Monday, October 18, 2010

Mungkin Ini Yang Terakhir

kesibukkan aku sejak akhir-akhir ini berjaya membuatkan aku terlupa seketika beberapa pekara penting.dan dalam masa-masa sibuk begini aku terpanggil untuk menyertai kursus kenaikkan jawatan.sebenarnya semangat juang aku sudah beransur hilang dan aku sudah tidak peduli langsung tentang jawatan-jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua.entah kenapa aku tetap tegar memaksa diri untuk terus melangkah meski pun hati dan jiwa sudah mulai tawar.
.
aku fikir setelah menyelesaikan tugasan ini,mungkin ini adalah yang terakhir kali buat aku.sudah sampai masanya aku fokus pada hal-hal yang lebih penting lagi.aku sudah pun melepasi terget tertunggak beberapa tahun itu.sekarang ada beberapa target lagi yang mesti aku kejarkan.yang yang ini mungkin aku terpaksa tolak ke tepi sebentar.dan aku hanya akan ada sekiranya di undang dan berkelapangan.memang ini pernah menjadi impaian aku satu masa dulu.tapi demi sesuatu aku terpaksa korbankannya meski pun berat tapi ini adalah pilihan terhad.










mungkin aku sedih untuk kali ini

tapi untuk satu masa nanti aku amat

berharap yang pernah aku tinggalkan

itu tidak akan menjadi kekecewaan

yang berpanjangan dalam hidup aku

yang sempit tak berpenjuru.

.

.

4 comments:

AJ Nismihan said...

kita tidak tahu yang mana akhirnya
dan
tidak tahu mana letak bahagia itu; selagi ia belum sampai waktu untuk tampil pada kita
jalan saja
hati mati pun masih perlu hidup bagai awan-awan kosong sebelum ajal tiba.

jadi.
kurang2nya
biarlah nafas2itu berbaloi kita sedut hari-hari.

kuat ya.

Allah kan ada

pisau belati said...

seseorang yang kuat seperti kamu mahu mengalah dengan begitu mudah? adakah ini benar dari kata-kata hati kamu? fikirkanlah.

lumut said...

kadang2 kita rasa mahu saja mengalah...
tapi orang lain tengok kita bukan sebagai pengalah..mereka mahu berjuang...then there u are.
teruskan perjauangan awak.

kalau rasa nangis...menangis dan berdoa lah pada Allah.pada dia tempat bergantung harap.....

Panah Beracun said...

aj nismihan...
aku cuba untuk menjadi kuat ya memang aku cuba.aku jatuh dan bangun berkali.kadang-kadang bila aku rasa terlalu penat aku berhenti.dan bila aku mahu mula,kaki aku bagai terpasung.

pisau belati...
semua ini terlalu sukar buat aku sendiri.

lumut...
bila aku rasa perlu,aku akan menangis tapi menangis saja tidak akan dapat mengubah apa-apa kan?