Showing posts with label Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Bahagia. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Fasa Kebahagiaan





Ada satu-satu waktu yang terluang sengaja aku penuhkan dengan berfikir.Ya hanya berfikir tanpa melakukan apa-apa selain dari terperuk di dalam bilik dan tidur.Mengingatkan dari kata-kata dia tempoh hari yang buat aku terkedu seketika...

"Nampak macam awak belum bersedia lagi,kan?"


Untuk beberapa saat aku terdiam sambil menghela nafas yang amat berat.Saat itu juga ingatan aku kembali berputar ke beberapa hari lepas.Jika di fikirkan semula,ada benarnya kata-kata dia tempoh hari.Entah kadang kalanya aku seperti keliru dalam membuat keputusan tentang hidup.Apa yang aku cari? apa yang aku mahu? Sepertinya ada sesuatu yang terlalu berat untuk aku lepaskan...mungkin ada sesetengah dari kehendak yang masih belum dapat di puaskan.

Dalam hayat selama aku bernafas,banyak hal yang aku pelajari tentang hidup.Berjalan dan memerhati setiap perkara yang ada di sekeliling.Ya...TAKDIR HIDUP setiap insan itu tidak akan sama.Setiap dari mereka itu melalui proses pembelajaran tentang hidup itu mengikut tahap dan peringkat yang berlainan.Mungkin saja sesetengah dari mereka hanya melalui proses yang singkat untuk mendapat bahagia.Dan ada sesetengah darinye terpaksa melalui pelbagai kesakitan dan mengambil masa yang begitu panjang untuk merasa kebahagiaan itu.





Dan aku adalah orang yang di takdirkan
hidup untuk melalui proses yang panjang
demi mendapat bahagia.









Tuesday, January 24, 2012

Akan Bahagiakah?


" Rumah kita dah siap dah tinggal nak cat je.ingat nak dia pilihkan warna "

" Barang basic dalam rumah kita dah bawa masuk.kita ingat nak pasang aircond dalam bilik.Dia rasa ok tak? "


" Kita beli petisejuk dengan dapur 4 tungku,dia rasa macam mana? "

" Kita nak nanti dia masuk rumah kita,semua dah ada selesa..."

" Semua dah selesai tinggal dia je nak lengkapkan semua "


" Bisnes kita takat ni,alhamdulillah tak susah sangat dah.tinggal nak tambah pekerja je."


" Dia rasa okey tak nak tinggal kat sini? kalau dia tak suka,kita cari rumah lain ye.Tapi dekat-dekat dengan tempat kerja kita la ye."

" Kita lama dah tunggu untuk hidup dengan dia,dah tak lama lagi kan. "

" Akhirnya dia akan jadi juga peneman hidup kita."


" Jangan risau,kita cuba senangkan hati dia.Kalau dia nak sambung belajar lagi,pergilah tak apa... "

" Kita sayangkan dia sampai bila-bila,janji. "
















Tolong aku Tuhan...
hadirkanlah cinta dalam hati ini
buat dia seikhlasnya
jika benar dia yang kau utuskan
untuk hidup aku...

Thursday, December 22, 2011

Selamat Berbahagia



Bosan...pulang dari tempat kerja aku berbaring sebentar.fikiran melayang entah kemana,aku pejam mata cuba kosongkan minda.bangun dan duduk sebentar serba tak kena,lama aku termenung memandang lantai.komputer riba di pandang sepi tergerak hati untuk menghidupkannya.lama aku di depan skrin kosong tidak ada apa yang aku mahu cari.tetapi jejari dan tetikus terus bergerak mencari sesuatu.hingga aku temui sesuatu yang sudah terlalu lama sepi dari hidup aku sejak beberapa tahun lalu.

Laman blog seseorang yang amat aku kenal.aku tidak pernah tahu sebelum ini dan kebetulan hari ini aku temui.penulis menceritakan tentang bahagianya hati sesudah di miliki oleh cikgu Z.ya cikgu Z seseorang yang pernah rapat dengan aku satu masa dulu.pernah menyimpan hasrat untuk mengambil aku sebagai teman hidup.hampir saja aku menerima tetapi aku tolak secara aman setelah beberapa lama berfikir tentang rasionalnya keputusan itu.mengakhiri zaman bujang pada usia sementah itu bukanlah satu keputusan yang bijak buat aku yang masih punya keinginan untuk mengejar cita-cita dan impian.

sejak itu,cikgu Z sudah tidak lagi menghubungi atau menemui aku lagi.aku tahu cikgu Z kecewa,dan aku sendiri tidak pernah menyangkakan bahawa cikgu Z sudah lama menyimpan hasrat hati itu sejak bebrapa tahun aku menjadi pelajarnya.sangka aku,cikgu Z terlalu baik pada aku mungkin kerana menganggap aku sebagai anak,tetapi setelah dia menceritakan hal sebenar aku memahami.cikgu Z terlalu baik dan aku suka pada dia,tetapi untuk menjadi teman hidup,aku kira seperti tidak layak.cara aku dan dia berfikir amat jauh sekali mana mungkin akan serasi.....









Dengar-dengar khabarnya
cikgu Z bakal mengakhiri zaman solonya
bersama kekasih yang setaraf dengannya
semoga cikgu Z berbahagia hingga akhir
hayat bersama cikgu M yang tercinta...