Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Miskin

19 Januari 2020



Aku benci jadi miskin... Betul, sejak dari zaman kanak2 lagi aku benci jadi miskin. Sebab banyak benda tak dapat dipenuhi bila kau miskin. Kau hanya mampu tengok tapi tak dapat memiliki. Tapi aku berterima kasih pada mak & ayah kerana mereka berjaya mendidik aku untuk selalu ingat taraf diri sendiri. Nak dapatkan sesuatu, aku usaha habis daya sampai dapat. Aku tak pernah meminta pada orang.

Tapi sedih hingga ke saat ini pun aku masih miskin. Aku tak mampu nak bagi kesenangan pada mak & ayah. Sampai sudah tua pun mereka masih bekerja. Masih terpaksa Bangun awal pagi
Buat kuih. Usia yang sepatutnya berehat & menikmati kehidupan Dihabiskan dengan berpenat mencari rezeki. Sungguh aku kecewa dengan diri sendiri 😭




Anak yang tak dibanggakan




- Ayah -

9 Disember 2019

Bercakap memang senang, bukan kau yang lalui semua kesulitan tu.Kalau mampu, jangan kata nak bawa ke hospital swasta berpindah rumah pun aku sanggup asalkan ayah sihat macam sedia kala.Kalau pandai sangat bagi idea macam2, datang sini meh hulur sikit sorang korang adik beradik  tolong Abang korang yang tengah susah ni.Korang Masing2 orang senang kan setakat 2,3ratus tu apa lah sangat.Aku anak dia pun Struggle nak tolong mak ayah aku setakat yang termampu.Setiap orang tak sama ujiannya, Mungkin kesusahan kami adalah ujian buat orang senang macam kau.





. : Ikhlas tu kau hanya akan nampak masa kau susah, masa kau tak mampu, masa kau tak berdaya, masa kau sakit Dan masa kau lemah. 

Tuesday, February 14, 2012

Bukan Pewaris Iman




Subuh ini sunyi dan sepi sekali
usai solat bermuhasabah diri
mengenang dosa mengenang khilaf
sungguh aku ini hamba yang mudah alpa
sedikit nikmat di beri aku terus lupa

didikkan agama di beri mak dan ayah
berharap aku jadi menusia berguna
solat jangan tinggal,solat jangan tinggal
berkali mak dan ayah mengingatkan
kala berjauh dengan mereka

tidak ada yang kurang pada didikkan agama
tetapi hati lemah terlalu mudah mengalah
bukan salah mak dan ayah yang mendidik
tetapi diri sendiri yang gagal mendidik hati
sedangkan sedar iman itu pelindung diri


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual-beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau berentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah
...


tiap kali mendengar bait ini
hati tersentuh pedih dan sakit
aku menangis kenangkan dosa yang terkumpul
entah bila diri ini akan benar-benar suci
dari noda dan dosa

sering kali aku terdengar dari bilik
suara mak dan ayah berlagu sayu
dengan ayat suci Al-quran
tetapi apa yang jadi pada aku
hanya sekadar dengar dan memandang sepi

Tuhan...
jangan jauhkan aku dari naungmu
jangan tinggalkan aku sendiri
sungguh aku ingin kembali padamu
terus memeluk erat dan mencintaimu...







sungguh aku takut pada kegelapan
sungguh aku takut jika ditinggalkan
dan aku sedar,proses penyucian dosa
itu
bukan sesuatu yang mudah

dan Tuhan uji aku untuk
melihat
tahap keikhlasan hati ini...



Friday, January 27, 2012

Perbalahan Sejagat

Bising-bising bingit
disana sini berbalah
berebutkan yang tak seberapa
dia dapat kau tidak
dan kau marah

marah-marah api bara
masih bertelagah mahukan hak
kau manusia penyangak
tak sedar diri tamak!


Dengar-dengar dapat wang rm500 bantuan rakyat...aku lihat rakyat berpusu memenuhi ruang legar bank menunggu giliran.Banyak yang aku fikir dari pemerhatian terhadap manusia-manusia ini.Ada rasa sedikit terganggu mengapa perlunya wang itu di beri? maksud aku apa perlunya mereka yang punya kewangan yang kukuh dan berkemampuan mendapatkannya? sedangkan di luar sana lebih banyak gologan fakir,orang kurang upaya,anak yatim,warga tua yang di pinggirkan lebih memerlukan,berbanding mereka yang aku lihat rata-ratanya masih punya kudrat.Malah ada diantaranya memiliki sebuah rumah dua tingkat dan memiliki dua buah kereta buatan luar negara.

Satu pelaburan dan pembaziran yang amat besar.Seharusnya di selidik dahulu pendapatan dan datang sendiri lihat bagaimana taraf hidupnya.Bukan sewenang-wenangnya memberi dengan mudah begitu,atas alasan kerana mereka datang memohon dan telah mengisi borang dan itu di kira telah menepati syarat.Sungguh aku kesal kerana terlalu banyak gologan yang hidup melarat tapi di pinggirkan.Dan ada kalanya aku sendiri sedih hingga aku tak mampu untuk berpaling melihat bertapa sengsaranya hidup mereka di atas neraka dunia ini.






Ayah berpesan.....
jika punya kudrat punya kemampuan

cukup sifat anggota badan dan sihat akal fikiran
berusaha dan tawakkal mencari rezeki halal

jangan jadi parasit yang
hanya tahu
menumpang di kesenangan orang lain
meminta-minta seakan tiada upaya,

kelak nanti Tuhan tarik semula
pinjaman
dan nikmat kesempurnaan anggota badan,
kala itu mahu menyesal sudah tiada gunanya.....


Monday, August 1, 2011

Usia : Kemeja Biru Untuk Ayah


SELAMAT HARI LAHIR AYAH
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....



23 julai 1956 hari kelahiran ayah dan kini usia ayah sudah menjengah ke usia senja.bebenang halus di kepala semakin memutih dan tidak selebat dulu yang kini mulai menampakkan kulit kepala.dan dalam tempoh beberapa tahun ayah menjadi ayah aku,aku amat terhutang budi dengan segala pengorbanannya membesarkan aku dan adik-adik.sungguh jasa ayah tak mampu aku balas,bertapa besarnya pengorbanan ayah yang sanggup bersusah untuk kami semua.penat jerih bekerja siang malam demi untuk menyempurnakan kehidupan kami.

dan untuk sambut malam tadi,semua berjalan lancar seperti biasa seperti tahun-tahun yang sudah.cukup hanya untuk kita-kita saja,dan inilah masa yang benar membahagiakan bila semua berkumpul untuk meraikan hari yang bermakna ini.dan,mulia juga turun ada bersama untuk meraikan hari lahir ayah lagi.sungguh aku bahagia dan terharu takala melihat senyuman di bibir tua ayah.dan untuk tahun ini,kemeja biru adalah hadiah istimewa buat ayah di hari lahirnya kali ini.





terima kasih ayah
kerana menjadi ayah orang
terima kasih ayah
kerana masih menyokong orang......

Sunday, March 6, 2011

Tersiksa Hati



Sambung belajar?
seperti yang dijangka ayah sudah tentu akan bertanyakan hal ini.aku sangka ayah tak akan tahu akan perihal surat tawaran tu.sudah tentu mak sendiri yang beritahu pada ayah tentang tawaran sambung belajar.

Runsing...
ya,aku agak tertekan dengan masalah ini masalah kejiwaan bagi aku.sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi demi cita-cita memang impian aku.tapi masa surat tawaran tu sampai minggu lepas aku merasa agak kecewa.riak yang mulanya gembira bertukar suram bila jumlah yang dinyatakan untuk 1semester bagaikan membunuh seluruh nadi aku.mana aku nak cari duit sebanyak itu? sedangkan aku kerja 1tahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah yang sebesar itu.mungkin bagi mereka yang berkemampuan,itu bukan masalah besar.tapi bagi aku itu bagaikan satu musibah.

Sedih...
aku sedih mengenangkan semua ini.keinginan untuk belajar masih ada tapi semua punah.lebih-lebih lagi bila mengenangkan ayah yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya bulan julai ini,menyambung lagi unutk tempoh satu tahun lagi.aku tahu semua kerana mahu menampung perbelanjaan sekeluarga.tambahan pula,taqwa masih lagi ada beberapa sem di universiti.mulia pula sedang menanti keputusan SPM diumumkan jika keputusannya baik,mungkin akan menyambung pelajaran.tinggal cerdik yang masih lagi meneruskan sesi sekolah menengah untuk beberapa tahun lagi.semua itu KOS!

Harapan...
aku tahu dari nada dan riak ayah seperti mahukan aku menyambung pelajaran lagi.seboleh-bolehnya ditahap yang lebih tinggi lagi.kata ayah,tidak mengapa duit boleh dicari.tapi aku sedih bila mengenangkan ayah yang bekerja siang dalam malam 7hari seminggu dan terpaksa memandu selama 2jam untuk ke tempat kerja dan hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali.ayah semakin tua rambut putih mula memenuhi ruang kepala kadang-kadang aku dengar ayah batuk-batuk semasa tidur malam.tahu tak bagaimana perasaan itu?

Dilema...
Hari ini aku bekerja,aku agak ayah agak terkejut bila lihat aku bangun awal pagi hari ini.selalunya hari ahad adalah hari cuti bekerja aku.tapi majikan sudah menukar jadual kerja jadi aku akan bekerja 8hari dan cuti 2hari mengikut rotate staff dalam jadual kerja.bila ayah bertanya,aku jawab "over time" dan ayah diam selepas itu.mungkin ayah agak aku sengaja mengambil over time hari ini semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung kos yuran belajar.aku jadi serba salah takut nanti ayah akan rasa susah hati fikir pasal duit lagi.




perlu ke aku korbankan cita-cita aku?
tapi ayah mengharapkan sangat aku sambung belajar
tapi aku tak sampai hati tengok ayah kerja teruk lagi
sepatutnya dalam umur begini ayah rehat saja dirumah
biar aku ambil alih tanggungjawab sara keluarga
Tuhan...semua ini sangat berat aku sakit.

Friday, October 29, 2010

Ayah

Lupakan tentang aku sejenak mahu cerita tentang ayah.ayah yang aku kagumi yang banyak berkorban untuk kami selama ni.sanggup bersusah untuk kami berlapar kerana kami bersengkang mata untuk penuhi kehendak kami...eh,kehendak adik-adik.

.

ayah lahir pada 23 julai 1956 layah lahir lebih dulu sebelum malaysia merdeka.sedar tak sedar usia ayah semakin meningkat dan tahun depan ayah akan tamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.sebenarnya ayah punya peluang lagi 1tahun untuk sambung kerja tu,tapi kudrat ayah semakin kecil ayah tak mampu.lebih-lebih lagi tugas yang di berikan pada tahun depan lebih berat lagi.tak faham aku,ayah yang setua ini di berikan kerja yang berat sangat tak bertimbangrasa!

.

kata ayah selepas ni dia nak usahakan tanah terbiar kat dusun mahu bercucuk tanam katanya.kesian ayah,adik-adik semua masih belajar sudah tentu agak sukar kehidupan kami selepas ini.dan sedah tentu khidmat aku akan lebih diperlukan untuk membantu.ayah tak sekuat dulu aku tahu ayah sakit sebenarnya tapi ayah berdegil tidak mahu membuat rawatan.beberapa tahun yang lalu,ayah mengadu sakit pada bahagian perut kerana tidak tahan ayah memandu sendiri ke klinik.mak suruh minta bantuan untuk jiran hantarkan,tapi ayah berkeras mahu memandu sendiri tak mahu susahkan jiran pada lewat malam itu.

.

doktor suspek ayah ada batu karang dan minta ayah dapatkan rawatan susulan di hospital,tapi ayah tak pernah ke hospital.katanya sudah tidak sakit lagi...aku risau sangat.harapnya tuhan sembuhkan penyakit ayah aku takut sangat kalau apa-apa terjadi pada ayah.

.

aku bukanlah seorang yang rapat dengan ayah,tapi aku boleh membaca hati ayah dan memahami ayah,sungguh ini bukan riak.dalam adik beradik,aku memang tidak rapat dengan ayah berbanding taqwa dan cerdik.aku jarang bercakap dengan ayah apalagi bergurau senda.aku hanya bercakap dengan ayah bila perlu hanya perkara-perkara penting saja.lagi pula aku jarang dapat berjumpa dengan ayah.ayah jarang balik rumah sebab kerja dan aku hanya dapat jumpa ayah pada hari minggu saja itu pun jika aku pulang ke rumah kerana cuti.

.

ayah jenis selalu berlembut hati tidak pula terlalu garang pada kami dan teramat jarang mahu marah.seingat aku,kali terakhir ayah memegang rotan adalah tika umur aku 10tahun.dan aku adalah anak yang sering mendapat hadiah dari rotan ayah.pukulan ayah tak kuat,langsung tidak pernah tinggalkan kesan birat.seakan tidak memukul,hanya sekadar menyentuh maksud aku lebih kepada gertak,tapi tetap terkesan kat hati aku.aku tahu ayah tidak mahu menyakiti apalagi mencederakan dan itu adalah cara ayah mengajar.kata mak,ayah sangat sayangkan anak-anaknya dan selalu melebihkan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri.mahu memukul tidak sampai hati.

.

ayah rajin ke masjid bila ada kesempatan dan selalu pula mengaji Al-quran.dalam kereta ayah,tak pernah aku dengar ayah memasang radio.yang ada hanyalah dendangan ayat-ayat suci al-quran.itu yang menjadi peneman di kala ayah memandu,tak kisah seberapa jauh pun perjalanan hanya ayat Al-Quran yang akan kedengaran di dalam kereta.dirumah sewa,ayah jarang berada di rumah ayah akan ke masjid setiap hari bila habis waktu kerja.ayah belajar mengaji,bukan bermakna ayah tidak tahu mengaji.tapi kata ayah,mahu mendalami ilmu agama,harus punya banyak guru dan rujukkan.memang benarlah iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.sungguhpun ayah orang masjid,tapi tidak aku.aku ada kalanya lalai juga ibadah pun masih banyak yang perlu di perbaiki.

.

ayah aku ayah terbaik pada hati aku,bertanggungjawab dan penyayang.ayah boleh memasak dan selalu memasak nasi goreng belacan kegemaran mulia.paling sedap sambal goreng belacan ayah.tak mengapa tak ada lauk lain,sambal goreng tu pun dah cukup buatkan kami tambah nasi berkali-kali.kuih ketayap buatan ayah lemak manis dan cantik rupa,sampaikan cikgu sekolah tadika tu selalu tempah sampai beratus biji untuk majlis.ayah rajin tolong mak kat dapur,sungguhpun ayah bekerja di luar ayah tetap rajin tolong mak kat dapur.ayah suka bekebun,kat belakang rumah macam-macam jenis pokok di tanam ayah.dan selalunya pokok yang ayah tanam memang menjadi dan jarang sekali ada yang mati.

.

ayah tak pernah mahu mengongkong hidup kami ayah berikan kebebasan kepada kami secara mutlak.ayah beri kebebasan untuk kami memilih hidup asalkan tidak menyusahkan diri.sebab itu aku berasa agak senang dapat melakukan apa saja pekara yang aku sukai terutama berkaitan dengan sekolah.kata mak,semasa zaman sekolah ayah,hidupnya terbatas oleh nenek segala aktiviti di pantau.nenek tidak suka ayah aktif dalam olahraga dan badan berunifrom,sampaikan soal kerja dan jodoh pun nenek yang mahu tentukan.ayah pernah rasa begitu dan ayah tidak mahu anak-anaknya rasa sama seperti ayah dulu.ayah hanya mahu lihat kami gembira dan senang hati.

.

aku sangat hargai jasa ayah tapi aku sedih setiap kali pandang wajah tua ayah.ayah semakin tua dan kudratnya semakin berkurangan.dan aku sebagai anak yang tak berguna ni,apalah ada untuk membalas.pelajaran tak tinggi kerja pula ala kadar langsung tidak dapat senangkan mak ayah tidak dapat mewahkan mak ayah.sedih sangat ayah dan mak bersusah besarkan aku tapi apa yang dapat aku balas? wang bulanan yang aku beri pada mak tu pun sebenarnya tidak mencukupi...

.

.

.

.

Tuhan,berilah kemudahan
dalam urusan seharian ku
kuatkan hati ku,tetapkan hatiku
sesungguhnya aku lemah tanpamu

.

.

.