Wednesday, April 6, 2011

Ketandusan

bertahun telah berlalu begitu cepat
bagaikan tak terasa masa itu berjalan
telefon tangan setia di sisi menanti kiranya
akan datang pengkhabaran dari jauh
hari-hari yang dilalui tetap sama
dan masih begitu telefon tangan tetap diam membisu
dalam hela nafas masih mengharap
tapi kehampaan yang sentiasa menjadi peneman
semakin hari semakin jauh
ruang yang dulunya penuh kini mula berongga
banyak lompong-lompong kosong
yang tak terisi
Tetap setia dan terus menanti
tapi sedikit demi sedikit ia mula lari
dunia di jadikan alasan untuk tidak dipeduli
hati yang lapar dan dahaga mulai kontang
tak bersiram tak dibajakan
dan hampir mati...

Dunia itu sementara cuma
luangkan sedikit waktu untuk
membelaian hati yang tandus
perhatian dan kasih sayang
itu adalah keperluan buat hati dan jiwa
jagalah ia sebelum kau kehilangannya.







:: Buat mereka yang terlalu sibuk menyulam cinta dunia ::


2 comments:

| Larasephia | said...

this is so true
ramai manusia sekarang terlalu leka dengan nikmat
sampai lupa nak hidup.

ghost writer said...

bagi yang menyedari belum terlewat untuk mengisi segala lompong-lompong yang kosong dan membasahi segala ketandusan.agar saja tidak ada yang terus terlena dibuai keenakan dunia.