Showing posts with label Angan-angan. Show all posts
Showing posts with label Angan-angan. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Kesal



Beberapa bulan lalu.....
sampul putih berlogo kolej aku renung seketika
di koyakkan dengan teliti dan beberapa helaian
kertas putih bersaiz A4 aku keluarkan


"sukacita di maklumkan bahawa anda telah
di tawarkan untuk menyambung pelajaran
ke peringkat bla...bla...bla..."

*senyum bangga
tak sia-sia usaha aku selama ini
borang kosong untuk mengisi maklumat diri
juga tertera kos pengajian untuk setahun
senyum bangga tadi hilang berganti kecewa


"mana aku nak cari duit sebanyak ini?
kerja beberapa tahun disini pun masih
belum cukup untuk menampung pengajian
tarikh tutup ada lagi sebulan"


beberapa bulan selepas.....
aku masih disini tetap setia berkhidmat
untuk majikan aku tetap bertabah lagi
untuk teruskan hidup aku

dan hari ini kesalan itu timbul semula
kesal kerana menolak tawaran itu
kesal kerana aku tak mampu
redha? untuk berapa lama lagi?







redha...
jauh di sudut hati,masih lagi
menyimpan kunci angan-angan lalu.