Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Perbalahan Sejagat

Bising-bising bingit
disana sini berbalah
berebutkan yang tak seberapa
dia dapat kau tidak
dan kau marah

marah-marah api bara
masih bertelagah mahukan hak
kau manusia penyangak
tak sedar diri tamak!


Dengar-dengar dapat wang rm500 bantuan rakyat...aku lihat rakyat berpusu memenuhi ruang legar bank menunggu giliran.Banyak yang aku fikir dari pemerhatian terhadap manusia-manusia ini.Ada rasa sedikit terganggu mengapa perlunya wang itu di beri? maksud aku apa perlunya mereka yang punya kewangan yang kukuh dan berkemampuan mendapatkannya? sedangkan di luar sana lebih banyak gologan fakir,orang kurang upaya,anak yatim,warga tua yang di pinggirkan lebih memerlukan,berbanding mereka yang aku lihat rata-ratanya masih punya kudrat.Malah ada diantaranya memiliki sebuah rumah dua tingkat dan memiliki dua buah kereta buatan luar negara.

Satu pelaburan dan pembaziran yang amat besar.Seharusnya di selidik dahulu pendapatan dan datang sendiri lihat bagaimana taraf hidupnya.Bukan sewenang-wenangnya memberi dengan mudah begitu,atas alasan kerana mereka datang memohon dan telah mengisi borang dan itu di kira telah menepati syarat.Sungguh aku kesal kerana terlalu banyak gologan yang hidup melarat tapi di pinggirkan.Dan ada kalanya aku sendiri sedih hingga aku tak mampu untuk berpaling melihat bertapa sengsaranya hidup mereka di atas neraka dunia ini.






Ayah berpesan.....
jika punya kudrat punya kemampuan

cukup sifat anggota badan dan sihat akal fikiran
berusaha dan tawakkal mencari rezeki halal

jangan jadi parasit yang
hanya tahu
menumpang di kesenangan orang lain
meminta-minta seakan tiada upaya,

kelak nanti Tuhan tarik semula
pinjaman
dan nikmat kesempurnaan anggota badan,
kala itu mahu menyesal sudah tiada gunanya.....


Sunday, October 16, 2011

Hidup

Ramai orang bising-bising bajet 2012
apa kata perdana mentari?
dan aku fokus tentang pelanjutan usia pekerja
hingga 60tahun? 60 tahun?
dahi berkerut gila apa ini!

aku tidak mengerti
dasar kajian apa yang mereka lakukan
meningkatan taraf ekonomi barangkali
atau benarnya hanya untuk kegunaan sendiri
60tahun aku fikir itu usia lemah

persetankan tentang fikir aku
cuma lihat saja untuk jangka waktu panjangnya
orang-orang muda seperti kita kebanyakkan menganggur
karena tidak ada jawatan kosong untuk khidmat MUDA
bagaimana kualiti kerja si atuk dan si opah?

jenayah,maksiat,keruntuhan akhlak,kemunduran ekonomi
ini mainan hidup memanipulasikan dunia untuk kepentingan?
ini musibah celaka apa rasionalnya khidmat si atuk dan si opah?
terketar berjalan dengan tongkat bermasalah kesihatan
pengidap kelupaan?

kudrat orang muda semakin terhakis di mamah usia
menanti senja baru dapat mula bekerja
mahu mengumpul dana dan harta di usia 30-an?
taraf ekonomi tika itu bagaimana?
muda kita sudah habis bazir waktu menanti dan mencari

diandaikan memulakan hidup itu di usia 30-an
simpanan masa depan bagaimana?
penganggur muda semakin ramai
belajar pandai tinggi ke puncak
tapi sayang.....








fikir aku jika si atuk dan si opah
dilanjutkan perkhidmatan

kita yang muda menganggur mencari
kekosongan
jawatan di penuhkan
si atuk dan si opah

menunggu usia mereka 60tahun

sementara kita juga semakin menua
dan simpanan masa depan baru nak bermula

sedangkan keluarga harus di sara...


Wednesday, May 4, 2011

POLITIKUS

scandal sana
video senggama sini
tipu sana
sumpah palsu sini
rasuah sana
riba sini
janji sana
hipokrit sini
sana duit haram
sini pegangan sesat
sana kata janji
sini beri mimpi
seterusnya yang bodoh itu
rakyat
yang ditindas itu
rakyat
yang menjadi balaci itu
rakyat
yang menjadi anjing itu
rakyat
yang tergadai itu
rakyat
si kaki angkuh ketawa
menghambakan rakyat
si kaki angkuh bangga
memijak rakyat
si kaki angkuh kaya raya
makan duit rakyat
si kaki angkuh berkuasa
monopoli rakyat



manusia jadi buta hati dan bodoh
bila gilakan kuasa
manusia sanggup jadi pembunuh
kerana mahu kuasa
manusia sanggup jadi hina
kerana pengaruh kuasa.












- AKU -
dendam kesumat itu tidak pernah padam
tidak pernah!



Sunday, April 24, 2011

Aku Bukan Anjing

berkali-kali diingatkan
tapi kau masih beri aku alasan
aku beri kau masa dan peluang
tapi kau jadikan aku penunggu tanpa
jawapan.
kau fikir diri kau tuan?
aku bukan pengemis hina
yang kau pandang jijik
aku juga bukan anjing belaan
yang boleh kau arah.
kau fikir darjat kau tinggi?
aku sabar dan tunggu
aku marah tapi aku diam
aku lihat dan perhatikan
tidak bermakna aku rela
diri kau pijak-pijakkan.
kau fikir diri kau hebat?
sabar aku tanda tidak bermusuh
diam aku tanda sedang merencana
jangan kau buat main dengan aku
selembut-lembut hati
tetap ada kerasnya.




aku takkan cantas kepala kau
itu terlalu mudah
dan kau takkan merasa sakit

tapi aku akan suntik racun
dalam darah kau

supaya kau siksa perlahan-lahan

dan mati dengan penuh kesakitan!

Monday, April 11, 2011

Rintihan Sang Pengemis



Ke sana ke mari
tanpa penat tanpa jemu
kau merayu sujud dikaki-kaki angkuh
memandang dengan penuh harap
minta di belaskan.

Tapi malang yang kau dapat
sepak terajang di lemparkan
rintihan kau didengar jelik
sayu mata kau dibalas jegil
yang penuh dengan kebencian.



Sayangnya si anak kucing masih dalam gantungan ibu dibuang tanpa perasaan.masih kecil tidak tahu akan kekejaman dunia.rayunya hanya minta di belaskan diberi seteguk susu dibelai melepas rindu pada si ibu.mengiau sayu dan terus merayu memanggil si ibu.entah manusia durjana mana berhati sial.sedangkan anak sendiri dibunuh buang tanpa kasihan inikan pula si anak kucing tanpa dosa.wahai manusia durjana,sedangkan kita disuruh untuk kasihkan binatang,tetapi kenapa pula harus kau yang berhati binatang?





Tak guna betul!
entah kerja siapa mencampak
anak kucing kecil di depan rumah
masih menyusu pada ibu tapi
sudah dipisahkan.
tak mengapa sayang
aku tetap cuba untuk bela kau.


Wednesday, April 6, 2011

Parasit

Kau memang tak boleh nak dibuat baik
sudah la kau menumpang
dan kau hisap pula zatnya
lalu lepas dia mulai lemah
kau pijak dia sampai lumat
dasar manusia keji!
Kau jenis bermulut manis senyum pun manis
apa yang terpamer pada diri kau semuanya manis
tidak ada yang pahit walau setitik
tapi dalam diam kau membunuh
terlalu manis sehingga menjadi racun dalam darah
lalu bila di sahkan diabetis kau potong kaki cacat sebelah
kau jenis manusia yang pelupa
lupa tentang jasa orang pada kau
lupa tentang kesusahan orang untuk kau
kau susah sanggup datang melutut rayu
tapi bila kau sudah disuap tatang
dia pula kau tendang tanpa belas.




kau tahu tak yang kau ni parasit!