Friday, January 27, 2012

Perbalahan Sejagat

Bising-bising bingit
disana sini berbalah
berebutkan yang tak seberapa
dia dapat kau tidak
dan kau marah

marah-marah api bara
masih bertelagah mahukan hak
kau manusia penyangak
tak sedar diri tamak!


Dengar-dengar dapat wang rm500 bantuan rakyat...aku lihat rakyat berpusu memenuhi ruang legar bank menunggu giliran.Banyak yang aku fikir dari pemerhatian terhadap manusia-manusia ini.Ada rasa sedikit terganggu mengapa perlunya wang itu di beri? maksud aku apa perlunya mereka yang punya kewangan yang kukuh dan berkemampuan mendapatkannya? sedangkan di luar sana lebih banyak gologan fakir,orang kurang upaya,anak yatim,warga tua yang di pinggirkan lebih memerlukan,berbanding mereka yang aku lihat rata-ratanya masih punya kudrat.Malah ada diantaranya memiliki sebuah rumah dua tingkat dan memiliki dua buah kereta buatan luar negara.

Satu pelaburan dan pembaziran yang amat besar.Seharusnya di selidik dahulu pendapatan dan datang sendiri lihat bagaimana taraf hidupnya.Bukan sewenang-wenangnya memberi dengan mudah begitu,atas alasan kerana mereka datang memohon dan telah mengisi borang dan itu di kira telah menepati syarat.Sungguh aku kesal kerana terlalu banyak gologan yang hidup melarat tapi di pinggirkan.Dan ada kalanya aku sendiri sedih hingga aku tak mampu untuk berpaling melihat bertapa sengsaranya hidup mereka di atas neraka dunia ini.






Ayah berpesan.....
jika punya kudrat punya kemampuan

cukup sifat anggota badan dan sihat akal fikiran
berusaha dan tawakkal mencari rezeki halal

jangan jadi parasit yang
hanya tahu
menumpang di kesenangan orang lain
meminta-minta seakan tiada upaya,

kelak nanti Tuhan tarik semula
pinjaman
dan nikmat kesempurnaan anggota badan,
kala itu mahu menyesal sudah tiada gunanya.....


19 comments:

a.samad jaafar said...

aku melihat seakan-akan ada yg diperlakukan bagai pengemis.. yang berhormat tersenyum bangga.. sepatutnya dia malu.. BAHAWA DIA GAGAL MENAIKKAN TARAF HIDUP MEREKA !

Ayu Azuri said...

Aku terpandang sisip sepi insan yang terbaring dipelantaran terus dibiarkan kelayuan . . yang berlalu menghina mengkeji , namun tiada tangan yang menghulur dan membantu . . . hingga datang seorang anak kecil memberi sekeping roti padanya . .

Sungguh , aku terkedu . .

Apa khabarmu sahabat ? semoga sihat hendaknya . .

maisarah sarah said...

pkara mcm ni biasa berlaku bila mereka mahukan sokongan dr org awam.mungkin pada pemikiran mereka "apalah yang dpt si miskin ini beri pada kami jika bntuan diserahkan kepada mereka.xberbaloi"

betul kan?

ghost writer said...

tak fikir kah ada agenda tersembunyi sebenarnya.mungkin ya.aku cuma meneka.dan mungkin juga ada kepentingan politik.

aku bujang.dan rasanya aku tak terlibat dalam hal BR1M nih.

lieynanilaz said...

saya setuju dengan ghost writer...

pesan ayahmu itu membuatkan saya sebak!!...nasihat yg sangat berguna.

monologtinism said...

betul juga.
sepatutnya wang-wang tu perlu diuruskan dengan lebih sistematik dan secara rasionalnya.

unknown said...

aku muak dengan permainan dunia. dengan orang gila kuasa, tamak dan segala.

aku harapkan dunia yang lebih baik. dunia dimana orang berkongsi nikmat yang mereka dapat. nikmat yang Tuhan beri.

mungkin aku berharap terlalu tinggi. mungkin harapan aku bukan realiti. entah la.

Bidadari Syurga said...

adoi... bagi yg berhak ia seumpama satu tarikan nafas yang indah lega. tapi bagi mereka yg sudah ada-stabil. masih juga meminta payah nak kata.

hara said...

bila hak dipolitikkan
tida lg hak buat yg betul2 berhak

mega senja said...

dalam usaha membeli kepercayaan marhaen, kapitalis sanggup melacur mkepercayaan diri..

dan aku tidak akan meminta..bukan sebab aku sudah cukup tapi kerana aku tidak sanggup maruahku diludah sang kapitalis!

~* chirpy_chummy *~ said...

wang di campak2 utk menutup mata rakyat. memenangi hati la konon.

Nina.DO said...

Aku suka pesanan ayah kau. Aku tulis dlm diary sbgai peringatan utk diri sndiri.

missSenget said...

aku pun nak ambik pesanan ayah tu..

aku ambik eh..?

frozen smile said...

lagu background apa ni kamu?

hanaahmad said...

itu namanya mereka sedang memancing. ada niat yang tersirat.

intan.maisarah said...

suka dengan komen hanaahmad.

memerhati satu satu rencana tersembunyi
memang ada yang baiknya
dan ada juga buruknya

gadisemasa said...

setujhu !

gadisemasa said...

setujhu !

gadisemasa said...

setujhu !