Showing posts with label Benci. Show all posts
Showing posts with label Benci. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Miskin

19 Januari 2020



Aku benci jadi miskin... Betul, sejak dari zaman kanak2 lagi aku benci jadi miskin. Sebab banyak benda tak dapat dipenuhi bila kau miskin. Kau hanya mampu tengok tapi tak dapat memiliki. Tapi aku berterima kasih pada mak & ayah kerana mereka berjaya mendidik aku untuk selalu ingat taraf diri sendiri. Nak dapatkan sesuatu, aku usaha habis daya sampai dapat. Aku tak pernah meminta pada orang.

Tapi sedih hingga ke saat ini pun aku masih miskin. Aku tak mampu nak bagi kesenangan pada mak & ayah. Sampai sudah tua pun mereka masih bekerja. Masih terpaksa Bangun awal pagi
Buat kuih. Usia yang sepatutnya berehat & menikmati kehidupan Dihabiskan dengan berpenat mencari rezeki. Sungguh aku kecewa dengan diri sendiri 😭




Anak yang tak dibanggakan




Sunday, February 5, 2017

Kelemahan






Kelemahan kau yang paling utama,adalah bila kau masih terus hidup dalam kenangan.Kau tak mampu nak lupuskan semua memori itu dan alasan kau..."ia beri kekuatan untuk terus hidup" alasan sekadar nak sedapkan hati.Padahal sedikit demi sedikit ia boleh menjadi punca kemusnahan diri kau sendiri.Kau biarkan diri kau terus hanyut dan khayal bagaikan pemabuk.Sungguh rupa kau sangat kasihan saat kau mendongak ke langit dengan penuh harap.

Dan bila kesedaran itu datang menampar kuat ke pipi kau tersentak! Tangis dalam senyum ketawa dalam diam...dimanakah rasa "marah" itu yang pernah satu masa dulu merasuk ke jiwa? Perasaan yang paling teruk adalah bila kau tidak lagi mampu untuk mewujudkan rasa "benci".







jiwa yang kosong.....

Monday, July 22, 2013

Rasa Benci Yang Gagal





Dia lain mengikut situasi dan keadaan,macam sesumpah yang akan berubah mengikut keadaan keliling.Dalam talian penuh dengan perasaan Ego,Angkuh,Benci dan Marah.Tapi bila berhadapan dengan jasad yang nyata,dia tak kan mampu menipu memanipulasikan mata yang melihat.Aku lihat dia dan dia renung aku sama-sama mahu berlagak kuat seperti tiada apa-apa berlaku.Mahu tunjuk siapa kuat seperti sudah pasrah dengan hakikat.Tapi kenyataannya masing-masing sedang menahan rasa berat.

Aku benci tiap kali dia bilang aku lemah dan rapuh.Dia marah tiap kali aku bilang dia hipokrit dan berpura-pura.Siapa mahu tipu siapa? dan siapa mahu benci siapa? hanya satu perkara saja yang aku dan dia tahu hati masih tetap ada rasa "sayang".Sedaya mungkin dia cuba mencipta rasa benci aku pada dia.Tapi setiap dari kata-kata yang menghiris itu langsung tidak memberi kesan yang mendalam terhadap aku.Ya,kerana aku lebih tahu apa yang ada dalam hati dia dan dia juga tahu apa yang tersirat dalam hati aku.






Ada jernih yang di ganggu kocak
Dalam keruh sembunyi tiada yang nampak...