pagi itu telefon tangan berbunyi nombor tidak di kenali.
jawab dan kedengaran suara seorang perempuan di hujung sana.
sedikit tersentak bila dia menyebut nama aku dengan panggilan dalam keluarga.
Mak H menghubungi aku sekadar untuk bertanya khabar.
Aku terharu bila mak H menyatakan kebimbangannya bila dapat tau aku sakit.
Dan H turut di marahi oleh Abah sebab tidak datang menjenguk aku di sini.
seperti biasa alasan H adalah kerana tidak mahu meninggalkan kerjanya.
sayangnya keluarga H terhadap aku mak takut aku berkecil hati dengan H.
maka mak hubungi aku untuk pastikan keadaan aku.
Aku jadi serba salah bila dilayan baik begitu oleh keluarga H.
bagaimana mungkin aku terfikir mahu membatalkan hari pertunangan
sedangkan keluarga H begitu berharap aku menjadi menantu mereka.
dan H pula aku lihat seperti tidak peduli sama aku sedangkan
dulunya dia begitu berharap aku menjadi teman hidupnya...
dilema...
mahu saja aku mengabaikan
keduanya tanpa perlu memilih
diantara keduanya...
mahu saja aku mengabaikan
keduanya tanpa perlu memilih
diantara keduanya...