Oh,hai readers!!!
oke ini memang buang tabiat bilamana saya "tuan punya blog" tidak pernah bertegur sapa dengan kalian di sini selama setahun saya blogging.dan untuk hari ini mari kita berkenal kenalan beramah mesra sesama kita,sebelum saya menamatkan riwayat blog ini untuk kali yang ke beberapa kalinya."beberapa kali" perlu di beratkan sikit perkataan ini,itu tanda penekanan bahawasanya sebelum ini saya punya banyak blog.dan tabiat saya ialah bila setiap kali jejak saya berjaya di kesan oleh orang-orang tertentu,saya akan mula lari lara ke sana sini untuk bersembunyi.
saya kira ini ancaman buat saya bila ada yang memberi
"pembayang" seperti pernah melintas ke sini.awak-awak ni kurang bijak kadang kala kalau nak intai saya pun janganlah di hebah ke sana sini buat saya mahu lari lagi jauh.kan ke kita-kita dah janji dulu,ini tempat untuk saya bersembunyi rahsia kita-kita je.saya fikir dengan menumpang teduh di rumah
"Pisau Belati" bisa buat keliru orang-orang di sana untuk tidak mengesan saya di dunia maya ini lagi.dan bila semua sudah terbongkar,saya terpaksa mengambil keputusan mendadak ini untuk berhijrah ke tempat lain pula.
buat awak-awak yang nak berikan pendapat dan nasihat,sila tinggalkan komen anda untuk di nilai semula oleh saya.mana tahu,andai komen-komen anda berjaya mengubah pemikiran saya untuk tidak lari lagi buat sekian kalinya....mungkin? terima kasih juga buat awak-awak yang selama ini banyak beri kekuatan pada saya yang loser dan annoying setiap kalinya.komen-komen awak-awak semua amat saya hargai thanks sangat-sangat.dan tidak lupa buat anda si pengintip,awas ya identiti anda telah berjaya di kesan jangan nak menafikan apa yang benar.dan terima kasih juga buat anda kerana berjaya mentongsampahkan saya selama ini.
kan dah cakap jangan ganggu aku lagi
kau cabar aku lagi kan?
kali ini kau betul-betul tak akan
pernah jumpa aku lagi.