Showing posts with label Kau. Show all posts
Showing posts with label Kau. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Memaknakan syukur





Dalam keluhan seakan tidak bersyukur kau di kurniakan seseorang yang baik untuk jadi pendamping.Bukan rungutan cuma sekadar meluah rasa yang tersimpan yang sekian lama terpendam.Kau hanya mahukah "hak" sebagai seseorang yang terpenting tapi hampa....Mungkin kau cemburu?

cemburu itu tanda sayang...tidakkah dia nampak semua usaha kau untuk memastikan yang kau wujud di mata hatinya? Atau mungkin dia terlupa...atau tak sengaja menyinggung perasaan halus yang tersimpan.Kadang kala gurauan kau sinis sengaja memberi isyarat supaya dia sedar dan tidak lupa.Tapi entah mengapa hatinya seakan buta dalam menilai kata......






Aku tak minta emas permata
aku tak minta liburan di luar negara
cukuplah sedikit "masa emas"
yang kau luangkan hanya untuk aku saja...

Saturday, July 21, 2012

Sakit Hati



Pertama ramadhan
Aku sakit kaki
Pertama ramadhan
Aku sakit Hati
Pertama ramadhan
Aku di tuduh beremosi

Sialan!
kau siapa mahu menetapkan semua
syarat hidup untuk aku?
kau siapa mahu menyekat semua
hal penting buat aku?

Aku sakit hati dengan kau!
Tak memahami
Tak bertolak ansur
Tak boleh berbincang
Tak mahu dengar pendapat
Kau EGO hanya fikir kau betul!

Aku benci kau!
Untuk tempoh bertahun boleh kau tabur janji
Tapi mengapa untuk tempoh beberapa jam
kau sudah mahu bersungut?
Kau tak adil!





kau bilang aku kebudakkan
sedangkan kau sendiri tak sedar
yang kau lebih kebudak budakkan
daripada aku sampai buat aku
rasa rimas dan lemas!