri demi secebis kenangan yang menjahanamkan separuh dari hati itu.
.
pejam mata serapatnya tarik nafas sedalamnya memori kembali bagai di mainkan oleh cakera yang telah hilang fungsi stop dan pause nya.terus di play tanpa permintaan dan hati terus menangis di situ tanpa sebarang pujukkan.di dengar sayu di lihat pilu luka parut hati terus merayu sendu.