Showing posts with label Tunang. Show all posts
Showing posts with label Tunang. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Sedikit Masa






Adakah menjadi kesalahan jika hati ini menyimpan rasa kasih buat seseorang yang aku tahu bukan Hak? Ya,mungkin...Tapi hanya dialah yang selama ini lebih banyak masa bersama aku sewaktu sedih dan gembira.Sama-sama menyimpan harapan dan impian.banyak kesukaran yang di lalui bersama.Tapi jodoh itu ketentuan.Sebanyak mana kau mengasihi kekasih,belum tentu dia akan di takdirkan untuk hidup bersama.Semua ini memang payah nak di lalui...kenangan terlalu banyak bagaimana nak di lupakan?

Semasa sakit aku,dia sanggup memandu dari jauh semata-mata mahu temankan aku yang sendirian terlantar di wad tanpa ditemani keluarga.Dan pernah juga aku jatuh sakit semasa tinggal sendiri di rumah bujang,dan dia juga la yang sanggup memandu dari jauh sebaik habis waktu bekerja semata-mata mahu menghantar aku pulang ke rumah keluarga.Banyak pengorbanan dia yang aku kenangkan...dia sangat baik dengan aku dan sangat sayangkan aku.Tapi apa pengorbanan yang aku buat untuk dia?

Aku hanya menyakiti hati dia dengan menerima pinangan dari seseorang yang membawa rombongan jauh dari negeri selatan.Aku menyakiti hati dia dengan membiarkan masa berlalu dengan aku yang berstatus "tunangan orang".Dan kini aku bakal menambahkan lagi sakit hatinya dengan menerima setiap rancangan majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Aku sendiri terluka apalagi dia.Sudah tidak ada jalan untuk berpaling ke belakang lagi selain dari merelakan semuanya terjadi....








Friday, March 23, 2012

Terikat

Sudah hampir 2 minggu aku kini rasmi menjadi tunangan orang.Tak dapat aku lupakan saatnya majlis itu berlangsung,saatnya bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis.Dan saatnya bekas kekasih menahan sebak hati terluka melihat kekasihnya kini menjadi tunangan orang.Segalanya berjalan lancar seperti yang telah di rancang keluarga.Dan kejutan buat aku adalah sebuah majlis pertunangan yang di buat secara besar besaran bagi aku.Sungguh besarnya penerimaan pihak keluarga aku mahu menyambut orang jauh.

3 Hari sebelum.....
Aku sibuk mengikut mak ke sana ke sini mencari segala kelengkapan untuk hantaran balasan buat pihak lelaki.Segala hiasan dan gubahan hantaran adalah dari hasil kerja tangan aku sendiri.Sungguh hati ini tak keruan,tetapi demi mahu menjaga hati-hati orang yang berharap,aku redha dan cuba membuatnye seikhlas mungkin biar pun tika itu aku sendiri berasa amat tertekan.

2 Hari sebelum.....
Seluruh keluarga di sebelah ayah sudah mula sibuk berkampung di rumah aku sejak pagi.Rumah di kemaskan,dan acara memasak sudah pun di mulakan.Aku tidak di galakkan melakukan kerja yang berat-berat.Bahagian tugas aku,lebih banyak berada di dalam bilik menghias bilik juga menyiapkan hantaran.Aku letih dan rasa agak tertekan hinggakan tekanan darah aku turun dan membuatkan aku menjadi lemah dan pening.

1 Hari sebelum.....
Semua persiapan telah pun siap sempurna.Tinggal menghitung saat keesokkan harinya tiba.Petang itu,aku bercadang mahu bertemu dia.Ya aku kira ini adalah yang terakhir kalinya andai selepas diikat nanti tiada pertemuan lagi,kiranya ini menjadi kenangan terakhir buat aku dan dia.Biarpun mak melarang aku keluar,aku tetap berkeras juga.

Dia cuba berlagak tenang di hadapan aku cuba hiburkan hati aku cuba untuk buat aku senyum dan ketawa dengan jenaka.Tapi aku tak mampu menipu rasa hati sedih,kecewa semuanya bercampur menjadi satu.Sesekali mata bergenangan tak mampu di tahan,aku biarkan.Dia berpesan supaya aku merias diri dengan indah.Tutup segala sembab mata dan kelesuan wajah,pamerkan senyuman dan sorokkan kesedihan.Itu hari bahagia dan aku harus gembira,dia janji akan hadir utnuk pastikan aku tidak bersedih.

Telah Tiba.....
Aku mempersiapkan diri seorang diri tanpa bantuan sesiapa.Aku juga tidak perlukan khidmat juru solek untuk merias wajah.Bermula dari merias wajah,hingga ke hiasan tudung dan kepala aku lakukannya sendiri.Lagi pula aku tidak suka wajah aku di solek dengan solekkan tebal,hanya sekadar majlis pertunangan,merias wajah seringkas mungkin .Dan sedikit kemahiran merias wajah itu sudah memadai.

Dia hadir bersama 2 teman baiknya dan aku faham mereka sekadar peneman juga pemberi kekuatan buat dia untuk menjadi kuat saat melihat aku di tunangkan dengan orang lain.Aku bisa menjadi tenang saat melihat dia hadir dan memberi kekuatan buat aku untuk redha.Rombongan tiba di sambut dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.Itu hujan rahmat,bahang panas di rumah beransur menjadi sejuk.Dan urusan peminangan berjalan dengan lancarnya saat cincin di sarungkan ke jari manis aku tika itu.






Tempoh satu tahun terikat
ini hanya pertunangan
dalam satu tahun banyak yang akan berubah
samada aku atau dia dan juga dia....





Wednesday, February 22, 2012

Tak Peduli : 17 Hari Lagi

Setiap hari yang berlalu
Aku anggapkan kosong
Alunan merdu yang berlagu
Aku biarkan pencong
Semuanya kosong.

Hari semakin suntuk
Tak kurang dari dua minggu lagi
Keyakinan hati tak ada lagi
Semua persiapan aku pandang sepi.

- Kenduri -
Keluarga dan saudara mara terdekat telah di maklumkan.Masing-masing mahu turun padang untuk melancarkan perjalanan majlis akan datang nanti.Aku yang tiada hati hanya turutkan macam manusia bodoh! Aku tak peduli sekeliling cukup sekadar majlis paling ringkas bersarung cincin.Tak perlu kenduri besar-besar.Tapi apa yang aku lihat tidak seperti yang aku inginkan.Pakcik L dan auntie siap mahu menyewa khemah karena hajat mak dan ayah mahu buat kenduri tahlil pada masa yang sama.

- Rombongan -
Sudah aku bilang berkali-kali pada bakal tunang,cukup sekadar datang keluarga terdekat,Aku hanya mahukan majlis yang serba ringkas.Hanya bersarung cincin itu sudah mencukupi tidak perlu hantaran yang banyak mengikut adat yang bukan-bukan.Tapi katanya yang akan datang mungkin dalam 7,8 buah kereta bersama 10 dulang hantar.Ini gila memang gila hanya untuk sebuah majlis pertunangan.Aku bukannya puteri gunung ledang!

- Persalinan -
Kurung moden merah cili yang di belikan tempohari,tudung aku pakai saja yang sedia ada serta selendang yang akan dijahit sendiri serba ringkas.Komen dari kakak sepupu,supaya aku membeli hiasan kepala yang punya batu berkilauan.Tapi aku bilang mahu yang ringkas-ringkas saja.Cekak manik yang aku bikin sendiri itu sudah memadai,tak perlu kerongsang batu yang memberatkan kepala.

- Hantaran Balasan -
Masih belum siap apa-apa dari pihak aku.Mak sudah berkali-kali mengingatkan tapi aku abaikan seperti tidak ada sebarang majlis akan berlaku.Untuk menyedapkan hati mak,aku sekadar jawab,akan diuruskan selepas aku bergaji bulan nanti.Entah kenapa aku langsung tak fikir mahu membeli apa-apa untuk hantaran balasan nanti.Lagi pula,aku tak pernah minta hantaran daripada pihak bakal tunang.

- Gambar Kenangan -
Aku tak fikir mahu bergambar kenangan,tetapi bakal tunang serahkan tugas ini pada aku mencari jurugambar untuk majlis pertunangan nanti.Persoalannya siapa yang akan mengambil gambar majlis pertunangan itu nanti?







Aku masih berkira-kira
adakah ini benar-benar satu
keputusan muktamad?



Monday, December 12, 2011

Teruja : 14 Hari Lagi



"Hantaran dia nak berapa?"

"Dulang dengan lapik dah ada? ke nak beli yang lain?"

"Baju nikah macam mana?"

"Nak beli cincin baru tak,untuk merisik dan bertunang?"

"Tak sabarnya kita nak jumpa dia nanti,ada banyak hal yang kita nak cakap dengan dia"










kelmarin,dia tanya pasal hantaran
semalam,dia tanya pasal baju nikah

hari ini,dia tanya pasal tambahan cincin

esok,dia tanya pasal majlis.

dia nampak gembira
dia nampak bahagia teruja

ada lagi beberapa bulan sebelum majlis pertunangan

tapi dia sudah mahu bicara soal nikah
sedangkan aku seolah tidak merasa apa-apa...


Friday, November 11, 2011

Sepatutnya


11.11.11
satu angka yang cantik
ini hari di mana tarikh yang
tidak pernah lupus sejak
beberapa tahun ini

ya,aku kenang dia aku kenang dia
seseorang yang berada jauh di sana
telah genab kini menjadi seorang dewasa
dan 11.11.11 sepatutnya terlakar
satu kisah permulaan ikatan dan perjanjian



11.11.11
hari jumaat hari yang baik
aku mengharapkan hari ini hujan
paling tidak gerimis
biar lemas membungkus diri yang kedinginan


"kita bertunang pada 11.11.11 sama dengan tarikh kelahiran"


diam,diam,diam
tiada kata sepi tanpa bicara
sepatutnya hari ini aku sudah menjadi
tunangan orang dan terhias jari
dengan cincin pertunangan


"boleh kita tangguh hingga ke awal tahun hadapan?"











Ini entah kali yang keberapa
aku meminta penangguhan
dan dia hanya mengalah dan turutkan...