Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, May 8, 2020

Ramadhan 15

Ramadhan 15

Dalam mood PKPB masih dalam proses penyesuaian new norm kata Pak Menteri.Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang. Tak Dibenarkan merentas negeri bermakna hari raya pada tahun ini aku tak dapat balik jumpa mak ayah aku, kan? 

Saturday, June 16, 2012

Kiriman Buat Penghuni Syurga : Surat








Selamat Hari Jadi Sayang...







Assalamualaikum.....
Yang diingati masyhur tersayang,moga sentiasa berada di dalam lindungan Tuhan,ya itu sudah pasti.Kan itu juga salah satu daripada perjanjian kamu dengan Tuhan.Ini merupakan tahun kesembilan kelahiran kamu dan juga merupakan tahun kesembilan pemergian kamu.Sudah pastinya saat ini kamu sepatutnya membesar sebagai kanak-kanak yang pintar dan aktif.Tapi sayang,kakak tak berkesempatan langsung nak lihat kamu membesar di depan mata.Tapi tak mengapa,kakak redha Tuhan ambil kamu dalam usia sekecil itu,mungkin itu yang terbaik buat kamu.Supaya kamu tidak membesar dalam suasana di benci oleh keturunan cikgu haji.Ya,arwah atuk kita yang dihormati dan disegani oleh semua orang di sini.


Sayang masyhur...
tahukah kamu kakak selalu rindu dan ingat sama kamu...dan seperti selalu diari biru dan foto kamu kakak bawa ke mana saja.Ada masa tertentu kakak menangis bila terkenangkan semua hal yang berkaitan dengan kamu.Ya,terutamanya bila tiap kali kakak pulang dari sekolah,pasti kakak akan cari kamu dulu.Dukung dan bawa kamu dalam bilik dan kita sama-sama akan tertidur sampai mak datang gerakkan.Bau kamu...bau bedak bayi yang sampai sekarang kakak tak pernah lupa.Dan sejak itu,kakak lebih suka pakai bedak bayi,mahu selalu rasa yang kamu begitu dekat,biar pun tanpa jasad.


Sayang masyhur...
Untuk pengetahuan kamu,kita bakal menambah ahli baru dalam keluarga.Kamu bakal mendapat seorang lagi abang.Bakal suami kakak dan bakal abang ipar kamu...Kakak baru bertunangan dengan dia bulan mac lepas,harap kamu menerimanya dengan ikhlas biar pun kakak sendiri sebenarnya tidak pasti.Doakan kakak ya,sayang...Tapi kakak tetap yakin,yang dia adalah seorang lelaki baik yang kakak pernah kenal.Mungkin juga adalah yang terbaik di antara mereka yang lain.Mungkin kakak bakal mengakhiri zaman solo pada awal tahun depan,insyaallah...


Sayang masyhur...
kakak taqwa bakal menamatkan semester akhirnya pada bulan depan,dan kini sedang berperang dengan peperiksaan akhir.Doakan kejayaan untuk dia ya,karena kakak menaruh harapan yang tinggi pada dia sebagai orang pertama yang berjaya menamatkan ijazah pertamanya.Kamu tahu,kakak taqwa orangnya pintar setiap semester tidak pernah mengecewakan dan selalunya dalam senarai dekan.Dia juga sudah menghantar permohonan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.Kakak harap permohonannya di terima,sebolehnya kakak mahu dia terus belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi.


Sayang masyhur...
Bercerita tentang abang mulia,kakak tak tahu harus berbuat apa lagi untuk bantu dia.Kalau sebelum ini dia mendapat tawaran politeknik kuantan,jurusan diploma teknologi makanan.Tetapi kerana tidak minat,dia lalu berhenti dan memohon jurusan diploma kulinari.Tapi tawaran yang di terimanya adalah diploma kejuruteraan,dia terlalu kecewa dan membuat keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM subjek bahasa inggeris pada hujung tahun ini.Kamu jangan risau,biar pun abang mulia tidak bekerja di luar,tetapi dia punya bakat dalam masakkan.Dan dari bakat itu dia mengambil tempahan sebagai pembekal makanan beku secara kecil kecilan.Kamu tahu,abang mulia dan kakak taqwa merupakan orang yang paling rajin ke dapur.Doakan cita-cita abang mulia untuk menjadi seorang tukang masak profesional,tercapai.


Sayang masyhur...
Kakak terakhir kamu,cerdik...Ya,sesuai nama itu buat dia.Seorang yang pandai berdikari dan mudah menyesuaikan diri.Seingat kakak,belum pernah kakak menguruskan sesutau perkara buat dia.Melainkan tahun lepas,semasa dia sedang sibuk dengan PMR.Kakak cerdik orangnya mudah naik marah,tetapi istimewanya dia mudah sejuk tanpa perlu di pujuk.Tidak seperti kakak taqwa dan abang mulia yang rajuknya makan berhari-hari lamanya.Ya,mungkin saja...karena mereka lebih lama di manjakan hinggakan kadang kalanya mereka terlupa yang mereka masih punya seorang adik bongsu.Dalam kakak tak sedar,sebenarnya kakak cerdik sudah berusia remaja,tahun depannya bakal mengambil SPM,tetapi kakak masih melayannya seperti dia masih lagi kanak-kanak.


Sayang masyhur...
Yang terakhirnya buat mak dan ayah...Kamu tahu yang mak dan ayah sangat sayangkan kamu.Dan mereka selalu saja mendoakan kesejahteraan buat kamu.Kalau dulu,tak ada sesiapa pun yang berani sebut tentang kamu.Tapi sekarang keadaan sudah bertambah baik ada masanya cerita tentang kamu di sebut-sebut untuk di kenang.Mak sudah tidak mudah sebak lagi macam dulu...Dan ayah kita bakal menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.Ayah bercadang mahu menguruskan tanah ladang yang terbiar.Baik juga kurang-kurang hasilnya boleh dijadikan pendapatan dan mungkin untuk di nikmati sendiri.


Sayang masyhur...
Kakak janji pada kamu,akan terus menjaga keluarga kita akan bahagiakan mereka.Kakak tak akan biarkan sesiapa cuba nak menghina keluarga kita pandang rendah pada keluarga kita.Sungguh keluarga kita bukan orang berada,tetapi kakak senang begini semua merasa bahagia bersama.Dan kakak rasa kamu pun tahu bagaimana layanan nenek dengan keluarga kita.Kakak dah biasa sejak kecil lagi hingga kini pun nenek masih lagi mahu atur semua perjalanan hidup anak cucunya.Hinggakan soal jodoh kakak taqwa pun dia mahu ikut campur.Tak mengapa sayang ini janji kakak,dan kakak tak akan biarkan nenek atur segala mengikut kemahuan dia.


Sayang masyhur...
Sampai di sini saja karangan panjang ini buat kamu.Insyaallah jika berkesempatan lagi,kakak pasti akan mengutuskan kiriman surat buat kamu lagi.Ya,selagi kakak masih punya waktu masih punya nyawa dan terus meminjam udara Tuhan.Doakan yang baik-baik buat kami,moga nanti kita akan berkumpul sebagai keluarga yang sempurna satu masa nanti.Janji ya,kamu akan tunggu.














Dikirim dari dunia  derita.....
17 june 2012
selamat ulang tahun sayang...





Tuesday, September 6, 2011

Sudah Insaf Wahai Insan?



Raya kedua ke rumah mak ngah adik beradik sebelah mak,keluarga yang turut serta ada pak tam ada mak andak dan ada acik.tapi bukan itu yang terkesan,pada aku mereka semua biasa saja.cuma ada seseorang yang jadi perhatian aku anak mak ngah yang nombor 2.setelah beberapa tahun menghilangkan diri tanpa khabar,kini dia kembali.kata mereka-mereka dia sudah insaf sudah berubah mahu jadi baik.tapi aku masih seperti dulu sedikit kepercayaan tidak ada buat dia.dendam? entah aku masih tidak dapat melupakan peristiwa beberapa tahun lalu yang buatkan aku terus membenci dia.

kata mak ngah,orang seperti dia tidak boleh di pinggirkan layan saja sama seperti biasa,beri dia peluang untuk berubah tapi jangan terlalu percaya.beri peluang untuk dia mengubah hidupnya.abg F sudah tidak sihat macam dulu kakinya sedikit cacat selepas kemalangan beberapa tahun dulu,itu semasa dia menghilang.dia capik jalan pun tak betul dan ada kalanya aku lihat dia seperti bercakap seorang diri macam orang tiga suku kepalanya.andaian aku mungkin sarafnya sudah rosak akibat dadah juga kesan dari kemalangan dulu.itu balasan Tuhan pengajaran dunia buat dia kerana kesilapan dia dulu.






dulu dia jahat
dia pencuri,penagih dadah hisap ganja
aku sangat benci dia bila dia curi duit aku
beri peluang untuk dia?
tapi hati aku masih berkeras
tidak pernah memaafkan dia.




Sunday, September 4, 2011

Persoalan Kerjaya



Perkara yang amat menjengkelkan kala berkumpul dengan sanak saudara yang tidak memahami,adalah bila ada diantara mereka mempersoalkan tentang kerjaya aku sekarang.sepertinya aku berbuat dosa besar hinggakan ada yang memandang kerjaya halal itu adalah kesalahan terbesar buat aku.malah ada yang beranggapan aku ini seperti manusia bodoh yang masih tetap bertahan dengan kerjaya rendah seperti itu.sedangkan aku merasakan itu sudah cukup selesa buat aku asal saja ia mampu memberi aku ganjaran yang benar dan cukup untuk aku salur sedikit buat bantu keluarga aku di sana.



"kau kerja mana sekarang?"

"masih di tempat lama,tempat asal dulu"

"tapi,bukankah dulu kau belajar dalam bidang lain?"

"benar.tapi itu yang aku rasa terbaik."

"kau tak mahu cuba keluar dari sini?"

"kau fikir aku mahu ke mana?"

"di luar sana di mana menawarkan lebih ganjaran dari yang ada sekarang?"

"zaman sekarang bukan mudah untuk mencari pekerjaan"

"tapi kau punya pengalaman di tempat lama,aku kira mudah jika kau memohon dalam bidang yang sama"

"kau tak faham.aku memang punya pengalaman tapi lulusannya tidak.mereka memerlukan bukti...pengalaman saja tidak mencukupi bagi mereka"

"berapa lama kau mahu terus di sini?"

"seberapa lama yang aku mampu,lagi pun gaji aku dah naik,kenapa perlunya aku berhijrah ke tempat lain yang menawarkan gaji basic.sedangkan aku sudah stabil di sini"

"banyak sangat gaji kau,ada rm_____?"

"ada.juga aku ada imbuhan lain yang di beri oleh majikan mengikut cara kerja aku"







kau mahu aku bilang berapa kali?
setiap tahun setiap kali jumpa
hanya ini soalan yang kau ada untuk aku?
kau tahu,aku bosan?
kurang-kurang aku tidak seperti kau
menukar kerja bagaikan menukar baju
tidak pernah tetap satu-satu tempat
tapi kayanya tidak juga...


Wednesday, August 17, 2011

Selamat Hari Jadi : Cerdik





SELAMAT HARI JADI
Moga Panjang Umur,Murah Rezeki
Dan Hidup Lebih Diberktai ALLAH
Hendaknya.....Ameen


14 Ogos 2011
genab sudah cerdik berumur 15tahun dan tahun ini juga merupakan tahun penting buat dia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahunnya.aku harap dia berjaya buat dengan sebaik mungkin seperti yang di harapkan oleh semua.dan juga aku mengharapkan cerdik menjadi seorang doktor bila dewasa kelak,selepas kegagalan taqwa menempatkan dirinya sebagai seorang doktor sepatutnya.itu cerita lama,taqwa sendiri sudah menerima takdir hidupnya bukan di jurusan kedoktoran.ini mungkin terlalu awal,aku tidak memaksa sekiranya dia tidak suka.

untuk malam itu,tiada sambutan seperti biasa setiap tahun kerana kata emak,tunggu kepulangan mulia dahulu dan kami akan meraikannya bersama.dan itu lebih bermakna.cerdik setuju dan sanggup untuk tunggu 2minggu lagi.tapi,aku tetap juga membelikan sebiji kek buat cerdik sekadar untuk suka-suka.yang paling penting,senyuman manja dari cerdik kerana cerdik gemar makan kek.




dalam pejam dan celik
tak sangka si bongsu ini sudah semakin
meningkat remaja.harapnya dia lebih
bersedia untuk menempuh perjalanan
hidup yang lebih mencabar ini.....

Monday, August 1, 2011

Usia : Kemeja Biru Untuk Ayah


SELAMAT HARI LAHIR AYAH
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....



23 julai 1956 hari kelahiran ayah dan kini usia ayah sudah menjengah ke usia senja.bebenang halus di kepala semakin memutih dan tidak selebat dulu yang kini mulai menampakkan kulit kepala.dan dalam tempoh beberapa tahun ayah menjadi ayah aku,aku amat terhutang budi dengan segala pengorbanannya membesarkan aku dan adik-adik.sungguh jasa ayah tak mampu aku balas,bertapa besarnya pengorbanan ayah yang sanggup bersusah untuk kami semua.penat jerih bekerja siang malam demi untuk menyempurnakan kehidupan kami.

dan untuk sambut malam tadi,semua berjalan lancar seperti biasa seperti tahun-tahun yang sudah.cukup hanya untuk kita-kita saja,dan inilah masa yang benar membahagiakan bila semua berkumpul untuk meraikan hari yang bermakna ini.dan,mulia juga turun ada bersama untuk meraikan hari lahir ayah lagi.sungguh aku bahagia dan terharu takala melihat senyuman di bibir tua ayah.dan untuk tahun ini,kemeja biru adalah hadiah istimewa buat ayah di hari lahirnya kali ini.





terima kasih ayah
kerana menjadi ayah orang
terima kasih ayah
kerana masih menyokong orang......

Monday, June 20, 2011

Family Day



Satu-satu saya sayang ibu
dua-dua saya sayang ayah
tiga-tiga sayang adik kakak
satu,dua,tiga sayang semuanya...


Lama tak buat family day...
sejak aku dan ayah tidak duduk serumah dengan yang lain
kerja ayah tak menentu kadang-kadang sabtu ahad pun kerja
siang malam pula tu,kejam betul!

Dapat holiday sehari tu pun dah cukup
asalkan dapat berkumpul bersama bersuka dan makan bersama
masa inilah nak habiskan bersama mereka.
tak perlu jauh,yang dekat pun cukup janji gembira.

tapi sedikit terkilan...
ayah teringin nak lihat keindahan cahaya kelip-kelip malam
tapi apa daya,kesesakkan jalan di lebuhraya buat kami sampai lewat.
terkilan aku masa tu dan tak sampai hati lihat ayah memandu lagi.

chek in hotel paling murah rm65 1 hari
1katil bujang 1 katil besar jadilah untuk 6orang 1 bilik
ada 1 peti sejuk,1 tv,ada penyaman udara dan 1 bilik mandi yang luas.
walaupun katil tak cukup,tapi kami selesa mujur ada bawa selimut dari rumah.

Esok pagi semua bangun awal solat dan mandi
chek out dan terus bersarapan pagi di kedai makan berhampiran
lokasi pilihan ke bukit malawati ada muzium serta lotong-lotong comel
tapi sayang hari isnin muzium di tutup keretapi mini pun cuti.

tapi tak apa nasib baik lotong-lotong comel jadi penyelamat
dari jauh aku perhatikan mak,ayah dan adik-adik riang
melayan karenah lotong-lotong dan beri makan kacang panjang
aku jadi juru gambar hari itu.

Hari sudah petang tak banyak tempat pun kami lawat
tapi masing-masing sudah penat sudah puas
ayah perlu bergegas cepat nanti malam ada tugas
sepanjang perjalanan semua tersenyum puas biar pun penat.

tapi aku masih terkilan
semua harap dapat lihat kelip-kelip malam.....





nafas ku nyawa ku hidup ku


Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi : Surat



Selamat Hari Jadi...
Moga Panjang Umur,Murah Rezeki
Dan Hidup Lebih Diberkati Allah Hendaknya
Ameen...



Buat Masyhur tersayang :-

Assalamualaikum.....
Sayang,sihat? harap begitulah moga hidup kamu selalu di limpahi rahmat dari yang ESA.lama sudah tidak bertemu hati semakin rindu saban hari saban waktu sayang.ini hari lahir kamu yang ke-8 , sejak dulu tidak pernah punya peluang untuk meraikannya bersama keluarga.bagaimana agaknya kehidupanmu di sana sayang? sudah tentu kamu bahagia malah lebih bahagia kerana dapat merasa nikmat tinggal di dunia syurga.bertapa bertuahnya kamu sayang tak perlu bersusah dalam mengharungi hidup di dunia palsu yang di penuhi dengan parasit dan hipokrasi manusia berhati bangkai.

sayang masyhur...

tahukah kamu bertapa keluarga teramat rindukan kamu sayang sejak kamu mula menjauh lagi sayang.terutama sekali mak...biarpun pada luarnya mak nampak tenang tapi dalam hatinya sangat-sangat merinduimu.kadang kala ada saja kenangan tentang kamu yang mak ceritakan.kalau dulu,mak tak mampu nak tengok gambar kamu pasti akan ada sebak.tapi sekarang mak cuba juga cari kekuatan mungkin mak sudah redha dan terima hakikat.ayah pula...memang rasa serba salah sangat pada mulanya dan alhamdulillah ayah sudah pulih semula.dan kewajipan kakak adalah buat mak,ayah dan keluarga kita gembira dan bahagia.


sayang masyhur...
cahaya masyhur itu nama yang kakak pilih untuk kamu dulu dengan harapan kamu akan sentiasa dihargai selalu.biarpun dimana kekurangan kamu,keluarga kita tetap terima kamu sebagai insan yang sempurna,malah lebih sempurna lagi dimata hati kami sayang.tak kira berapa besar pun penghinaan orang terhadap kamu,kita tetap akan pertahankan.jangan risau ya,sayang...kakak tahu keluarga nenek tak sukakan kamu malah memandang kamu dengan pandangan yang amat berbeza.seingat kakak,nenek tak pernah sentuh kamu apalagi mahu dukung dan peluk cium kamu.tapi mujur...hanya ucu saja yang memahami yang menerima kamu sebahagian dari keluarga cikgu haji.


sayang masyhur...

kakak rindu...rindu sangat-sangat pada kamu genab umur kamu 8tahun sebaya dengan anak ibu dan mak andak.darjah 2 mereka dah ke sekolah pun sayang...hajat kakak tak kesampaian tak sempat kakak nak sekolahkan kamu tengok kamu dalam unifrom putih biru.tak dapat tengok kamu berlari-lari riang bila kakak datang ambil kamu.kakak teringin sangat sayang...bila kakak tengok budak yang sebaya kamu,hati kakak jadi sayu dan rindu.kakak rindu nak peluk cium kamu macam dulu nak ajar kamu ketawa dan senyum.walaupun susah,lama-lama kamu jadi pandai bila kita sama-sama ketawa.

sayang masyhur...

kakak ingat lagi bila kali terakhir kita jumpa dulu...masa tu kakak ada program kat sekolah dan pada masa yang sama kamu akan jalani pembedahan ,akak rasa berat hati nak pergi.tapi mak ayah beri keyakinan yang semuanya akan selamat dan kakak mengharapkan hadiah pada ulang tahun kelahiran kakak nanti,adalah senyuman kamu.tapi kakak kecewa...kamu pergi tinggalkan kakak dengan janji yang belum terlaksana.kepulangan kakak kamu sambut dengan senyuman kaku yang pucat membiru.kakak sentuh pipi gebu kamu sejuk kamu bisu.dan kakak meraung di situ sayang...terketar seluruh badan kakak masa tu bagaikan lumpuh.


sayang masyhur...

sejak kamu pergi,kakak bagaikan hilang semangat susah kakak nak terima hakikat ini.kakak kesal sangat-sangat sebab tak dapat habiskan masa sepenuhnya dengan kamu.sedangkan di masa lapangnya kakak banyak buang waktu untuk hal-hal yang tidak ada kepentingannya.sungguh kakak kesal tak dapat nak maafkan diri sendiri rasa bersalah sangat takut kamu benci dan marah pada kakak.selimut biru kamu masih kakak simpan bila rindu kakak cium dan dakap macam kakak dakap kamu dulu sayang.jangan benci dan marah pada kakak ya,sayang.


sayang masyhur...

selama beberapa tahun tanpa kamu,kakak cuba belajar untuk terima hakikat ini terima ketentuan ini.ini takdir buat kita hanya dapat bersama untuk sementara...mungkin ini jugalah yang terbaik buat kamu.supaya kamu tak menderita sepanjang hayat hidup di kelilingi parasit dan juga manusia pemakan bangkai.mungkin TUHAN tak mahu lihat kamu derita berseorangan bila masa kakak dan keluarga pergi dulu sebelum kamu.khuatir kamu tak mampu berdiri sendiri takut nanti akan ada yang cuba menganiaya kamu tanpa sedar.maka kakak redhakan pemergian kamu,kerana kakak yakin kamu di sana akan di beri jaminan hidup bahagia.


sayang masyhur...
adakah peluang untuk kakak jumpa kamu selain daripada mak dan ayah? kakak berharap sangat kamu beri peluang itu...tolong beritahu pada TUHAN,izinkan kakak bertemu dengan kamu bersama mak dan ayah juga kakak-kakak dan abang kamu.kakak tahu di sana tempat yang abadi tempat yang aman tanpa nafas hasad dengki.janji dengan kakak ya sayang,kamu akan tunggu kami ke sana bertemu dengan kamu...kakak janji akan sayangkan kamu sampai nadi kakak terhenti sampai kakak dihidupkan kembali di tempat abadi itu....





cahaya masyhur
17 june 2003
selamat ulang tahun sayang...

Saturday, June 4, 2011

Panggilan Pagi



Awal pagi itu dapat pesanan ringkas dari taqwa di telefon tangan.Hairan kerana jarang sekali taqwa bangun seawal pagi ini semata-mata untuk menghantar pesanan ringkas pada aku.Taqwa mengadu,yang ibu berkali-kali menghubunginya dan ibu juga menghantar pesanan ringkas kepadanya.Taqwa resah dan serba salah untuk membalas pesanan itu,lalu bertanya pendapat pada aku.


"Ibu mesej dan call.tapi aku tak jawab.tak balas lagi mesej dia.
aku nak balas apa ni? ish apa dia nak,nak ajak kenduri ke..
apa nak balas ni,aku belum cari hadiah kahwin bahyah lagi ni."


Lalu aku minta taqwa menghantar pesanan itu kepada aku.dari penilaian aku ibu sudah tentu ada sesutau berkenaan dengan nenek.samada ibu mahu datang ke rumah untuk menziarah atau mungkin juga ibu mahu taqwa datang ke rumah nenek.jarang sekali ibu menghantar pesanan ringkas kepada taqwa,melainkan jika ada sesuatu yang berkait dengan nenek.aku hanya mengagak berdasarkan apa yang aku rasa dan cara mereka memandang keluarga kami.

ya,taqwa lebih di beri perhatian berbanding yang lain kerana mereka beranggapan taqwa punya masa depan yang cerah.Dan mereka bangga kerana taqwa akan terus mengharumkan nama baik keluarga arwah cikgu haji.dan ini seringkali menjadi beban dan tekanan buat taqwa untuk terus mengekalkan prestasi terbaiknya di universiti dengan taraf "dekan".ada kala aku simpati dengan taqwa dia tidak mampu untuk membantah kerana mengenangkan budi yang di tabur mereka pada taqwa dulu...




aku bukan angkuh sombong
bukan juga si kera sumbang
cumanya aku tidak mahu menjadi
boneka juga patung yang di arahkan
aku tidak mahu termakan budi
kelak nanti memakan diri.

Tuesday, May 10, 2011

Mulia Hina


- NENEK -
Mak beritahu aku tentang kedatangan nenek beberapa hari yang lalu.mujur aku tidak ada dirumah tika itu.hanya tinggal mak ayah juga cerdik,mulia pula tika itu menghadiri kursus jangka pendek.sekadar ingin penuhi masa lapangnya sementara menanti penggilan untuk menyambung pelajarannya selepas keputusan SPM di umumkan sebulan yang lalu.taqwa pula berada di Kuala Lumpur menginap di rumah bakal adik ipar bersama bakal ibu mertuanya kerana merancang untuk melawat bakal tunangnya.

Biasa aku faham benar jika nenek bertandang ke rumah sudah pasti ada sesuatu.nenek membuka bicara dengan bertanyakan tentang kuputusan mulia.jujur mak huraikan satu-satu dan kesimpulannya muli lulus tahap kepujian.nenek tidak berpuasahati lalu mencadangkan supaya mulia memohon polis dengan alasan kerja badan kerajaan lebih menjamin masa depan.atau mohon untuk jadi jururawat lelaki atau pembantu di hospital dengan alasan punya gaji tetap yang menjamin hidup.kata nenek...


" mulia tidak seperti taqwa yang lebih bijak dalam akademik.mulia tak punya harapan untuk menyambung pelajarannya walau untuk ke tingkatan 6.mulia berbeza dengan taqwa mulia tidak punya kelayakkan!"


sampai hati nenek kata begitu tentang mulia.di depan mak dan ayah pula tika itu.sudah pasti itu mengguris hati mak dan ayah.bagi aku ini satu penghinaan buat mulia sedangkan aku sendiri tahu yang keputusan mulia lebih baik lagi berbanding aku.tapi tetap aku masih mampu menyambung pelajaran ke tingkatan 6.andainya mulia terdengar kata-kata nenek tika itu,sudah pasti ini akan melukai hati mulia.entah apa yang nak di banggakan aku sendiri pun tak tahu.nenek tak habis-habis merancang untuk menentukan masa depan anak cucunya.

**********************************************************************************

- CIKGU MIANG -
baru-baru ini mulia begitu kecewa bila permohonan tingkatan 6 nya di tolak mentah-mentah oleh cikgu celaka.menurut kata cikgu miang tersebut "keputusan mulia langsung tidak boleh di pertimbangkan tidak layak untuk ke tingkatan 6" sedangkan setahu aku keputusan aku yang lebih teruk itu masih boleh di terima apa lagi keputusan mulia yang lebih baik itu.dan aku tahu apa sebabnya cikgu celaka itu menolak,ini kerana mulia bukanlah seorang pelajar perempuan.aku tahu benar niat kotor cikgu miang tersebut.

teringat dulu aku yang bodoh tika itu mengikut telunjuk nenek untuk memohon ke tingkatan 6.keputusan sampah itu aku bawa berjumpa dengan cikgu miang tersebut di salah sebuah pusat tuition.tapi tiba-tiba cikgu itu menukar lokasi ke sebuah pusat tuition persendiriannya yang agak jauh dari pekan.di dalam bangunan 3 tingkat itu hanya aku berdua saja dengan cikgu miang tersebut.aku yang lurus tak fikir langsung niat sebenar cikgu celaka tersebut,hanya menurut.

semasa aku ingin mengisi borang yang di berikan,cikgu celaka cuba mengambil kesempatan untuk memegang tangan aku.pantas aku menepis.dan memberi alasan mahu pulang segera kerana kawan aku sedang menanti aku di bawah.sempat juga cikgu celaka tersebut mencuci minda aku supaya memilih untuk masuk ke kelas bimbingannya.tapi aku menolak kerana tidak berminat dengan bidang yang ditawarkan.

dan sejak itu cikgu miang mula mencari salah aku sekiranya keputusan ujian bulanan aku menurun.tapi tidak pula bagi pelajar di kelasnya,hanya bermodalkan sedikit pujuk rayu cikgu tersebut pasti akan menambah markah pelajar di kelasnya.dan apa yang aku perasankan,majoriti kelas kelolaannya terdiri dari pelajar perempuan.dan menurut rakan perempuan sekelas aku,mereka punya pengalaman yang sama pernah mendapat gangguan yang sama dari cikgu miang tersebut.dan sejak itu,aku mula hilang hormat pada cikgu miang tersebut,satu sekolah kenal benar dengan sifat miang cikgu tersebut termasuk cikgu perempaun.





Mentaliti.....
ramai yang menilai kejayaan hidup seseorang
hanya berpandukan seberapa tingginya ilmu
berbanding ketinggian budi pekerti seseorang
sedangkan segulung kertas bercetak indah itu
tidak punya makna jika ilmu yang cari selama bertahun
langsung tidak di guna pakai ke arah kebaikkan
ia hanya layak di buang bakar atau di buat lap tahi saja.



Thursday, May 5, 2011

Terkongkong


Tahu apa makna rasa terkongkong bila segala gerak geri kau diperhatikan.segala perlakuan kau dirakamkan dan di catat.ke sana ke mari kau di lihat dan di kenal orang.tak perlu terlalu menonjolkan diri orang akan tahu juga hatta kau cuba sembunyi pun.

Hidup seorang aku tak seindah yang orang lain lihat dari kanta mata luaran.tahu tak,dengan membawa nama keluarga ini aku rasa bagaikan satu beban.ya,ini beban buat aku bila ke sana ke mari kau akan di kenali orang.pergi ke pasar,bengkel kereta,driver bas mahupun konduktor bas,pakcik tukang sapu,pegawai bank dan semualah yang ada di daerah ini.aku bosan bila ada yang bertanya tentang latar belakang keluarga dan nama keluarga aku.aku tak pandai menipu,hanya angguk dan senyum jawapan terbaik.

iras wajah seperti anak bongsu cikgu haji.masakan aku boleh menafikan jika sudah terang-terang begitu.anak bongsu cikgu haji adalah adik kepada ayah iaitu ucu aku.ya,sana sini orang bercerita tentang kebaikkan arwah cikgu haji semasa hayatnya.sana sini orang bercerita tentang hidup seseorang yang disegani yang diamnya di masjid lunak suaranya memperdengarkan ayat suci itu.semua tahu siapa dia cikgu haji semua tahu siapa dia anak cucu cikgu haji.dan aku selalu rasa tersepit bila berhadapan dengan situasi begini,rimas.

tahu kenapa aku tidak pernah merasa bangga menjadi sebahagian dalam keluarga ini? kerana aku tidak seperti mereka yang lain yang lebih berjaya dan mendengar kata nenek.aku seorang pembangkang tidak suka diuruskan.dan sebab itu sering aku dipinggirkan aku tidak mahu terlalu termakan budi.aku sudah penat menjadi boneka.kenapa segala urusan hidup perlu datangnya dari nenek? soal kerjaya,hidup dan jodoh juga perlukan izin dari nenek? aku sudah bosan hidup dengan membawa nama ini aku ingin bebas! kalaulah arwah atuk masih hidup lagi,rasanya tak perlu aku rasa tersepit begini...







dulu kerjaya dan sekarang jodoh
semua diuruskan semua ditentukan
kenapa aku perlu jadi bodoh
dengan mengikut telunjuk orang?
*sigh

Thursday, April 28, 2011

Dilema



Minggu yang sangat sibuk hingga aku terlupa banyak perkara.
dalam minda hanya fokus pada kerja dan tugas khas yang telah diamanahkan.
dan dalam pada masa yang sama juga aku diuji...
diuji untuk membuat pilihan untuk masa depan
berhari-hari aku memikirkannya
dan buntu.....
aku suka dengan kerja ini walau bukan bidang aku
tapi sejak akhir-akhir ini aku sudah mulai bosan dan jemu
ada kala aku merasa sedikit tekanan bila ada gagguan dari rakan sekerja
selain kerja ini aku juga punya komitmen pada tugas khas yang lain
memegang jawatan dalam sesuatu organisasi bukan pekara mudah
aku cuba menolak tapi mereka percaya aku boleh.
komitmen kerja dan tugas khas aku semakin penat
kertas kerja dan surat-surat rasmi masih terbengkalai tak bersentuh
aku sudah malas banyak pekara yang aku kena fikir sampai buntu
terlintas juga untuk berhenti tapi aku rasa berat nak lepaskan
rasa nak nangis tapi entah kenapa hati eggo untuk dizahirkan
aku dapat tawaran kerja lain kerja yang selama ini aku nantikan
tapi aku tak pasti apakah jaminan untuk aku ditempat baru akan lebih baik?
sedangkan di tempat lama aku sudah mulai stabil dan ini yang aku mahukan
perlu ke aku berhenti dan terima tawaran itu atau teruskan saja di tempat lama?
kerja yang aku suka belum tentu akan tawarkan aku dengan gaji yang tinggi
tapi di tempat lama gaji aku lebih lumayan lagi.
teringat pesanan dari tok ketua
jangan tamak dan buatlah pilihan bijak







aku perlu sara keluarga
aku perlukan lebih lagi pendapatan
tapi aku juga punya cita-cita
perlu korban lagi untuk kebahagiaan keluarga
atau ikut saja kehendak hati?


Thursday, January 6, 2011

Airmata Tahun Baru

Semua orang sambut tahun baru dengan senyuman.gelak tawa dan bergembira,masing-masing pasang azam baru.tapi aku menangis pada malam tahun baru mengenangkan apa yang telah aku tinggalkan dan apa yang aku dapatkan untuk tahun ini.lupakan yang lama mulakan yang baru.kalaulah begitu mudah untuk seseorang seperti aku? ada tawaran baik tahun ini tapi amat mengecewakan bila ada di kalangan keluarga yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan sendiri...sedih sangat.

.

mak,taqwa,dan H...

aku harap apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah berupa satu berita gembira.dan aku mengharapkan sokongan penuh dari mereka tapi hampa.seakan macam ada bantahan dan tentangan kenapa? sedangkan itulah yang aku impikan selama nafas aku ini itulah satu jalan untuk aku terus mengejar cita-cita yang selama ini terhenti tanpa noktah.aku kecewa lagi...ayah masih belum tahu tentang pengkhabaran ini.cukup aku beritahu pada mak dan mak sudah tentu akan maklumkan pada ayah.

.

ya,memang aku akui ini juga adalah jalan untuk aku keluar dan lepaskan diri berlari sejauh mungkin tinggalkan tempat ini.aku mahu pergi sejauh yang mungkin dan tidak akan menoleh lagi apa lagi mahu mengutip segala butiran cerita lama yang sudah aku tinggalkan di belakang.aku mahu pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh walau sekilas.aku mahu menjauh dari semua mereka-mereka yang mengenali aku.sembunyi? tidak aku bukan sembunyi cuma aku hanya ingin tinggalkan tempat ini dengan harapan aku boleh mulakan hidup baru.

.

atau mungkin aku perlu terus berlakon dengan watak baru seseorang yang sudah hilang ingatannya.maka sesiapa saja yang menegur boleh saja aku berpura-pura tidak mengenalinya atau mungkin aku boleh menjadi seorang pendeta yang memutar belitkan syair yang aku perdengarkan kepada semua.apa yang aku perlu buat untuk diri sendiri pada tahun ini jika semua keingin sudah ada tentangan?

.

teruskan hidup dengan kecewa...

.

.

.

.

.

Saturday, December 11, 2010

Seseorang Yang Selalu Dipinggirkan

Saya seorang anak yang seringkali di pinggirkan dan juga agak terpinggir.tak di peduli samada keperluan dan juga kehendak.tidak di ambil tahu segala kesusahan hidupnya.saya bagaikan hidup sebatang kara biar pun hakikatnya saya punya keluagra yang agak bahagia...ya bahagia bagi mereka,tapi tidak pada saya.selama hayat ini,saya seringkali tidak merasa bahagia dan saya juga tidak tahu apa itu bahagia.dan di sebabkan itu saya sering kali membuat pengertian sendiri tentang makna bahagia.dan sebab itu juga saya lebih banyak menghabiskan masa di luar mencari bahagia juga ingin merasa gembira dengan cara sendiri.
.
saya akui saya seringkali melakukan kesilapan berulang dalam sedar dan juga tidak sedar.kesilapan yang di sengajakan dan juga yang tidak di sengajakan.semua yang saya buat adalah untuk menarik perhatian.saya satu-satunya anak paling menyedihkan yang paling tidak berjaya dan yang paling selalu di susahkan.hidup saya tak segembira yang di lihat secara zahir hakikat sebenarnya saya selalu merasa sakit.merelakan diri di bodohkan di susahkan dan juga di sakitkan.saya selalu di bandingkan dengan adik-adik lain kerana kegagalan saya dalam hidup.tapi tidak ada yang pernah menghargai betapa kegagalan saya adalah pengorbanan yang saya lakukan untuk mereka.
.
hati saya seringkali terluka tiap kali pulang ke rumah,saya mengharapakan yang saya boleh menenagkan fikiran yang melepaskan rindu terpendam buat yang tersayang.tapi saya akhirnya kecewa kerana tidak ada siapa pun yang peduli keinginan hati saya.saya ketandusan kasih sayang...saya teringin dilayan seperti adik-adik lain tapi itu hanya mimpi yang tak seindah realiti.saya sering di marahi jika melakukan sedikit kesilapan sedangkan adik-adik lain melakukan kesalahan sebesar gajah pun,masih boleh di tutup.saya merasa ketidak adilan di sini...
.
saya teringin mahu lari...lari sejauh yang mungkin supaya tidak ada sesiapa yang kenali saya tidak ada sesiapa yang boleh cari saya lagi.saya mahu menjauh tinggalkan semua yang tidak pernah menghargai kewujudan saya.dan malam ini saya teringin mahu bercakap dengan seseorang mahu pinjam telinga dan mata dari seseorang supaya ada yang mendengar saya melihat saya berada di sisi saya tika ini.hati saya benar-benar merasa sepi sekali dan hati saya sedang menangis tika tulisan ini di taip oleh saya...
.
.
.saya teringin benar di sayangi
dimanja di belai di peluk dengan
penuh kasih
teringin mencari bahu untuk
melepaskan segala keluh kesah
yang melanda hati...

Tuesday, November 23, 2010

Aku Ingin Hidup Dalam Mimpi

Sungguh kalau di beri pilihan aku ingin memilih hidup dalam mimpi.ya hidup dalam mimpi indah yang tiada kelukaan biarpun hanya sekadar ilusi semata tapi cukup membahagiakan.minda aku ini sudah di penuhi dengan cerita-cerita rekaan bila malam tiba,cerita rekaan menjadi realiti dalam mimpi.memang indah aku terlalu taksub mencipta dunia sendiri mengikut keinginan hati.sebolehnya aku mahu terus pejam sepanjang hayat sebab kalau mata terbuka,maka hilanglah mimpi.
.
aku ini bagaikan anak kecil yang sentiasa dahaga berjalan sendirian bagaikan si yatim piatu yang hidup sebatang kara.duduk di lorong-lorong gelap sunyi menadah tangan mengemis kasih pada yang sudi.kasihan bagaikan anak yang hidup melarat terbiar tanpa perhatian.
.
.
.
.
tuhan,aku ini teringin benar merasa di manjakan
terlalu rindu pada pelukkan hangat si ibu
berkeinginan merasa kasih si ayah...
.
.

Sunday, November 14, 2010

Hati Berderai

malam kelmarin menangis dan semalam juga masih menangis sampai sakit kepala bengkak mata mood nak kerja jadi down.tapi masih tetap cuba untuk senyum sorok kesedihan tak mahu di ketahui oleh orang lain.semalam juga malas nak jawab telefon malas nak berbalas sms mood macam bercelaru.penat di tambah dengan sakit wanita buatkan life semalam macam kucar kacir.habis kerja terus balik rumah mandi dan terus tidur petang itu...sebelum tu semua telefon tangan sudah pun di silent tak mahu sebarang gangguan.
.
lama saya tidur dan pagi ini baru bangun rasa sedih masih berbaki bukan sedih kerana gambar perkahwinan W semalam bukan juga sedih tentang pengkhianatan I.dan juga bukan sedih kerana harapan N semua bukan.tapi sedih dengan diri sendiri sedih bila mengenangkan diri yang langsung tak pernah di hargai hatta darah daging sendiri.petang semalam pulang dari kerja dengan mood keletihan masuk bilik,buatkan hati berdarah panas.bilik bersepah macam sampah angkara taqwa dan cerdik.
.
aku memaki sepuas hati biar semua dengar biar semua sedar tapi semua sia-sia aku di persenda oleh taqwa.entah bila dia nak berubah laku umur sudah meningkat tapi masih tetap berperangai seperti budak tidak matang.masuk bilik air dan aku menangis sepuas hati luahkan segala rasa hati.kenapa aku harus lalui hidup macam ni? taqwa tak pernah nak faham aku pulang ke rumah hujung minggu sekadar nak lepaskan segala lelah bekerja.tapi sebaliknya yang berlaku penat aku bertambah dengan terpaksa mengemas bilik yang seperti sampah itu.aku tegur cerdik,dia buat dalam protes tak mengapa sekurang-kurangnya dia masih faham bahasa.tapi taqwa.....tak pernah peduli.
.
.
.
.
.
.
.
.
di dalam amarah aku sering berkata
"mengapa taqwa tidak mati saja semasa lahir dulu?"
hidupnya banyak menyusahkan aku,mak dan juga ayah...

Friday, October 29, 2010

Ayah

Lupakan tentang aku sejenak mahu cerita tentang ayah.ayah yang aku kagumi yang banyak berkorban untuk kami selama ni.sanggup bersusah untuk kami berlapar kerana kami bersengkang mata untuk penuhi kehendak kami...eh,kehendak adik-adik.

.

ayah lahir pada 23 julai 1956 layah lahir lebih dulu sebelum malaysia merdeka.sedar tak sedar usia ayah semakin meningkat dan tahun depan ayah akan tamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.sebenarnya ayah punya peluang lagi 1tahun untuk sambung kerja tu,tapi kudrat ayah semakin kecil ayah tak mampu.lebih-lebih lagi tugas yang di berikan pada tahun depan lebih berat lagi.tak faham aku,ayah yang setua ini di berikan kerja yang berat sangat tak bertimbangrasa!

.

kata ayah selepas ni dia nak usahakan tanah terbiar kat dusun mahu bercucuk tanam katanya.kesian ayah,adik-adik semua masih belajar sudah tentu agak sukar kehidupan kami selepas ini.dan sedah tentu khidmat aku akan lebih diperlukan untuk membantu.ayah tak sekuat dulu aku tahu ayah sakit sebenarnya tapi ayah berdegil tidak mahu membuat rawatan.beberapa tahun yang lalu,ayah mengadu sakit pada bahagian perut kerana tidak tahan ayah memandu sendiri ke klinik.mak suruh minta bantuan untuk jiran hantarkan,tapi ayah berkeras mahu memandu sendiri tak mahu susahkan jiran pada lewat malam itu.

.

doktor suspek ayah ada batu karang dan minta ayah dapatkan rawatan susulan di hospital,tapi ayah tak pernah ke hospital.katanya sudah tidak sakit lagi...aku risau sangat.harapnya tuhan sembuhkan penyakit ayah aku takut sangat kalau apa-apa terjadi pada ayah.

.

aku bukanlah seorang yang rapat dengan ayah,tapi aku boleh membaca hati ayah dan memahami ayah,sungguh ini bukan riak.dalam adik beradik,aku memang tidak rapat dengan ayah berbanding taqwa dan cerdik.aku jarang bercakap dengan ayah apalagi bergurau senda.aku hanya bercakap dengan ayah bila perlu hanya perkara-perkara penting saja.lagi pula aku jarang dapat berjumpa dengan ayah.ayah jarang balik rumah sebab kerja dan aku hanya dapat jumpa ayah pada hari minggu saja itu pun jika aku pulang ke rumah kerana cuti.

.

ayah jenis selalu berlembut hati tidak pula terlalu garang pada kami dan teramat jarang mahu marah.seingat aku,kali terakhir ayah memegang rotan adalah tika umur aku 10tahun.dan aku adalah anak yang sering mendapat hadiah dari rotan ayah.pukulan ayah tak kuat,langsung tidak pernah tinggalkan kesan birat.seakan tidak memukul,hanya sekadar menyentuh maksud aku lebih kepada gertak,tapi tetap terkesan kat hati aku.aku tahu ayah tidak mahu menyakiti apalagi mencederakan dan itu adalah cara ayah mengajar.kata mak,ayah sangat sayangkan anak-anaknya dan selalu melebihkan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri.mahu memukul tidak sampai hati.

.

ayah rajin ke masjid bila ada kesempatan dan selalu pula mengaji Al-quran.dalam kereta ayah,tak pernah aku dengar ayah memasang radio.yang ada hanyalah dendangan ayat-ayat suci al-quran.itu yang menjadi peneman di kala ayah memandu,tak kisah seberapa jauh pun perjalanan hanya ayat Al-Quran yang akan kedengaran di dalam kereta.dirumah sewa,ayah jarang berada di rumah ayah akan ke masjid setiap hari bila habis waktu kerja.ayah belajar mengaji,bukan bermakna ayah tidak tahu mengaji.tapi kata ayah,mahu mendalami ilmu agama,harus punya banyak guru dan rujukkan.memang benarlah iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.sungguhpun ayah orang masjid,tapi tidak aku.aku ada kalanya lalai juga ibadah pun masih banyak yang perlu di perbaiki.

.

ayah aku ayah terbaik pada hati aku,bertanggungjawab dan penyayang.ayah boleh memasak dan selalu memasak nasi goreng belacan kegemaran mulia.paling sedap sambal goreng belacan ayah.tak mengapa tak ada lauk lain,sambal goreng tu pun dah cukup buatkan kami tambah nasi berkali-kali.kuih ketayap buatan ayah lemak manis dan cantik rupa,sampaikan cikgu sekolah tadika tu selalu tempah sampai beratus biji untuk majlis.ayah rajin tolong mak kat dapur,sungguhpun ayah bekerja di luar ayah tetap rajin tolong mak kat dapur.ayah suka bekebun,kat belakang rumah macam-macam jenis pokok di tanam ayah.dan selalunya pokok yang ayah tanam memang menjadi dan jarang sekali ada yang mati.

.

ayah tak pernah mahu mengongkong hidup kami ayah berikan kebebasan kepada kami secara mutlak.ayah beri kebebasan untuk kami memilih hidup asalkan tidak menyusahkan diri.sebab itu aku berasa agak senang dapat melakukan apa saja pekara yang aku sukai terutama berkaitan dengan sekolah.kata mak,semasa zaman sekolah ayah,hidupnya terbatas oleh nenek segala aktiviti di pantau.nenek tidak suka ayah aktif dalam olahraga dan badan berunifrom,sampaikan soal kerja dan jodoh pun nenek yang mahu tentukan.ayah pernah rasa begitu dan ayah tidak mahu anak-anaknya rasa sama seperti ayah dulu.ayah hanya mahu lihat kami gembira dan senang hati.

.

aku sangat hargai jasa ayah tapi aku sedih setiap kali pandang wajah tua ayah.ayah semakin tua dan kudratnya semakin berkurangan.dan aku sebagai anak yang tak berguna ni,apalah ada untuk membalas.pelajaran tak tinggi kerja pula ala kadar langsung tidak dapat senangkan mak ayah tidak dapat mewahkan mak ayah.sedih sangat ayah dan mak bersusah besarkan aku tapi apa yang dapat aku balas? wang bulanan yang aku beri pada mak tu pun sebenarnya tidak mencukupi...

.

.

.

.

Tuhan,berilah kemudahan
dalam urusan seharian ku
kuatkan hati ku,tetapkan hatiku
sesungguhnya aku lemah tanpamu

.

.

.

Tuesday, October 26, 2010

Bunuh Diri Secara Halus

Aku tahu ini salah tapi aku tetap tak ambil peduli walaupun aku dah pun terima akibatnya minggu lepas.selera makan sudah mati boleh di kira hanya beberapa kali saja aku makan nasi dalam sebulan.dan selebihnya aku makan biskut untuk menjadi alas jika terlalu lapar.badan sudah semakin lesu dan kurang bertenaga.sampaikan aku pitam 2x dalam masa satu hari.sekali kat rumah pada awal pagi selepas bangun tidur.mahu turun dari katil,dan tiba-tiba pandangan menjadi gelap dan aku terduduk.
.
terasa satu badan aku sejuk dan tekak meloya mahu muntah tapi kosong.cuba bangun tapi tak mampu,cuba panggil mak minta tolong tapi mak mungkin di dapur tika itu tak dengar panggilan aku.nasib ayah nampak cepat-cepat panggilkan mak.
.

bancuh air garam - bancuh air garam

.
itu yang aku mampu sebut lemah,mak bising sebab aku tak makan malam semalam.seingat aku semalam balik dari kerja aku mandi dan terus tidur kerana terlalu penat.sedangkan seharian aku tidak makan langsung tidak ada satu makanan yang masuk dalam perut.
.
.
kali kedua aku pitam dalam bas masa dalam perjalanan ke tempat kerja.kepala aku betul-betul pening rasa mahu muntah,turun dari bas aku cuba gagahkan diri berjalan terus ke tempat kerja.ada yang melihat mahu membantu,tapi aku menolak.sampai di tempat kerja aku rebah lagi.dalam hati aku berkata,andai aku mati hari ini,siapa yang akan jaga keluarga aku sedangkan keluarga aku bergantung harap pada aku...

.

.

.

.

.


.

dan air mata pun menitik sayu...
.
.

Wednesday, September 8, 2010

Aku Ibarat Sampah

Lebaran semakin menghampairi lagi beberapa hari dan aku masih resah.aku bukan kisahkan persiapan untuk diri apa yang penting adalah keluarga.tentang aku tak perlu di kisahkan sangat yang lama-lama masih elok untuk di guna pakai semula.aidil fitri apa yang istimewanya aidilfitri semakin lama hari sepatutnya menjadi hari gembira,menjadi hari yang sangat sadis.terutama apabila aku terpaksa berhadapan dengan keluarga di sebelah ayah.kekuatan mental perlu di persiapkan segala jawapan untuk soalan cepumas yang bakal di lontarkan perlu aku sediakan dengan serapinya.jawapan haruslah penuh dengan keyakinan tanpa sedikit kegagapan.itu yang sedang aku peningkan sejak beberapa hari ini.aku perlu kuat untuk menghadapi segala bentuk cemuhan dan sindiran tajam.setiap kali tibanya musim perayaan pekara yang paling tidak aku sukai adalah bila terpaksa melawat ke rumah di sebelah ayah.kediaman yang menjadi tempat berkumpul semstinya rumah nenek.
.
sudah menjadi graduan? diploma atau ijazah? sudah kerja,berapa ribu gaji sebulan? ah,soalan yang sama setiap tahun dan jawapan aku masih sama,begitu.benci bila di sindir bagitu nampak sangat aku bakal di pinggirkan sejauh berbatu.mengaku saudara di depan orang hanya akan memalukan status mereka sebagai "cucu arwah cikgu haji" kadang kala aku berasa kesal di lahirkan di dalam keluarga berstatus begini.ke mana aku pergi apa yang aku buat seakan menjadi perhatian hanya kerana aku dari keturunan "arwah cigku haji".kadang-kadang bila orang bertanya aku selalu saja nafikannya aku tidak mahu di kenali oleh sesiapa.cukuplah mereka kenal aku sebagai orang biasa.
.
lebih sedih agi aku seakan di pinggirkan kerana tak berpelajaran tinggi seperti mereka.kerja hanya makan gaji dengan pendapatan ala kadar.berharta jauh sekali kerana ayah bukanlah bergaji besar.taraf ekonomi keluarga hanya setakat sederhana cukup-cukup untuk menampung kami semua.dan adakalanya masih tidak cukup dan itu membuatkan aku tambah tekad untuk melupakan hasrat untuk terus belajar.aku kesian tengok mak turut sama kerja untuk bantu ayah tambahkan pendapatan keluarga.nampak sangat aku macam seorang anak yang langsung tidak berguna.langsung tidak menjana apa-apa untuk mak dan ayah kalau aku tak wujud,mesti mak dan ayah tak terbeban begini.
.
mak ayah,maafkan orang sebab tak dapat realisasikan impian mak dan ayah.tak dapat menjadi kebanggaan mak dan ayah orang langsung tak dapat senangkan mak ayah tak dapat bahagiakan mak ayah macam orang lain.maaf tak dapat balas jasa mak ayah dengan sebaiknya orang gagal jadi contoh tauladan pada adik-adik.orang memang selalu gagal sejak dari sekolah lagi.kesian mak ayah selalu je terpaksa dengar cemuhan dri N.terpaksa tahan telinga kena marah selalu dengan N kerana orang tak dapat bagi apa-apa untuk mak ayah.sedih bila tiap kali berkumpul di rumah nenek aku akan pandang wajah mak dan ayah.aku curiga setiap kali N berbual dengan mak dan ayah.aku curiga kalau-kalau N marahkan mak dan ayah lagi maki hina mak ayah lagi.aku jadi sayu hati kalau N caci mak ayah lagi mak ayah tak bersalah apa-apa pun.
aku memang anak yang teruk tak berguna gagal kadang-kadang aku benci diri sendiri i hate mayself!
.
Ya ALLAH kenapa aku menangis lagi ni berat sangat...