Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Mangsa Korban





Dalam beberapa bulan aku menyepikan diri dari ruang sempit ini,ada banyak perkara yang aku simpan pendam sendiri-sendiri.Konflik dan dilema datang silih berganti buatkan aku rasa sangat tertekan dan penat nak teruskan kehidupan yang seterusnya.Apa pilihan yang aku ada? menjadi derhaka semata mahu menggembirakan hati sendiri atau memilih senyuman mak demi untuk mendapat keberkatan dalam hidup?

Aku watak utama dalam cerita ini,mangsa korban paling tragis paling menyedihkan! Aku tidak tahu berapa banyak dosa yang telah malaikat Atid rekodkan buat aku setiap kali aku membantah kata-kata mak.Dan paling aku cuba elakkan ialah bila membuat perbincangan dengan tunang.Karena setiap kalinya pasti akan terjadinya perbalahan,dan akan berakhir dengan keegoan masing-masing yang di pertahankan.Biasanya,aku yang akan tamatkan panggilan dengan menekan butang merah pada telefon tangan tanpa sebarang kata-kata terakhir.



1.Korban Wang
Demi cita-cita,aku sanggup bersusah payah siang malam hinggakan waktu cuti Am pun aku sanggup kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan pada hujung bulan.Di saat rakan-rakan sebaya sudah pun tamat belajar,tapi aku masih lagi di tahap bertatih.Jangan kata segulung kertas diploma,sijil tahap terakhir pun masih belum sempat aku tamatkan.Takdir aku tidak sama seperti sesetengah orang lain,aku memilih untuk menanggung sendiri kehidupan dan pelajaran aku.Dan aku hanya akan kembali menyambung pengajian sebaik saja wang sudah mencukupi.

2.Korban Masa
Banyak masa yang aku buang untuk perkara-perkara yang tidak di sukai aku sendiri.Aku tak punya waktu untuk diri sendiri dan kadang kala aku sendiri tidak sedar dan tidak mengingati masa dan hari-hari yang telah aku lalui.Ini kerana aku merasakan yang setiap hari adalah sama,rutin dan tempat yang sama.Pemandangan aku terhad hanya di tempat kerja atau mungkin di rumah.

3.Korban Hati
Memilih untuk menghancurkan hati sendiri demi senyuman orang lain.Ini benar-benar sakit hingga sampai ke satu tahap aku mengalami kemurungan.Rasa sengsara dan menderita sampaikan aku sendiri seperti sudah putus harapan.Tak ada sesiapa yang mahu memahami apa lagi menghargai setiap perkara yang aku lakukan untuk kepentingan mereka.Aku terfikir,kalau aku mampu mahu saja aku lari dari daerah ini pergi jauh tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan hati.Apa lagi nak di kenangkan jika semuanya hanya akan terus buatkan aku sakit sendiri?




Di paksa memilih antara dua  persimpangan
tapi harus bagaimana,jika kedua duanya hanya
akan membuatkan aku mati?







Thursday, March 8, 2012

Putus : 2 Hari Lagi



Isnin - 27 Febuari 2012
Pertemuan di antara empat mata setelah sekian lama tidak bertemu,sekian lama berjauh rindu.Aku cuba mencari kekuatan untuk berterus terang padanya tentang hal yang sebenar.Tetapi,setiap kali aku lihat wajah dia senyuman dia aku jadi tidak sampai hati mahu membunuh semua rasa senang di hati dia.Apa mungkin aku jadi sekejam itu terhadap orang yang aku sayang?

Ahad - 04 Mac 2012
Dengan rasa berat hati,malam itu aku jelaskan semuanya pada dia.Menjawab semua persoalan dia yang selama ini aku pendam sendiri-sendiri.Aku tahu,dalam tempoh itu dia terlalu berharap yang semuanya boleh di batalkan.Tapi semua persiapan sudah di atur,apa pilihan yang aku ada? Aku juga kecewa dan sedih,dan aku tahu hati dia sedang sakit untuk terima kenyataan ini.Dan sebaik saja dia melafas kan kata "putus" laju saja airmata menuruni pipi tika itu.

Isnin - 05 Mac 2012
Mulai terasa kejanggalannya,aku dan dia sudah ada jurang di tengah-tengah.Dia sudah tidak seperti dulu,katanya dia kaku untuk bicara sama aku seperti dulu.Ini bahagian yang paling sukar buat dia dan aku.Katanya,dia akan hadir di majlis aku nanti.Aku tidak mengharapkan dia datang,karena aku tidak mahu dia terluka dan bersedih nanti.Tapi dia yakinkan aku yang dia akan kuat pada hari tersebut,dan mahu lihat senyuman aku pada hari itu.

Selasa - 06 Mac 2012
Cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.Kami memanipulasikan minda sendiri seolah-olah masih berpasangan lagi masih bahagia gembira lagi.Sedaya mungkin cuba untuk menutup segala kekecewaan yang berlaku sebelum ini meski pun pada hakikatnya ia tidaklah seperti yang di angankan.

Rabu - 07 Mac 2012
Entah kenapa malam itu hati jadi semakin sayu dan pilu.Aku mengenangkan segalanya tentang dia.Aku rindukan dia sangat-sangat terlalu rindu.Permintaan dia,untuk hari-hari terakhir ini hanya mahu lihat aku.Meski pun hanya sekadar di talian internet,itu sudah mencukupi untuk mengubat rindunya pada aku.Dan sepanjang sesi itu,aku hanya menunduk sembunyikan wajah yang lesu.Mata bengkak kerana terlalu banyak berairmata.

Khamis - 08 Mac 2012
Hari ini,aku akan pulang ke kampung halaman.Menunaikan permintaan keluarga yang mengharap.Sedang menulis ini,aku masih berkira-kira mahu pulang sekarang atau tidak,atau mungkin aku perlu menangguhkan hari kepulangan aku? Saat ini aku benar-benar menjadi buntu,fikiran gagal untuk mencerna segala yang berlaku.Aku masih mengingati dia,sungguh aku masih mengingati dia.Mengenangkan bicara dia malam tadi,mahu aku hidup bahagia dan cuba untuk mencintai bakal tunang.Apa bisa cinta ini hadir saat hati ini sudah hancur?







Saat akhir ini
apa semuanya bisa di ubah?
dia telah menghantar permohonan
kerja di Australia,dan katanya
hanya sekadar mahu cari pengalaman.
entah ya entah tidak,Tapi aku tahu
salah satu sebabnya.


Wednesday, November 16, 2011

Jalan Menuju Harapan - 2 -

Ringkas jawapannya bernada kecewa

Seakan sedang memendam rasa yang amat dalam


“apa yang kau tulis?


Si bidadari bertanya lagi ingin tahu

Nota-nota kecil di masukkan satu persatu

Di dalam botol kaca kecil lutsinar


“aku menulis tentang harapan hidup”


Lemah dia menutur ada pedih di hati

Yang cuba di sembunyi

Sakit perit yang tidak pernah terubat


“kau fikir,ia akan sampai ke tangan Tuhan?”


Persoalan itu menimbulkan keraguan

Si bidadari di pandangnya lagi


“aku bisa bawa kau bertemu Tuhan jika kau mahu”


Kata-kata dari si bidadari bagaikan harapan

Wajahnya yang kelam berubah caria


“apa benar,aku bisa bertemu dengan Tuhan?”


Si bidadari tidak menjawab

hanya senyuman seulas di berikan


“gapailah tangan aku mari ikut aku”


Dia menuruti berjalan perlahan maju ke depan

Bagaikan terpukau dengan keindahan


“ya,aku turuti langkah kamu”


Dia terus berjalan terus maju kedepan

Air laut masin sudah mula meneggelamkan separuh badannya

Tapi dia tidak peduli janjinya bidadari membawa

Dia bertemu dengan Tuhan untuk sebuah harapan



“marilah lekas,kau sudah semakin hampir dengan Tuhan”



Kakinya tidak berhenti terus berjalan melawan

Arus ombak yang sesekali datang dari arah bertentangan

Dia semakin jauh tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi

Dia sudah hilang dari pandangan untuk bertemu dengan Tuhan

Dengan membawa pergi sebuah harapan hidup…..




Dia akhirnya bertemu dengan Tuhan

Tetapi bukan dengan membawa harapan dan iman…

Tuesday, November 15, 2011

Jalan Menuju Harapan - 1 -



Di tepian pantai itu kelihatan seseorang sedang menanti

Saban hari setia di sini duduk dia mengadap lautan luas

Di sisinya penuh dengan nota-nota kecil bertulis

Bagaikan mengharap pada sesuatu yang tidak nyata

Satu persatu di masukkan ke dalam botol kecil

Lalu di lontarnya ke tengah lautan


“kau tulis apa dan untuk siapa?”


Dia menoleh pada satu suara yang menyapa

Memandang kejap beberapa saat dan kemudian

Kembali memandang laut di hadapan

Kedengaran ada keluhan berat yang di lepaskan

Masih membisu membiarkan persoalan tidak berjawab

Pandangan matanya kosong


“nota ini untuk siapa?”


Pertanyaan itu diulang lagi dengan ayat yang lebih ringkas

Dia mengeluh lagi kedengaran amat berat

Bagaikan menyimpan satu rasa yang tak terungkap

Bidadari cantik itu di pandangnya sepi

Senyuman pahit di hadiahkan buat bidadari yang menyapa

Bibirnya bergerak-gerak sedang ingin menyusun bicara


“siapa kau,yang muncul secara tiba-tiba?”


Soalan tadi di jawabnya kembali dengan soalan

Si bidadari hanya tersenyum manis

Seperti membentuk jawapan tanpa lisan

Dia memendang keliru seakan ada sesuatu

Yang di sembunyikan oleh si bidadari


“luarbiasa cantik,apa kau ini bidadari?”


Matanya merenung lama terpana dengan

Keindahan luar biasa di depan mata

Si bidadari masih tersenyum tanpa jawapan

Nota-nota kecil di bacanya satu persatu


“kiriman ini untuk siapa?”


Lagi sekali soalan itu di ulang Tanya

Masih tidak berputusasa untuk jawapannya

Dan dia melontarkan pandangan ke lautan luas


“aku menghantar pesanan ini buat Tuhan”






jalan menuju harapan 1


Friday, October 7, 2011

Dua Harapan

..... H .....
"nanti hujung tahun kita datang rumah dia jumpa mak ayah dia ye"




..... N .....
"agaknya bila kita boleh kahwin dengan dia?"












..... DAN HATI PUN BAGAI DIHIRIS .....











dilema bila ada
dua harapan
dua permintaan tapi,
yang mana satu bisa
kau tunaikan?



Sunday, March 6, 2011

Tersiksa Hati



Sambung belajar?
seperti yang dijangka ayah sudah tentu akan bertanyakan hal ini.aku sangka ayah tak akan tahu akan perihal surat tawaran tu.sudah tentu mak sendiri yang beritahu pada ayah tentang tawaran sambung belajar.

Runsing...
ya,aku agak tertekan dengan masalah ini masalah kejiwaan bagi aku.sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi demi cita-cita memang impian aku.tapi masa surat tawaran tu sampai minggu lepas aku merasa agak kecewa.riak yang mulanya gembira bertukar suram bila jumlah yang dinyatakan untuk 1semester bagaikan membunuh seluruh nadi aku.mana aku nak cari duit sebanyak itu? sedangkan aku kerja 1tahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah yang sebesar itu.mungkin bagi mereka yang berkemampuan,itu bukan masalah besar.tapi bagi aku itu bagaikan satu musibah.

Sedih...
aku sedih mengenangkan semua ini.keinginan untuk belajar masih ada tapi semua punah.lebih-lebih lagi bila mengenangkan ayah yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya bulan julai ini,menyambung lagi unutk tempoh satu tahun lagi.aku tahu semua kerana mahu menampung perbelanjaan sekeluarga.tambahan pula,taqwa masih lagi ada beberapa sem di universiti.mulia pula sedang menanti keputusan SPM diumumkan jika keputusannya baik,mungkin akan menyambung pelajaran.tinggal cerdik yang masih lagi meneruskan sesi sekolah menengah untuk beberapa tahun lagi.semua itu KOS!

Harapan...
aku tahu dari nada dan riak ayah seperti mahukan aku menyambung pelajaran lagi.seboleh-bolehnya ditahap yang lebih tinggi lagi.kata ayah,tidak mengapa duit boleh dicari.tapi aku sedih bila mengenangkan ayah yang bekerja siang dalam malam 7hari seminggu dan terpaksa memandu selama 2jam untuk ke tempat kerja dan hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali.ayah semakin tua rambut putih mula memenuhi ruang kepala kadang-kadang aku dengar ayah batuk-batuk semasa tidur malam.tahu tak bagaimana perasaan itu?

Dilema...
Hari ini aku bekerja,aku agak ayah agak terkejut bila lihat aku bangun awal pagi hari ini.selalunya hari ahad adalah hari cuti bekerja aku.tapi majikan sudah menukar jadual kerja jadi aku akan bekerja 8hari dan cuti 2hari mengikut rotate staff dalam jadual kerja.bila ayah bertanya,aku jawab "over time" dan ayah diam selepas itu.mungkin ayah agak aku sengaja mengambil over time hari ini semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung kos yuran belajar.aku jadi serba salah takut nanti ayah akan rasa susah hati fikir pasal duit lagi.




perlu ke aku korbankan cita-cita aku?
tapi ayah mengharapkan sangat aku sambung belajar
tapi aku tak sampai hati tengok ayah kerja teruk lagi
sepatutnya dalam umur begini ayah rehat saja dirumah
biar aku ambil alih tanggungjawab sara keluarga
Tuhan...semua ini sangat berat aku sakit.

Thursday, January 6, 2011

Airmata Tahun Baru

Semua orang sambut tahun baru dengan senyuman.gelak tawa dan bergembira,masing-masing pasang azam baru.tapi aku menangis pada malam tahun baru mengenangkan apa yang telah aku tinggalkan dan apa yang aku dapatkan untuk tahun ini.lupakan yang lama mulakan yang baru.kalaulah begitu mudah untuk seseorang seperti aku? ada tawaran baik tahun ini tapi amat mengecewakan bila ada di kalangan keluarga yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan sendiri...sedih sangat.

.

mak,taqwa,dan H...

aku harap apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah berupa satu berita gembira.dan aku mengharapkan sokongan penuh dari mereka tapi hampa.seakan macam ada bantahan dan tentangan kenapa? sedangkan itulah yang aku impikan selama nafas aku ini itulah satu jalan untuk aku terus mengejar cita-cita yang selama ini terhenti tanpa noktah.aku kecewa lagi...ayah masih belum tahu tentang pengkhabaran ini.cukup aku beritahu pada mak dan mak sudah tentu akan maklumkan pada ayah.

.

ya,memang aku akui ini juga adalah jalan untuk aku keluar dan lepaskan diri berlari sejauh mungkin tinggalkan tempat ini.aku mahu pergi sejauh yang mungkin dan tidak akan menoleh lagi apa lagi mahu mengutip segala butiran cerita lama yang sudah aku tinggalkan di belakang.aku mahu pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh walau sekilas.aku mahu menjauh dari semua mereka-mereka yang mengenali aku.sembunyi? tidak aku bukan sembunyi cuma aku hanya ingin tinggalkan tempat ini dengan harapan aku boleh mulakan hidup baru.

.

atau mungkin aku perlu terus berlakon dengan watak baru seseorang yang sudah hilang ingatannya.maka sesiapa saja yang menegur boleh saja aku berpura-pura tidak mengenalinya atau mungkin aku boleh menjadi seorang pendeta yang memutar belitkan syair yang aku perdengarkan kepada semua.apa yang aku perlu buat untuk diri sendiri pada tahun ini jika semua keingin sudah ada tentangan?

.

teruskan hidup dengan kecewa...

.

.

.

.

.

Friday, December 10, 2010

Perkara Bodoh

Memang betullah kata Pisau Belati,melakukan kesilapan yang sama berulang merupakan perkara yang bodoh.tahniah buat diri sendiri kerana berjaya memperbodohkan diri sendiri.lepas tu baru nak tersedar,eh kenapa aku ulang lagi benda bodoh ni? lepas tu abaikan malas nak ingat balik mulanya berniat macam nak insaf.tapi terlupa dan terus bodohkan diri untuk ulang lagi pekara bodoh macam tu.bangun pagi teruskan rutin seperti biasa seperti tidak bersalah,padahal nanti bila satu masa kau sepi sendiri,barulah nak terkenangkan dosa-dosa silam yang pernah kau buat dulu.aniaya diri sendiri barangkali...
.
oh,berita baik semalam aku sudah tidak berairmata lagi walaupun rasa down masih lagi membalut diri degil tak nak lepaskan aku.nak juga memeluk erat sampai aku sendiri lemas dan sesak nafas.memang sengaja nak buat diri aku merana berkurun-kurun...............*ayat tergantung tak tahu nak sambung apa.
.
aku terkejut tadi langsung pucat satu badan masa tengah tulis blog ni tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat stor.habis semua memori hilang tak berjejak aku beranikan diri cuba intai di sebalik pintu,rupanya ada seekor kucing panjat atas almari dan menjatuhkan sebuah kotak kosong.dan sebab itu juga ayat di perenggan kedua diatas tergantung begitu saja.tak apa ini hanya sekadar monolog dalaman orang tak tahu.kalau tahu syhh...kita diam-diam saja rahsia sampai bila-bila nanti riuh rendah kat sini kecoh satu kampung aku tak suka itu.kecoh kat sana tak apa tapi kat sini jangan sesekali nanti aku kerat lidah sorang-sorang.
.
esok raya aidil adha...eh betul ke? entah aku sendiri terlupa mungkin sebab aku hanya cuti untuk satu hari.raya sehari dan esoknya kerja seperti biasa tak rasa macam hari raya pun.tapi bagus juga tak perlu aku terlalu lama bercuti di kampung.ada juga alasan untuk aku melarikan diri dari sanak saudara yang ramai tu.eh,tiba-tiba rasa sebak...teringat pada gambar perkahwinan W hari tu.yelah rumah aku dan W tak jauh nak masuk ke taman perumahan aku,perlu melalui kawasan rumah W.aku berharap sangat aku tidak terserempak dengan W nanti.kasih masih bersisa? keliru...selepas berpisah dengan I selama beberapa tahun,aku cuba menyemai cinta bersama W.tapi bertahan untuk 1tahun saja kerana bayang I selalu datang mengganggu macam hantu.

.

.

.

.

.

2010 aku banyak buat perkara bodoh
jadi aku berharap sangat dapat mati
dengan tenang jika sudah sampai ajal nanti
eh,kenapa aku rasa macam tak ada kaitan?

Friday, November 12, 2010

Harapan Kecewa

Sunyi hari ni...aman? taklah hati sedang gundah gulana berperang hebat dengan rasa terkilan yang amat dalam.yelah berapa lama bersabar dan berharap,tiba-tiba sesuatu yang di kejar tidak dapat menjadi hak milik sedih kan.
.
begini,saya menyimpan hasrat yang besar berserta harapan yang menggunung tinggi terhadap sebuah buku yang telah lama saya idam-idamkan.kira buku ni limit dan susah nak cari di mana-mana kedai buku sekalipun kat tempat saya terdapat beberapa buah kedai buku,tapi buku yang satu ni memang payah nak jumpa.nak jadikan cerita satu hari saya berjalan di sebuah shoping complex dan terserempak dengan sebuah kedai buku ni dan terus masuk tanpa ragu-ragu.saya jenis gila buku pantang nampak kedai buku,mesti nak masuk tengok.tak dapat beli,dapat belek-belek pun jadilah.
.
dan terjumpa sebuah buku idaman...tengok harga kat kulit belakang sangat sadis harga mahal.sedangkan dalam wallet just tinggal beberapa keping not rm1 jerk.so,letak balik buku tu dan simpan azam untuk dapatkan buku tu apabila sudah punya wang nanti.tapi hari ini...saya dapat tahu yang buku itu telah habis di jual dan kedai tersebut tak punya stok lain.perasaan saya masa tu jadi kecewa yang teramat.serius saya betul-betul sedih dan menangis hanya kerana sebuah buku idaman.saya betul-betul ingin memiliki buku itu tapi nak cari di mana lagi? malam ini,saya rasa sangat down...
.
.
.
.
.
.
.
DOWN