Tuesday, August 9, 2011

Langit Menangis


Lewat senja itu merah merenung langit tinggi mengagumi biasan warna indah kala itu,perasaannya tenang dan damai.entah kenapa,tiba-tiba langit berubah murung beberapa ketika itu kedengaran amarah dari guruh.di selang seli dengan cahaya petir yang menggerunkan bagaikan halilintar.seketika itu langit menangis...menangis dengan galaknya diiringi tiupan kencang sang angin yang menggila.

senyum merah yang tadinya ceria kini berubah menjadi pudar warnanya.hilang serinya hilang indahnya.merah turut menangis menyelami perasaan sang langit senja tadi.mengerti akan sakitnya sang langit kala kehilangan kekasih hatinya sang matahari megah.hilang matahari,hilanglah cahaya hilang warna ceria hilang indahnya.hanya yang tinggal kegelapan malam mula menyelubungi bersama rasa sepi.....







sakit bila kehilangan

11 comments:

nurniyusoff said...

dari gambaran,
ia kelihatan marah dan geram,
lalu menangis.

ahh .. buleh aku ikut cmtu tak ..

Wanz Mejuez said...

sabar2.....

~Cahaya Hati~ said...

hilang = sakit


aku rasa apa yang kamu rasa~


perit~

jiranmafiarussia said...

kehilangan itu adalah ujian bagi mereka yang benar-benar mampu menghadapinya.


bersabarlah kawan.jgn menangis :)

monologtinism said...

kehilangan sesuatu yang disayang memang sakit.
ujian Tuhan datang dalam dua bentuk sama ada kesenangan atau kesusahan. mungkin kamu sedang diuji kedua duanya.

semoga kuat.

Asrul "iLham" Sany said...

senyum dan cuba ingati benda atau perkara yang boleh buat kamu senyumm...

senyum ubat sakit yg paling mujarab

;D

chirpy_chummy said...

jgn sedih.

matahari pasti muncul smula esok pg.

dochi said...

setiap yg bjumpa pasti bpisah.
tp jgn risau, masih ada yg menanti keesokannya.

Faaein Talip Roy said...

ia.. memang sakit bila kehilangan..

seperti sakit dengan 'kehilangan' blog2 aku yang lain..

errr.. aku tutup dah blog tu.. kenapa? kau rindu dengan blog2 itu?

bighagenjo said...

amboi... bebungany ayat..
patah tumbuh, hilang beganti beb. hee. piss :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

yang hilang pasti tumbuh terganti. carilah yg bisa buat kita tersenyum!!!! bukan diam menyepi meratapi kehilangan itu walaupun sekadar hilang pena di atas meja!