Saturday, May 23, 2020
Cuba Jadi Kuat
Penghujung Ramadhan 2020
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.... Apa khabar agaknya mak & ayah? Harap mereka sihat & selalu dilindungi Allah hendaknya. Rindunya aku pada mereka rindu yang teramat. Selalu, hari raya lah saat yang Di tunggu boleh bercuti lama Di Kampung. Tapi dugaan tahun ini dengan wabak yang masih belum pulih. Aku hanya memendam rasa dari kejauhan. Berharap agar wabak ini hilang & jangan kembali lagi.
.
Allah ku pohon berikan aku peluang untuk memeluk mak & ayah mencium Tangan mereka seperti masa dulu. Berikan aku peluang untuk berikan kesenangan pada mereka merawat & menjaga mereka. Allah.... Sayu & sedihnya rasa hati ni. Aku Cuba untuk jadi kuat sekuatnya. Tolong Allah... Bagi aku kesempatan lagi untuk terus berbakti. Permudahkan jalan hidup aku berikan aku rezeki supaya dapat aku terus bantu mak & ayah aku.... ðŸ˜
Rindu dari kejauhan...
Friday, May 8, 2020
Ramadhan 15
Ramadhan 15
Dalam mood PKPB masih dalam proses penyesuaian new norm kata Pak Menteri.Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang. Tak Dibenarkan merentas negeri bermakna hari raya pada tahun ini aku tak dapat balik jumpa mak ayah aku, kan?
Sunday, December 13, 2015
Jauh
Umpama pungguk yang merindukan bulan terlalu jauh untuk digapai.Hanya mampu melihat dari kejauhan.Semakin kau cuba mendekat,semakin jauh kau ditinggalkan.Cuba berlari untuk mengejar tapi dia semakin hilang dari pandangan.Rindu itu seakan tidak bermakna lagi buat dia.Wujudmu semakin tidak terasa...Adakah benar kau kini tidak lagi diperlukan?
Semakin kau berjauh hati...diam dan pendam simpan sendiri.Mungkinkah diluahkan nanti dia akan mengerti? Soal hati tidak lagi jadi kepentingan...dia hanya boleh kau lihat tetapi tidak untuk dirapat.Sedih kau sendiri...walau dalam keramaian kau tetap rasa sunyi.
Tuhan,adakah ini pilihan?
Saturday, September 14, 2013
Sejujurnya
Sudah hampir Dua bulan aku berhenti kerja dan Dua bulan juga aku tinggal di sini.Biarpun sudah jauh berbatu-batu biarpun sudah di bataskan waktu,tetap saja hati ini masih merindu biarpun aku tahu ianya sudah tiada gunanya lagi.Mahu menyesali segala yang berlaku itu sudah terlambat.Andai saja aku punya kuasa untuk memutar kembali ke masa lalu,mahu saja aku mahu mengubah semua kisah di 4 tahun yang lalu di mana semuanya bermula.Sedih aku marah aku pada siapa? hanya mencaci maki diri sendiri.Seringkali aku bertanya,mengapa aku menikahi Dia pada akhirnya?
Sejujurnya aku mahu Dia kembali...
Sejujurnya aku mahu Dia di sisi...
Sejujurnya aku mahu Dia terus berjanji...
Memikirkan tarikh keramat antara Dia dan Sidia buat aku lagi runsing buatkan aku fikirkan yang tidak-tidak.Andai saja aku terpengaruh dengan bisikkan jahat,mahu saja aku bawa lari Dia jauh dari semua.Biarkan saja majlis yang di atur berlansung tanpa ada pasangan pengantinnya.Biar Sidia rasa betapa sakitnya hati aku bila merasakan "kepunyaan" di rampas.
Thursday, March 8, 2012
Putus : 2 Hari Lagi
Pertemuan di antara empat mata setelah sekian lama tidak bertemu,sekian lama berjauh rindu.Aku cuba mencari kekuatan untuk berterus terang padanya tentang hal yang sebenar.Tetapi,setiap kali aku lihat wajah dia senyuman dia aku jadi tidak sampai hati mahu membunuh semua rasa senang di hati dia.Apa mungkin aku jadi sekejam itu terhadap orang yang aku sayang?
Ahad - 04 Mac 2012
Dengan rasa berat hati,malam itu aku jelaskan semuanya pada dia.Menjawab semua persoalan dia yang selama ini aku pendam sendiri-sendiri.Aku tahu,dalam tempoh itu dia terlalu berharap yang semuanya boleh di batalkan.Tapi semua persiapan sudah di atur,apa pilihan yang aku ada? Aku juga kecewa dan sedih,dan aku tahu hati dia sedang sakit untuk terima kenyataan ini.Dan sebaik saja dia melafas kan kata "putus" laju saja airmata menuruni pipi tika itu.
Isnin - 05 Mac 2012
Mulai terasa kejanggalannya,aku dan dia sudah ada jurang di tengah-tengah.Dia sudah tidak seperti dulu,katanya dia kaku untuk bicara sama aku seperti dulu.Ini bahagian yang paling sukar buat dia dan aku.Katanya,dia akan hadir di majlis aku nanti.Aku tidak mengharapkan dia datang,karena aku tidak mahu dia terluka dan bersedih nanti.Tapi dia yakinkan aku yang dia akan kuat pada hari tersebut,dan mahu lihat senyuman aku pada hari itu.
Selasa - 06 Mac 2012
Cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.Kami memanipulasikan minda sendiri seolah-olah masih berpasangan lagi masih bahagia gembira lagi.Sedaya mungkin cuba untuk menutup segala kekecewaan yang berlaku sebelum ini meski pun pada hakikatnya ia tidaklah seperti yang di angankan.
Rabu - 07 Mac 2012
Entah kenapa malam itu hati jadi semakin sayu dan pilu.Aku mengenangkan segalanya tentang dia.Aku rindukan dia sangat-sangat terlalu rindu.Permintaan dia,untuk hari-hari terakhir ini hanya mahu lihat aku.Meski pun hanya sekadar di talian internet,itu sudah mencukupi untuk mengubat rindunya pada aku.Dan sepanjang sesi itu,aku hanya menunduk sembunyikan wajah yang lesu.Mata bengkak kerana terlalu banyak berairmata.
Khamis - 08 Mac 2012
Hari ini,aku akan pulang ke kampung halaman.Menunaikan permintaan keluarga yang mengharap.Sedang menulis ini,aku masih berkira-kira mahu pulang sekarang atau tidak,atau mungkin aku perlu menangguhkan hari kepulangan aku? Saat ini aku benar-benar menjadi buntu,fikiran gagal untuk mencerna segala yang berlaku.Aku masih mengingati dia,sungguh aku masih mengingati dia.Mengenangkan bicara dia malam tadi,mahu aku hidup bahagia dan cuba untuk mencintai bakal tunang.Apa bisa cinta ini hadir saat hati ini sudah hancur?
apa semuanya bisa di ubah?
dia telah menghantar permohonan
kerja di Australia,dan katanya
hanya sekadar mahu cari pengalaman.
entah ya entah tidak,Tapi aku tahu
salah satu sebabnya.
Tuesday, April 12, 2011
Rindu Yang Terpendam
janji yang dulu
fahamilah aku walau sedetik
aku tak perlu banyak waktu
cume sebentar saja
cukup untuk melepas rindu
yang terpendam
Tahu tak apa itu erti rindu?
ada rasa sakit dan ada rasa indah.tapi bila rasa sakit itu ada jiwa betul-betul rasa terdera.kan?
tahu tak,awak adalah orang yang paling kejam jika awak biarkan seseorang yang awak sayang
merasa terdera jiwanya sakit hatinya.awak berjanji awak akan luangkan sedikit masa untuk
temani hatinya.tapi sedikit pun awak tak pernah tunaikan janji tu.dia tak minta banyak masa
awak,sekejap pun sudah memadai.dunia yang awak kejarkan tu,jika ditinggalkan sehari,mungkin awak akan alami sedikit rugi.tapi jika insan tersayang awak hilang pergi dan tak kembali lagi
awak pasti akan menyesal sampai mati nanti.
kumpul harta dunia untuk masa depan
itu tidak salah
tapi menjadi kewajipan dan amanah
juga untuk kesenangan keluarga
tapi jangan sampai mengabaikan
insan tersayang kasihan...
kekurangan kasih sayang
Wednesday, April 6, 2011
Ketandusan
bagaikan tak terasa masa itu berjalan
telefon tangan setia di sisi menanti kiranya
akan datang pengkhabaran dari jauh
hari-hari yang dilalui tetap sama
dan masih begitu telefon tangan tetap diam membisu
tapi kehampaan yang sentiasa menjadi peneman
semakin hari semakin jauh
ruang yang dulunya penuh kini mula berongga
banyak lompong-lompong kosong
yang tak terisi
tapi sedikit demi sedikit ia mula lari
dunia di jadikan alasan untuk tidak dipeduli
hati yang lapar dan dahaga mulai kontang
tak bersiram tak dibajakan
dan hampir mati...
membelaian hati yang tandus
perhatian dan kasih sayang
itu adalah keperluan buat hati dan jiwa
jagalah ia sebelum kau kehilangannya.
:: Buat mereka yang terlalu sibuk menyulam cinta dunia ::