Showing posts with label Gagal. Show all posts
Showing posts with label Gagal. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

Gagal






Dalam banyak-banyak kegagalan yang pernah aku alami,ini jenis kegagalan yang paling aku kesalkan.Kesal teramat sampaikan aku menyalahkan diri sendiri...Dah tak sanggup lagi nak terus bertahan.Biar sesusah mana pun,lebih baik daripada duduk senang lenang tapi membakar hati hampir setiap hari.Rasa serba salah lebih mengatasi...kalau tak kerana hormat,mungkin sudah lama aku lantang bersuara.

Bukan tidak pernah mencuba...sudah berkali-kali dari cara yang paling halus paling lembut berkias.Tapi pemahaman dan penerimaan tu aku tidak pasti samada ia pernah menjentik hati atau saja buat tak reti.Dan aku belajar sesuatu...mendidik "orang tua" lebih payah daripada mahu mendidik budak.





Berharap sangat masa cepat berlalu
Berharap sangat semua bebanan pergi 
dengan kadar segera.....
penat!







Thursday, December 8, 2011

Cubaan Gagal

Tak sampai sebulan aku meninggalkan laman ini dan aku kembali lagi.nyata cubaan untuk berhenti blogging gagal.sengaja aku sibukkan diri dengan banyak perkara,semata-mata untuk melupakan perkara yang lain.Disember muncul untuk mengakhiri perjalanan masa 2011.ini bermakna saatnya sudah semakin hampir,dan aku sendiri rasa terlalu berat hati untuk mengakhiri semuanya.ya,ada tunas-tunas yang baru mula nak bercambah,tapi terpaksa di cabut keluar tanpa rela.

*sakit

Ada rasa asing yang membahagiakan tapi akan jadi pahit.segalanya tidak menjadi hak milik kekal.saatnya rasa itu mula nak memekar,ia jadi layu bila cahaya mentari di tarik balik kehangatannya.perasaan yang diharapkan akan berkekalan terpaksa di lupus musnahkan lantaran beberapa halangan yang tidak dapat di elakkan.kini saatnya semakin hampir,dan aku di sini hanya mampu membilang hari-hari yang berlalu dengan berlagu sendu.












sudah terlalu penat
berlari untuk hidup ini.....