Sunday, May 1, 2011

Gersang

Tatap terus ke dalam mata aku
dan apa yang kau lihat?
kesakitan dan kekecewaan.
Lalu aku kau tarik dalam dakapan
erat dan aku mula kelemasan.
kau bisikkan janji lagi padaku.
jejari kau mula menjelajah sekitar
mata dan bibirku.
lalu kau cuba untuk cumbu.
Aku mulai lemah longlai dalam pelukkan
dan jejari mu mula menjelajah hingga ke tengah dada.
ada desah-desah basah disitu.
kau mula bertindak rakus
dengan kejam jejarimu mula menembusi hingga kehati.
ada erangan penuh sakit.
kau genggam hati itu sekuatnya lalu
kau rentap keluar secara paksa.
cairan merah mula membasahi.
Aku yang semakin lemah longlai kau biarkan
jatuh tertiarap sebaik pelukkan dilepaskan.
nafas semakin pendek bagai binatang disembelih.
Lalu pada hari itu aku mati betul-betul ditanganmu
aku kau pandang tanpa belas tangisan tidak dihirau.
akhirnya mata terpejam sayu dan kaku.





kau kejam kau jahat
kau bunuh aku kau sakiti aku
aku yang gersang
dahagakan kasih sayang
dimana janji kau dulu,penipu!

2 comments:

ghost writer said...

sungguh,kesakitan semakin kuat bila mana kematian didahulukan dengan kekecewaan kerna terhasil dari penipuan..

Amalina said...

kalau background kau warna hitam je, lebih sedap mata aku nak membaca.imej api membakar tu membakar pandangan aku juga.hahah!