Thursday, December 22, 2011

Selamat Berbahagia



Bosan...pulang dari tempat kerja aku berbaring sebentar.fikiran melayang entah kemana,aku pejam mata cuba kosongkan minda.bangun dan duduk sebentar serba tak kena,lama aku termenung memandang lantai.komputer riba di pandang sepi tergerak hati untuk menghidupkannya.lama aku di depan skrin kosong tidak ada apa yang aku mahu cari.tetapi jejari dan tetikus terus bergerak mencari sesuatu.hingga aku temui sesuatu yang sudah terlalu lama sepi dari hidup aku sejak beberapa tahun lalu.

Laman blog seseorang yang amat aku kenal.aku tidak pernah tahu sebelum ini dan kebetulan hari ini aku temui.penulis menceritakan tentang bahagianya hati sesudah di miliki oleh cikgu Z.ya cikgu Z seseorang yang pernah rapat dengan aku satu masa dulu.pernah menyimpan hasrat untuk mengambil aku sebagai teman hidup.hampir saja aku menerima tetapi aku tolak secara aman setelah beberapa lama berfikir tentang rasionalnya keputusan itu.mengakhiri zaman bujang pada usia sementah itu bukanlah satu keputusan yang bijak buat aku yang masih punya keinginan untuk mengejar cita-cita dan impian.

sejak itu,cikgu Z sudah tidak lagi menghubungi atau menemui aku lagi.aku tahu cikgu Z kecewa,dan aku sendiri tidak pernah menyangkakan bahawa cikgu Z sudah lama menyimpan hasrat hati itu sejak bebrapa tahun aku menjadi pelajarnya.sangka aku,cikgu Z terlalu baik pada aku mungkin kerana menganggap aku sebagai anak,tetapi setelah dia menceritakan hal sebenar aku memahami.cikgu Z terlalu baik dan aku suka pada dia,tetapi untuk menjadi teman hidup,aku kira seperti tidak layak.cara aku dan dia berfikir amat jauh sekali mana mungkin akan serasi.....









Dengar-dengar khabarnya
cikgu Z bakal mengakhiri zaman solonya
bersama kekasih yang setaraf dengannya
semoga cikgu Z berbahagia hingga akhir
hayat bersama cikgu M yang tercinta...

12 comments:

penaberkala said...

owh, mungkin sudah jodoh mereka
cikgu bertemu jodoh dengan cikgu
apapun, semoga mereka bahagia

kamu bila lagi?

imHepPie said...

tau x...penah jugak dulu berangan kapel dgn cekgu sendiri...zaman inesen dulu2 haha

missSenget said...

aku xpenah berjaya ngurat cikgu..

kehkehkeh..

jiranmafiarussia said...

jodoh kau dengan Cikgu lain pulak lepas ni ;p

insyaAllah

hani said...

jalan jodoh tu Allah datangkan dengan bermacam macam cara
:)

Teenager Housemaid said...

sudah takdirnye begitu..:)
sudah jodohnye begitu...:)

moga awak juga akan bertemu dengan seseorang yg baik..:)

Ayu Azuri said...

semoga kamu , dia dan semua bahagia. . . :)

aimie amalina said...

emmm
agak pahit mendgr disitu ye
x pe..pasti kamu juga beroleh bahagia satu hari nnti
insyaAllah :))

penjajah minda said...

selamat segala

puteri said...

dulu kite pun penah suke kat ckgu kite... huuu........

cikgu yang suke kat kite xde kot? heheheheee

kiranya awk brtuah lah.. hehe

kwn saya pun ada cerita pgalaman yang lebih kurang sama....

cikgu sek dia suka kat dia.. slalu gak la sms, tny khbr..

tapi kwn sy tolak sbb blum brsedia, msih mntah, mhu smbg bljr...

pastu ckgu tu kwen...

dah lama pastu ckgu tu contact balik kwn saya ni..... ada mslah kot ngan isteri dia. yg xtahan, dia nk jdkan kwn saya sbg isteri kdua.

humh. apo lah.

dulu suh tggu xnak.

mmgla xsalah lelaki ada lebih dr 1 isteri. tapi tgk keadaan. dan pndapat/pndgn "bakal isteri baru".

kwn saya tolak.

ada mslah baru dtg cari?

chait!

Bidadari Syurga said...

apa jd dgn entry terbaru sebenarnya? sebetulnya kalaulah cikgu z tu boleh tunggu sebentar... tak mengapa. jodoh mungkin bkn dengannya sayang. terbaik dari kamu mendoakan kebahagiaan mereka.

ps: sebetulnya kita sekapal... cikgu lagi. arghhh akak fobia dengan cikgu. heee

Faaein Talip Roy said...

doakan saja mereka bahagia.. ^^