Thursday, August 11, 2011

Pertempuran Jiwa






Rasa apa ini
berdenyut bagaikan bernyawa
berdetak seakan bersuara

rasa apa ini
paling dalam tapi sakit
paling jauh tapi pedih
ada bisa di sana

saat sendiri begini
hati mudah terguris
saat sepi begini
hati mudah tersentuh

bisa di pujuk
hati yang rawan
kala luka yang lalu
berdarah semula
sungguh bukan ini mahunya
bukan ini impinya
tapi itulah yang di terima
di setiap langkah perjalanannya

duhai hati tabahlah
duhai hati kuatlah
anggap ini permulaan
anggap ini pengenalan
bisa saja yang bakal mendatang
akan lebih hebat
daripada apa yang kau lihat
sekarang

persiapkan diri mu
persiapkan kelengkapan mu
supaya nanti kau bisa berdiri megah
untuk satu kemenangan.






Ya ALLAH.....
kuatkanlah hati ku,tabahkanlah jiwaku
untuk menerima ujian yang seterusnya

daripadaMU.

19 comments:

Aku diriku selamanya said...

ayat yang menusuk kalbu.....dpt rasa kan perasaan yang dirasai melalui penulisan anda!

~Kenanga Suchi~ said...

kamu pasti lepasinya...
kuat dan teguh pada-NYA~

penaberkala said...

be strong
duhai hati, cekallah
duhai hati, tabahlah

Unknown said...

ayat ko ade roh

monologtinism said...

hati..
bertahanlah

dochi said...

kalau kamu kuat untuk masih sedar segala kesakitan itu,
kami pasti ada kekuatan untuk bertahan.

Yuyun said...

PTB, kuatlah kamu...tabahlah kamu..

Faaein Talip Roy said...

aku tahu kau kuat.. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar..

shizuka said...

ujian itu tanda kasih sayang DIA,DIA mahu kita sentiasa mengadu padaNYA.bertabahlah:)

dania said...

Kau tau, kau kuat sebanarnya sayang. Betul!

(^_^)

Amanitasyea said...

pejuang macam nih yang kita mahu dlm masyarakat hari ini! yeahhhh!

Encik Psychopath said...

peh... terliur membace.

skandaLdariLangit said...

sabar. itu sahaja yg mampu dikata..

Shila said...

tabahkan hati..
kuatkan hati..

kesenangan pun satu ujian..

HEROICzero said...

lepaskan , perlahan .


=)

miera said...

:) bertabah lah

ghost said...

tuhan dengar kamu.

Nadia said...

mari terus kuat! nadia ada dibelakangmu :) Insyaallah

si para para said...

semalam itu pengajaran untuk hari esok..
hari ini, lakukan yang terbaik.