Friday, October 22, 2010

Parut Hati

Parut hati masih berbekas sebagai tanda kelukaan yang tak dapat dilupakan.di sapukan bio oil berapa botol sekali pun parut hati tak akan hilang.meski sudah tidak berdarah lagi,tapi kesakitan itu masih tetap tegar di situ.yang lalu sudah lama berlalu sudah pergi hilang di bawah kabus tebal.aku yang masih di sini duduk terpaku membodohkan diri demi secebis kenangan yang menjahanamkan separuh dari hati itu.
.
pejam mata serapatnya tarik nafas sedalamnya memori kembali bagai di mainkan oleh cakera yang telah hilang fungsi stop dan pause nya.terus di play tanpa permintaan dan hati terus menangis di situ tanpa sebarang pujukkan.di dengar sayu di lihat pilu luka parut hati terus merayu sendu.

4 comments:

lumut said...

aku juga memiliki luka yang dalam...aku menangis dalam diam...dan terus menanam egois ku....

aku sakit.
aku menangis.
aku benci kenangan indah lalu.

aku benci semuanya mengubah aku yang dahulu menjadi hari ini.

kau insan terluka,
kau tau rasa sakitnya,
namun hidup mesti diteruskan...
kita kejar apa yang masih kita ade...kita tolak jauh perasaan kita...kita berpura pura pada kasih sayang.....

suatu hari nanti jika kau sudi...kongsikan kisah kau bersama aku...boleh?

Panah Beracun said...

lumut...
kau tahu,komen kau yang ini buat mata aku bergenang panas.jiwa dan hati aku memang sakit.

bila terkenang memori itu buatkan hati aku tambah sakit.aku cuba untuk melupakan tapi susah.

orang sekeliling berkata "lupakan pada barang yang lepas" berkata memang mudah,tapi orang yang merasa lagi berat nak menaggung.

insyallah jika ada yang sudi,aku tidak lokek untuk berkongsi rasa.tapi aku betul-betul segan dengan kau,sungguh ni.

lumut said...

kenapa kau segan dengan aku??
kenapa ??

aku bukan sesiapa..
aku cuma manusia yang terluka,
aku kecewa.
aku benci manusia berjanji.

aku seringkali mendekati manusia yang sakit jiwanya dek mansia jahanam..aku suka selami apa rasa mereka..

aku juga mahu jagdi kuat.
sekuat apa yang orang sekeliling kita harapkan,.
dan kau juga begitu bukan?

Panah Beracun said...

entah kenapa aku segan dengan kau.mungkin sebab kau dikenali ramai.dan aku rasa rendah diri.

kau kecewe sama seperti aku dan aku tahu rasa itu memang sakit.bertahun aku berjalan tinggalkan kenangan tu,tapi langsung tak boleh nak lupa walau sikit pun.

dan dalam tempoh itu aku jatuh dan aku bangun berkali-kali tanpa jemu tapi hakikatnya sangat penat aku rasa.mahu berhenti tapi destinasi aku belum tiba.tak tahu berapa lama lagi.

kau mesti kuat ok?