Showing posts with label sunyi. Show all posts
Showing posts with label sunyi. Show all posts

Monday, March 2, 2020

Janggal

Kau perasan tak, kita dah tak macam dulu-dulu? Rasa janggal sangat rasa asing. Kau perasan tak? Atau kau sedar tapi kau ignore kau denial.Sejak kau sibuk dengan business & politik, kita dah jarang bercakap. Maksud aku, kita hanya bercakap untuk perkara penting saja.Kadang-kadang aku Cuba memancing bicara Cuba berlawak jenaka, tapi kau sambut hambar.
Sedih aku. 
Kadang-kadang saja aku cerita telatah lucu anak-anak aku ketawa, tapi bila aku pandang pada kau.... Tak ada respond. Oh, aku cakap sorang-sorang rupanya.Jujurnya aku kecil hati tapi aku diam kan tak cakap apa-apa.Cepat-cepat aku tukar topik buat-buat Tanya pasal kerja kau Tanya pasal isu semasa. Panjang lebar kau menjawab menghurai.
Aku rasa sekarang 
Aku lebih banyak "mendengar" 
Daripada "didengar"
.
.
.
"sunyi". 







Monday, February 24, 2020

Lonely

17 Januari 2029


Lately rasa mudah kecil hati mudah rasa nak Menangis. Kadang rasa gelisah tak menentu fikir banyak benda rasa penat sangat. Harap bukan anxiety... Entahlah maybe sebab selalu rasa alone lonely mood postpartum. Bercelaru rasa tak cukup happy boring and macam-macam lagilah. Tired.... Actually I need someone to hear me.but.....

😔







Tuesday, November 23, 2010

Aku Ingin Hidup Dalam Mimpi

Sungguh kalau di beri pilihan aku ingin memilih hidup dalam mimpi.ya hidup dalam mimpi indah yang tiada kelukaan biarpun hanya sekadar ilusi semata tapi cukup membahagiakan.minda aku ini sudah di penuhi dengan cerita-cerita rekaan bila malam tiba,cerita rekaan menjadi realiti dalam mimpi.memang indah aku terlalu taksub mencipta dunia sendiri mengikut keinginan hati.sebolehnya aku mahu terus pejam sepanjang hayat sebab kalau mata terbuka,maka hilanglah mimpi.
.
aku ini bagaikan anak kecil yang sentiasa dahaga berjalan sendirian bagaikan si yatim piatu yang hidup sebatang kara.duduk di lorong-lorong gelap sunyi menadah tangan mengemis kasih pada yang sudi.kasihan bagaikan anak yang hidup melarat terbiar tanpa perhatian.
.
.
.
.
tuhan,aku ini teringin benar merasa di manjakan
terlalu rindu pada pelukkan hangat si ibu
berkeinginan merasa kasih si ayah...
.
.