log masuk ke laman muka buku ada 1 pesanan masuk ke kotak pesanan.klick buka dan baca...ada 1 nota pendek dari dia.beberapa baris ayat itu dia menyatakan maaf dan rasa bersalahnya pada aku kerana mengkhianati janji dulu.dia benar-benar kesal dan rasa bersalah memohon maaf pada aku dengan bersungguh.katanya hati dia tidak tenang,maka satu malam laman blog lama aku di geledahnya.ke semua tulisan aku tentang dia habis di khatamnya malam itu.
aku bertanya apa yang di carinya di teratak sebelah sana?
dan dia menjawab dia sendiri tidak tahu,rasa bersalah kian menghantui dirinya sejak dia meninggalkan aku.dan lebih terkesan,bila hidupnya kini menjadi agak berantakkan.katanya
lagi,ini adalah balasan dari TUHAN kerana telah mengkhianati aku dulu.
aku terdiam agak lama...beberapa jam selepas itu aku kembali membalas pesananya.
saya dah lama maafkan awak sejak dari mula lagi.saya tahu awak lebih sayangkan dia lagi.
saya cuma harapkan awak bahagia dengan dia yang menjadi pilihan awak.sayang saya
pada awak biar saya simpan sendiri...dunia saya dengan awak jauh berbeza,tak ada jalan pun...
kasih yang hadir tiba lewat
belum sempat di luah jadi milik orang
aku belajar untuk menerima
memang susah tapi tetap cuba
akur aku bukan rusuk yang
cocok buatnya tidak sepadan bersama