Thursday, October 21, 2010

Jangan Buat Bodoh

Jangan buat-buat bodoh dengan aku aku amat benci orang yang sebegini.kalau kau rasa kau tak rela tak berkeinginan mengapa kau ikut serta? kau tahu,sedikit peluh kau langsung tak tercurah di sini.kau seronok melihat hasil kerja orang lain dan kau langsung tidak punya rasa bersalah dan malu pada mereka yang berpenat lelah menghasilkan sesuatu untuk kumpulan.tapi kau buat apa? kau membuta sampai kesudah sedang orang lain berpenat lelah bersengkang mata demi tanggungjawab dan amanah.
.
dan ada pula di kalangan kau membuat lucu dengan soalan bodoh yang hanya mendatangkan kemarahan aku pada malam itu.kau tahu,pada fikir aku gologan seperti kau ini sebenarnya hanya bertaraf barangan buruk yang tidak berguna.elok saja kau di buang daripada terus di simpan tanpa menfaat hanya menyesakkan ruang saja.aku benci gologan sepeti kau yang hanya berlagak pandai seperti tin kosong berkarat yang bising amat bunyinya tapi isinya kosong tiada makna.tolong bersikap seperti seorang yang berakal kalau kau tidak mahu terus menerus di pandang enteng oleh sesetengah pihak yang sudah puas memerhati.









hayat aku untuk beberapa tahun ini

sering di kelilingi dengan orang-orang yang

hanya tahu mencekik dari belakang

kita tak nampak siapa yang ada di belakang

tahu-tahu saja dia membunuh kita

tanpa sebarang amaran!

3 comments:

si biskut said...

Mungkin ko patut sound direct jer kat dia.belakang kira samada dia terima atau tak.Parasit kecil halus tapi banyak hisap darah.

LUMUT said...

kau penah tepikir tak nak cekik balik org2 mcm ni???

menyusahkan je hidup..

kalau nak hidup atas usaha orang lain..baik jadik org tak berupaya je...kan?

takpe ade hikmah.lebih pahala kau nnt.

Panah Beracun said...

si biskut...
aku cuba berkias.harapnya dia faham.malangnya dia memang tidak faham bahasa.tak apa,lain kali aku guna bahasa yang lebih jelas lagi.

lumut...
memang aku fikir begitu.jangan kata nak cekik,nak membunuh pun ada.harapnya adalah hikmah yang baik-baik untuk aku.

alamak,aku seganlah lumut datang blog aku yang tak seberapa ni.