Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Terkesan



"Maaf, awak terlalu baik untuk saya."


Itu saja?
Tidakkah ada berjuta lagi alasan untuk sebuah perpisahan yang lebih aman.
Hanya memetik baris kata cliché seperti itu sebenarnya tidak pernah memberi ketenteraman walaupun segambut masa.

Semua, pasti ada kata yang lebih realiti dari yang biasa terucap lidah.

"Bukan. Bukan itu. Aku tak tahu apa lagi yang lebih baik dari itu. Aku tak mahu ada hati dia yang terluka lagi."

Dan bicara tanpa penuh jelas begini boleh henti sakit dia begitu saja kah?
Tidakkah nanti lebih keliru dan hidup penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Dan aku yakin, jiwa yang tenggelam dengan teka teki hidup selalunya lemas dan lewat mencari sinar baru.
Maka berterus-teranglah.
Biar jelas terang kenapa perlu lantera malam yang satu itu kamu hanyutkan cahayanya. Paling tidak, mimpinya nanti pasti datang yang baik-baik, dan bukan hanya berteman tiris jernih di matanya tak sudah-sudah.

Jujurlah; kalaupun kamu salah.
Berkatalah walau pahit. Kerana hidup ini penuh bittersweet; manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.
Dan itu tentu lebih baik dari bermanis-manis penuh sayup setiap detik yang muncul dan tiba-tiba sakit menyerang dan hayat kita putus; tanpa sempat sedar kenapa dan apa.

Boleh begitu?


- AJ NISMIHAN -







Tulisan ini aku copy
dari teratak sahabat lama
dan iya,entry ini lebih menikam
hingga ke hulu hati aku sendiri
kerana ia lebih merujuk ke arah aku
selepas perbincangan menerusi email
aku yang buntu tika itu meminta
pandangan dari AJ.
terima kasih sahabat untuk tulisan ini.

Monday, October 3, 2011

Ancaman



Oh,hai readers!!!
oke ini memang buang tabiat bilamana saya "tuan punya blog" tidak pernah bertegur sapa dengan kalian di sini selama setahun saya blogging.dan untuk hari ini mari kita berkenal kenalan beramah mesra sesama kita,sebelum saya menamatkan riwayat blog ini untuk kali yang ke beberapa kalinya."beberapa kali" perlu di beratkan sikit perkataan ini,itu tanda penekanan bahawasanya sebelum ini saya punya banyak blog.dan tabiat saya ialah bila setiap kali jejak saya berjaya di kesan oleh orang-orang tertentu,saya akan mula lari lara ke sana sini untuk bersembunyi.

saya kira ini ancaman buat saya bila ada yang memberi "pembayang" seperti pernah melintas ke sini.awak-awak ni kurang bijak kadang kala kalau nak intai saya pun janganlah di hebah ke sana sini buat saya mahu lari lagi jauh.kan ke kita-kita dah janji dulu,ini tempat untuk saya bersembunyi rahsia kita-kita je.saya fikir dengan menumpang teduh di rumah "Pisau Belati" bisa buat keliru orang-orang di sana untuk tidak mengesan saya di dunia maya ini lagi.dan bila semua sudah terbongkar,saya terpaksa mengambil keputusan mendadak ini untuk berhijrah ke tempat lain pula.

buat awak-awak yang nak berikan pendapat dan nasihat,sila tinggalkan komen anda untuk di nilai semula oleh saya.mana tahu,andai komen-komen anda berjaya mengubah pemikiran saya untuk tidak lari lagi buat sekian kalinya....mungkin? terima kasih juga buat awak-awak yang selama ini banyak beri kekuatan pada saya yang loser dan annoying setiap kalinya.komen-komen awak-awak semua amat saya hargai thanks sangat-sangat.dan tidak lupa buat anda si pengintip,awas ya identiti anda telah berjaya di kesan jangan nak menafikan apa yang benar.dan terima kasih juga buat anda kerana berjaya mentongsampahkan saya selama ini.








kan dah cakap jangan ganggu aku lagi
kau cabar aku lagi kan?
kali ini kau betul-betul tak akan
pernah jumpa aku lagi.

Friday, June 24, 2011

Kata Maaf


log masuk ke laman muka buku ada 1 pesanan masuk ke kotak pesanan.klick buka dan baca...ada 1 nota pendek dari dia.beberapa baris ayat itu dia menyatakan maaf dan rasa bersalahnya pada aku kerana mengkhianati janji dulu.dia benar-benar kesal dan rasa bersalah memohon maaf pada aku dengan bersungguh.katanya hati dia tidak tenang,maka satu malam laman blog lama aku di geledahnya.ke semua tulisan aku tentang dia habis di khatamnya malam itu.

aku bertanya apa yang di carinya di teratak sebelah sana?
dan dia menjawab dia sendiri tidak tahu,rasa bersalah kian menghantui dirinya sejak dia meninggalkan aku.dan lebih terkesan,bila hidupnya kini menjadi agak berantakkan.katanya
lagi,ini adalah balasan dari TUHAN kerana telah mengkhianati aku dulu.

aku terdiam agak lama...beberapa jam selepas itu aku kembali membalas pesananya.
saya dah lama maafkan awak sejak dari mula lagi.saya tahu awak lebih sayangkan dia lagi.
saya cuma harapkan awak bahagia dengan dia yang menjadi pilihan awak.sayang saya
pada awak biar saya simpan sendiri...dunia saya dengan awak jauh berbeza,tak ada jalan pun...






kasih yang hadir tiba lewat
belum sempat di luah jadi milik orang
aku belajar untuk menerima
memang susah tapi tetap cuba
akur aku bukan rusuk yang
cocok buatnya tidak sepadan bersama

Thursday, May 26, 2011

Cinta Blogger


Cinta sesama blogger cinta alam maya dalam dunia yang tidak nyata bagaikan ilusi.mimpi dan angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan.kenapa? karena aku punya cerita sendiri jatuh hati dengan 2 orang blogger.2orang yang berlainan dan di masa yang berlainan yang mana punya kesudahan yang sama "cinta yang tak kesampaian".


BLOGGER 1
boleh di katakan ramai yang mengenali dia.aku lama sudah ikut baca blog dia tapi hanya sekadar menjadi pembaca senyap sahaja dan jarang sekali aku meninggalkan jejak di kotak komen dia.hingga di penghujung tahun 2009 aku dan dia mula saling kenal.mulanya hanya sekadar berbalas pesanan ringkas di telefon tangan saja.disaat dia mula mahu kenali aku lebih rapat lagi,aku menolak karena pada fikir aku masih belum bersedia untuk 1 hubungan yang lebih serius.hingga untuk kali keduanya dia mencuba lagi lalu aku terima,karena dia menampakkan kesungguhannya.atau lebih jelas lagi bila dia seringkali menulis entry tentang aku.

tapi hubungan itu tidak kekal lama.untuk bulan pertamanya dia mulai sedar bahawa hatinya tidak ada untuk aku.dia mulai sedar yang aku tidak sepenuhnya memberi hati aku untuk dia.tapi aku tetap mencuba dan terus memujuk dia untuk memberi ruang dan peluang kepada hati kami berdua untuk mencari keserasian.hingga masuk bulan keduanya dia benar-benar terasa yang aku tidak pernah memerlukan dia dalam hidup aku karena aku meminggirkannya dalam permasaalahan aku sendiri,lalu hubungan itu di putuskan dengan cara baik.dan kami isytiharkan kawan sehingga kini.


BLOGGER 2
dia seorang yang agak low profile tidak seperti bogger pertama tadi.dia juga jarang sekali up kan entry.aku mengenali dia dulu sebelum aku kenali blogger pertama tadi.pada mulanya aku hanya sekadar mengangumi dia kerana bakat dan penulisannya saja.aku mula jumpa blognya pada awal tahun 2009 tapi hanya menjadi pembaca senyap.karena kagumnya aku pada dia,maka kesemua entrynya habis aku baca,bermula dia membuka blognya.mulanya kami hanya sekadar berbalas mesej melalui email saja hingga kami menjadi rapat dan mula berbalas pesanan ringkas di telefon tangan pula.

entah kenapa aku rasa sangat selesa untuk berkongsi cerita apa saja dengan dia.hinggakan masalah peribadi juga aku ceritakan pada da tanpa ragu-ragu walaupun pada tika itu aku langsung tidak pernah bersua muka dengan dia.hingga saat aku mula jatuh hati pada dia tapi aku pendam karena fikir aku dia sudah punya pacar.dan dalam masa yang sama dia juga punya masalah sendiri berhubungan dengan pacarnya.hingga satu hari entah kenapa cerita tentang hati dipersoakan antara aku dan dia.dan nyatanya dia juga punya rasa yang sama seperti aku.dan luahan hati itu di zahirkannya melalui entry yang di taipnya khas buat aku.tapi aku dan dia sedar kami terpaksa menjaga dua hati yang berada di sisi.cinta terlarang itu bermula bila aku sendiri setuju untuk memulakan hubungan rahsia dengan dia.tapi aku sendiri tidak pasti atas dasar apakah hubungan ini terjalin.hinggalah dia sendiri menamatkan kisah ini dengan berita pertunangannya...


**************************************************************************


cinta maya aku merupakan kisah yang tidak kesampaian hingga saat ini aku dan mereka kembali menjalani kehidupan asal kami kehidupan di mana kami sama-sama tidak saling kenal.bedanya kini kami sama menerima ketentuan ini sebagai takdir dan jodoh.dan apa yang aku pelajari di sini,cinta maya tidak semestinya akan berkesudahan dengan baik dan tidak semestinya tidak baik.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.jika di tanya lagi adakah aku serik dengan cinta maya ini? dan jujurnya aku jawab tidak.tapi mungkin tidak akan di zahirkan sama seperti dulu.bermakna aku sayangi dia tapi mungkin secara diam-diam saja.itu sudah cukup.tak perlu di cambahkan perasaan yang bertunas itu.





omong-omong
aku sendiri mula tertarik hati pada
seseorang blogger ini.
tapi agak kesal karena blogger itu
sendiri sudah melenyapkan blognya
sebelum sempat aku kenalinya lebih
dalam lagi.

encik F
saya sudah mula sukakan kamu...

Friday, April 15, 2011

Pilih

Buka blog dan tengok update-update terkini blogger lain.Dia update hari ini,klick dan baca.Ringkas saja tapi punya maksud mendalam kau terasa.Yakin itu mesej untuk "kau".klick post comment dan balas.Berani mati tapi yakin hanya "kau" dan "dia" saja yang memahami.




awak,
tak mengapa awak pilih dia.saya tak marah saya tak berkecil hati tapi sedikit kecewa.tak mengapa,dari dulu lagi saya sudah pun terima hakikat ini yang awak tak mungkin ada untuk saya.Tak apa awak,tak ada apa lagi yang nak dikenang,antara kita tidak pernah ada cerita tidak pernah ada sejarah.Apa pun pertemuan yang hanya sempat 1kali itu sudah cukup buat saya simpan sebagai kenangan peribadi.Biarpun saya gagal mendapatkan walau sekeping foto hari tersebut untuk simpanan sendiri.





kepada :encik keju
jangan risau pasal saya jaga diri
awak itu yang penting.saya di sini
tidak apa-apa.sunyi itu pekara biasa
bagi saya .mungkin sudah lali
barangkali?