Wednesday, May 4, 2011

POLITIKUS

scandal sana
video senggama sini
tipu sana
sumpah palsu sini
rasuah sana
riba sini
janji sana
hipokrit sini
sana duit haram
sini pegangan sesat
sana kata janji
sini beri mimpi
seterusnya yang bodoh itu
rakyat
yang ditindas itu
rakyat
yang menjadi balaci itu
rakyat
yang menjadi anjing itu
rakyat
yang tergadai itu
rakyat
si kaki angkuh ketawa
menghambakan rakyat
si kaki angkuh bangga
memijak rakyat
si kaki angkuh kaya raya
makan duit rakyat
si kaki angkuh berkuasa
monopoli rakyat



manusia jadi buta hati dan bodoh
bila gilakan kuasa
manusia sanggup jadi pembunuh
kerana mahu kuasa
manusia sanggup jadi hina
kerana pengaruh kuasa.












- AKU -
dendam kesumat itu tidak pernah padam
tidak pernah!



4 comments:

skandaLdariLangit said...

yang kaya semakin kaya.
yang miskin semakin derita.

politikus.

ghost writer said...

politik semakin menenggelamkan rasa manusia untuk manusia,manusia untuk Tuhan..

politik mewujudkan sempadan dan dinding antara rasa-rasa yang terbiar.

politik untuk jiwa kanibal.

Faaein Talip Roy said...

politik yang semakin menjelikkan..

Amalina said...

aku tak suka politik.kalau boleh aku taknak tahu lansung tapi orang sekeliling aku asyik menceritakannya.hahah!