Showing posts with label Semangat. Show all posts
Showing posts with label Semangat. Show all posts

Monday, February 6, 2017

Bangkit






Sesudah melalui banyak kesakitan dalam perjalanan hidup perniagaan yang jatuh satu persatu.Aku cuba bangkit kembali bersama kekuatan dan semangat baru.Entah dari mana datangnya semangat yang tiba-tiba menyeru aku untuk bangkit kembali sesudah sekian lama aku berlutut disitu.Aku tak mahu terus menyerah kalah sebelum berjuang.Dalam perang,sesekali pahlawan akan jatuh tersungkur selagi masih bernyawa,bermakna kemenangan itu tetap belum jadi milik sesiapa.Walaupun tika itu mata pedang sudah pun berada di dada,selagi belum tertusuk kau masih punya peluang untuk melawan!






Aku masih belum tewas!

Sunday, June 12, 2011

Hilang Semangat


3 minggu berlalu
masih terkenang-kenang lagi
tapi apa daya semua telah berakhir
dan mesej terakhir itu merupakan
peluang terakhir juga bagi aku.

Bila ada peluang besar di depan mata peluang keemasan yang terbentang luas laksana padang berharga.peluang yang bakal merubah segala.peluang yang akan merealisasikan segala cita-cita menjadi kenyataan impian menjadi hakikat.tapi di saat tangan cuba untuk meraih,pegangan tak kuat maka ia terlerai lalu jatuh terhempas.maka berkecailah ia.saat itu apa yang mahu kau tangiskan lagi? tiada apa melainkan teruskan memeluk erat apa yang masih bersisa.

Entah apa yang bersarang dalam tubuh lemah ini,aku sudah tidak kuat lagi melainkan berserah saja pada ilahi.peluang yang datang aku lepaskan saja berlalu kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu.sedangkan yang datang itu adalah cita-cita aku.mungkin juga Tuhan tidak mengkehendakkannya buat aku.maka semua itu diambilnya kembali mungkin ada sesuatu yang tidak baik buat aku.siapa tahu,itu kan rahsia Tuhan.





masih meneruskan perjalanan
yang terhenti seketika dulu
masih berada dilorong yang sama
takala lorong di sebelah lain
menutup jalannya buat aku...