Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Pertempuran Jiwa






Rasa apa ini
berdenyut bagaikan bernyawa
berdetak seakan bersuara

rasa apa ini
paling dalam tapi sakit
paling jauh tapi pedih
ada bisa di sana

saat sendiri begini
hati mudah terguris
saat sepi begini
hati mudah tersentuh

bisa di pujuk
hati yang rawan
kala luka yang lalu
berdarah semula
sungguh bukan ini mahunya
bukan ini impinya
tapi itulah yang di terima
di setiap langkah perjalanannya

duhai hati tabahlah
duhai hati kuatlah
anggap ini permulaan
anggap ini pengenalan
bisa saja yang bakal mendatang
akan lebih hebat
daripada apa yang kau lihat
sekarang

persiapkan diri mu
persiapkan kelengkapan mu
supaya nanti kau bisa berdiri megah
untuk satu kemenangan.






Ya ALLAH.....
kuatkanlah hati ku,tabahkanlah jiwaku
untuk menerima ujian yang seterusnya

daripadaMU.

Friday, May 20, 2011

Ujian Kematian


Kelakar,lucu,lawak?
untuk beberapa hari lepas
aku betul-betul di ambang kematian
nyawa masa tu dah hampir habis
tunggu masa je untuk mati.

4jam sekali nurse datang
ambil sample darah aku
tak tunjuk perubahan langsung
melainkan semakin teruk
sel darah tak punya fungsi untuk membeku
aku dapat rasa yang hidung
aku mula mengalami pendarahan
termasuk gusi dan dalam mulut
aku semakin panik bila doktor
mula chek bahagian dalam perut

Tuhan je yang tahu macam mana
aku panik takut nanti ada organ yang rosak
setiap saat aku hanya fikirkan kematian
sampaikan nak tidur pun aku jadi takut
takut nanti aku dah tak dapat buka mata lagi.
saat paling buat aku rasa trauma
bila pesakit yang duduk di katil
hadapan meninggal dunia depan mata aku
tahu apa perasaan aku masa tu?
aku jadi bingung hilang akal

masa tu aku hanya fikir
selepas ini giliran siapa pula yang
akan mati? adakah aku akan mati?
sekejap lagi? esok hari? atau malam nanti?
aku benar-benar takut.
aku sendiri hanya seorang diri
tiada keluarga yang menemani
sendiri uruskan diri di hospital
mujur ada N yang setia menemani
hingga saat aku kembali waras

sedangkan aku mengharapkan H
yang tak kunjung tiba hanya sesekali
bertanya khabar melalui pesanan ringkas
di telefon tangan bagaikan tak peduli
mungkin saja pada fikirkan aku sakit biasa
celaka dalam hati aku memaki H
aku menangis juga kerana H
seseorang yang aku harap
tapi langsung tidak memperdulikan
aku sebagai bakal tunangannya.

persetankan semua janji kau H
kau buat aku membenci CINTA!
jika benar aku ini penting buat kau
mengapa kau ambil mudah saja?
celaka!
aku bertanya pada hati
siapa diantara mereka yang harus
aku pilih? N atau H?

di saat aku hilang kudrat
aku nampak sesuatu diantara keduanya
N sangat prihatin terhadap aku
sanggup datang dari jauh untuk sokong aku.

sedangkan H yang nyata bakal tunangan aku
langsung ambil mudah di saat dia sendiri tahu
aku betul-betul di ambang kematian.
melebihkan dunia daripada orang kesayangan.



Sunday, March 6, 2011

Tersiksa Hati



Sambung belajar?
seperti yang dijangka ayah sudah tentu akan bertanyakan hal ini.aku sangka ayah tak akan tahu akan perihal surat tawaran tu.sudah tentu mak sendiri yang beritahu pada ayah tentang tawaran sambung belajar.

Runsing...
ya,aku agak tertekan dengan masalah ini masalah kejiwaan bagi aku.sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi demi cita-cita memang impian aku.tapi masa surat tawaran tu sampai minggu lepas aku merasa agak kecewa.riak yang mulanya gembira bertukar suram bila jumlah yang dinyatakan untuk 1semester bagaikan membunuh seluruh nadi aku.mana aku nak cari duit sebanyak itu? sedangkan aku kerja 1tahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah yang sebesar itu.mungkin bagi mereka yang berkemampuan,itu bukan masalah besar.tapi bagi aku itu bagaikan satu musibah.

Sedih...
aku sedih mengenangkan semua ini.keinginan untuk belajar masih ada tapi semua punah.lebih-lebih lagi bila mengenangkan ayah yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya bulan julai ini,menyambung lagi unutk tempoh satu tahun lagi.aku tahu semua kerana mahu menampung perbelanjaan sekeluarga.tambahan pula,taqwa masih lagi ada beberapa sem di universiti.mulia pula sedang menanti keputusan SPM diumumkan jika keputusannya baik,mungkin akan menyambung pelajaran.tinggal cerdik yang masih lagi meneruskan sesi sekolah menengah untuk beberapa tahun lagi.semua itu KOS!

Harapan...
aku tahu dari nada dan riak ayah seperti mahukan aku menyambung pelajaran lagi.seboleh-bolehnya ditahap yang lebih tinggi lagi.kata ayah,tidak mengapa duit boleh dicari.tapi aku sedih bila mengenangkan ayah yang bekerja siang dalam malam 7hari seminggu dan terpaksa memandu selama 2jam untuk ke tempat kerja dan hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali.ayah semakin tua rambut putih mula memenuhi ruang kepala kadang-kadang aku dengar ayah batuk-batuk semasa tidur malam.tahu tak bagaimana perasaan itu?

Dilema...
Hari ini aku bekerja,aku agak ayah agak terkejut bila lihat aku bangun awal pagi hari ini.selalunya hari ahad adalah hari cuti bekerja aku.tapi majikan sudah menukar jadual kerja jadi aku akan bekerja 8hari dan cuti 2hari mengikut rotate staff dalam jadual kerja.bila ayah bertanya,aku jawab "over time" dan ayah diam selepas itu.mungkin ayah agak aku sengaja mengambil over time hari ini semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung kos yuran belajar.aku jadi serba salah takut nanti ayah akan rasa susah hati fikir pasal duit lagi.




perlu ke aku korbankan cita-cita aku?
tapi ayah mengharapkan sangat aku sambung belajar
tapi aku tak sampai hati tengok ayah kerja teruk lagi
sepatutnya dalam umur begini ayah rehat saja dirumah
biar aku ambil alih tanggungjawab sara keluarga
Tuhan...semua ini sangat berat aku sakit.