bila kau terasa hidup kau kosong
cari-cari lagi
bila kau terasa hidup kau sepi
kau punya segala kau ada semua
tapi tiada makna
cari lagi dan terus cari
kau rasa sendiri
cari dan masih mencari
kau terasa asing di sini
kerana kau mula jemu
dengan duniawi
tapi kau tahu apa rasa hati?
kau tahu apa makna menghargai?
kau tahu bagaimana mahu bicara lagi?
kau tahu cara untuk menyayangi?
kau lupa bila rasa janggal itu
mula menguasai diri.
kau terasa diri di perbodohkan?
kau terasa diri di permainkan?
kau terasa diri di persendakan?
kau terasa seperti di abaikan?
padan! kau rasakan apa yang aku rasa.
aku pulangkan kembali semua yang
pernah kau beri pada aku dulu.
rasakanlah baru kau tau tahu
apa makna menghargai sebenar!
tapi kau tetap buta tuli
masih tak sedar diri
ada seseorang yang merelakan
dirinya jadi bodoh setia tunggu
kau sampai mati
bodoh setia pada kau terseksa hati
kau tak sedar itu?
hingga saat kau pula
merasa kembali
apa yang pernah aku rasa dulu
bila bersama kau!
diam aku bukan kalah
biar aku bukan tak peduli
hilang aku bukan benci
cuma aku mahu kau tahu
hargailah selagi ada di sisi...
itu saja sayang,itu saja cukup!