Tak kenal maka tak cinta
lihat kali pertama sudah suka
cari peluang untuk menyapa
bila bersambut kau mula rencana
kau kata kau jatuh cinta.
pelik semudah itu?
tidak pernah kenal apalagi bertemu
aku ragu dengan jujurmu
bisakah aku percaya
sedangkan aku tak tahu?
aku tidak beri harapan
cukup sekadar aku letakkan batasan
kerana aku nak kau tahu
hati dan perasaan bukan mainan
tapi kau tetap mahu simpan angan.
Buka mukabuku seseorang aku tak kenali muncul di kotak chat.
chek mutual friendnya semua dari kalangan kerabat sendiri.mungkin
salah seorang dari antara mereka.di siasat rupanya betul kenalan
salah seorang dari mereka.dia termalu sendiri bila dapat tahu kebenarannya.
tapi tetap tega mahu mencuba.sedangkan terang terangan aku menolaknya
secara halus.entah terlalu mudah meluahkan rasa sedangkan belum betul
kenal hati budi.tak tahu apa yang dilihatnya apa yang di nilainya,hati muda
baru mahu kenal dunia.tak pernah merasa sakit cinta.
terlalu mudahkan?
kau kata suka sedangkan kau sendiri
belum pernah bersua muka dengannya.
maaf aku bukan seorang yang mudah
terima cinta.mungkin kau salah kata
aku harap begitu.