Showing posts with label Dendam. Show all posts
Showing posts with label Dendam. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

POLITIKUS

scandal sana
video senggama sini
tipu sana
sumpah palsu sini
rasuah sana
riba sini
janji sana
hipokrit sini
sana duit haram
sini pegangan sesat
sana kata janji
sini beri mimpi
seterusnya yang bodoh itu
rakyat
yang ditindas itu
rakyat
yang menjadi balaci itu
rakyat
yang menjadi anjing itu
rakyat
yang tergadai itu
rakyat
si kaki angkuh ketawa
menghambakan rakyat
si kaki angkuh bangga
memijak rakyat
si kaki angkuh kaya raya
makan duit rakyat
si kaki angkuh berkuasa
monopoli rakyat



manusia jadi buta hati dan bodoh
bila gilakan kuasa
manusia sanggup jadi pembunuh
kerana mahu kuasa
manusia sanggup jadi hina
kerana pengaruh kuasa.












- AKU -
dendam kesumat itu tidak pernah padam
tidak pernah!



Friday, April 22, 2011

Suara Sial

Malam itu begitu gelap dan sejuk bulan terang mengambang penuh di dada langit.sesekali telinga menangkap sayup bunyi burung hantu yang mendongak langit menzahirkan kerinduan pada sang bulan.

Tika malam menjelma,rasa yang bersembunyi mula dizahirkan dengan keluh kesah.kesunyian yang dulunya dirasakan damai kini mula berubah menjadi ancaman paling kejam.rasa ini bagaikan menjeruk hati yang telah dikelar lalu direndamkan dalam pati limau yang telah dihiris bisa.

dalam sunyi begini suara-suara jahat mula berbisik menghasut meracuni fikiran yang sedang dalam luar sedar.hilang kawalan bila dendam kesumat mula menjadi tuan.terasa diri bagai dipatung-patungkan dikawal diarah sesuka hati.

dan bila siang pun menjelma kau kembali kepada realiti yang penuh dengan daki-daki kotor sang hipokrit.kala sang parasit mula berjinak-jinak menghampiri mangsa menanti hingga lupa lalu ia pun membaham menelan tanpa tinggalkan sisa.






Dalam situasi-situasi yang lainnya
kau berubah menjadi seorang yang lain.
-bukan diri kau-