Showing posts with label Cita-cita. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Haluan





Setelah sekian lama berperang dengan perasaan sendiri,dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar haluan.Mungkin jalan ini aku akan punya banyak peluang untuk lebih ke hadapan.Dan ya,ia lebih dekat dengan apa yang aku cita-citakan sekian lama.Tahun lalu terlalu banyak perlaburan yang aku buat hingga ketahap aku terpaksa mengikat perut lantaran mengalami kerugian yang sangat banyak.Aku jadi terlalu kecewa tika itu,tapi tetap juga bertabah untuk terus bertahan walaupun aku sendiri nampak ia tak mungkin akan jadi milik aku.

Selagi ada peluang,aku rebutkan tidak mahu ketinggalan.Memang aku mata duitan meterialistik dan gila kerja.Apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah wang.Dan aku sanggup kerja tanpa cuti kerana mahukan pulangan yang lebih.Jika ada yang bilang wang tidak mampu beli segalanya,tapi buat aku,ia satu "kepentingan" dunia hari ini adalah meterialistik.Tanpa wang,kau tidak boleh berbuat apa-apa hatta mahu majukan diri sekalipun,kau tetap perlukan wang sebagai titik permulaan....






Dengan ini,
aku  berharap segalanya akan jadi
lebih mudah dari yang pernah aku
lalui setu tika dulu....

Tuhan,
aku perlukanMu...

Wednesday, January 2, 2013

Januari - Dua




Entry pertama untuk tahun dua kosong satu tiga.Setiap tahun pun akan ada ucapan dan pertanyaan tipikal...

"selamat tahun baru,moga tahun ini lebih baik dari yang lepas"

"apa azam baru?"


Apa azam aku? 

Tak ada.Aku tak punya sebarang azam,saban tahun pun semuanya sama tak ada sebarang perubahan melainkan usia yang semakin bertambah dan cita-cita yang tak kunjung tiba.Aku melihat setiap perjalanan yang aku lalui penuh dengan kesakitan dan kekecewaan.Banyak perkara yang aku cuba buat dan rancangkan,tapi ia tidak seperti yang aku bayangkan.Ditambah dengan faktor masa yang seringkali buat aku merasa sibuk saban hari.Aku hanya berharap,kalau satu masa nanti aku punya peluang untuk melakukan perkerjaan yang aku suka sahaja.







Aku harus kuat aku harus bertahan
ya untuk tempoh yang bakal mendatang
yang tidak dapat aku ramalkan
segalanya mungkin.....

Wednesday, November 14, 2012

Harapan Musnah





Apa rasanya hati bila tugu yang kau bina selama bertahun-tahun hancur dan ranap di serang garuda kejam? Bertahun-tahun kau merasa sakit perih demi untuk menyiapkan tugu kebanggaan,tapi dalam sekelip mata saja sang garuda datang menghancurkan.Kecewa dan hampa segalanya bagaikan sudah tamat.Tiada lagi kesinambungan kisah dongeng seorang pahlawan yang berjuang untuk kebahagiaan.Sinar itu semakin malap dan tenggelam kedasar lautan.

Melupakan cita-cita demi sebuah kehidupan baru yang langsung tidak pernah aku fikirkan.Aku menangis,merayu merendahkan ego yang selama ini aku pertahankan.Tapi langsung tiada belas kasihan yang di berikan.Di paksa meninggalkan cita-cita dan impian tapi di tawarkan sebuah kehidupan yang langsung tidak pernah aku bayangkan.Aku makan hati sendiri...semua orang pun mahu berlaku kejam! mengapa tidak seorang pun membela aku masa ini?

Dapat aku bayangkan dari kata-kata dia waktu itu,sepertinya dia sudah merencana mahu menggunakan kuasa yang ada sepenuhnya untuk mengawal aku.Sebelum aku terperangkap dan menyesal sepanjang hayat,adalah lebih baik jika di buat satu surat perjanjian,atau mungkin batalkan saja perjanjian yang sedia ada.Kerana sedangkan janji yang ada pun bisa saja dia mungkiri,apalagi di masa akan datang.Aku tidak mahu menghabiskan hayat hidup aku di dalam sangkar emas yang serba mewah,tapi hati dan jiwa aku mati untuk menikmatinya.







Saat aku merasakan yang hidup aku
akan berakhir dengan penyesalan.....