Friday, April 29, 2011

Hati Pecah


kau dah tak macam dulu lagi
badan kau susut muka kau cengkung
kau nampak penat nampat letih
kau sebenarnya sakit
tapi kau pendam diam-diam.

renungan mata kau sayu
ada genang dihujung
kau nampak sedih sekali
hati kau sedang parah
tapi kau cuba senyum buat biasa
sudah berapa lama
kau jeruk hati kau dalam cuka
dengan perlahan dia memamah kau
sampai kau lebur dan larut
kau memang sakit





Tuhan.....
tolong bagi aku jalan
jangan biar aku sesat
aku buntu
Tuhan.....
aku sakit pedih sangat
tolong beri aku ubat
aku penat
Tuhan.....
aku dilema aku buntu
tolong beri aku jawapan
aku tak tahu.

3 comments:

.sweet-ants. said...

dlm byk2 ubt hanya doa kpd Allah dan ayt suci al-Quran sbg penawar. gudluck.

eita said...

Allah adalah sebaik2 teman untuk kita mengadu...
tapi kadang2 kita sendiri tak tahu apa yang kita cari dalam hidup ni..

ghost writer said...

sesungguhnya ruang untuk bermunajat di hadapan Tuhan masih terlalu luas.berehatlah di sana dan meluahkan hajat...